Monday, November 29, 2010

farewell lagi... antara sedih dan gembira



Sedih betul seorang demi seorang berhenti kerja. Dari bulan awal tahun sampai sekarang. Setiap bulan ada yang menghantar surat berhenti, bukan seorang dua tapi kadang-kadang sampai 7-9 orang sebulan. Erm... sangat down sekarang ni.

Jadinya 15hb yang lepas, kami buat small farewell untuk Lan. Seorang yang sangat kelakar sebab bila dia buka mulut je... ada saja benda merepek dia cakap. Antara penghibur dekat sini... Apa pun, tahniah dapat kerja baru dan semoga semakin berjaya. Walaupun aku memang sudah tahu kau memang tak sabar-sabar nak angkat kaki, sedih tetap ada kan.

Mereka pilih makan dekat Secret Recepi, Giant Kinrara. SR lagi dan lagi... padahal Sabtu tu baru lepak makan dekat SR.

Orang yang dirai, Lan dan cik binie sebelah tu pun tak sabar nak berhenti... huhuhuhu.. dah takde orang nak temankan aku sarapan nanti. :-(




Antara mereka ini pun dah menghantar surat berhenti...




Antara makanan yang dipilih oleh mereka... Grilled Chicken With Black Pepper Sauce dan Vietnamese Beef Noodle Soup.





Tekak aku masih hendak makan Macaroni Prawn With Cheese





Aktiviti makan diselang-seli dengan berborak dan bergelak ketawa. Makin kurang pekerja melayu, lama-lama nanti tinggal 2-3 orang balik macam dulu :-(