Tuesday, November 30, 2010

Cerita separuh basi tentang hari raya haji...



Walaupun raya haji sudah berlalu hampir 2 minggu yang lepas.... aku tetap nak bercerita dekat sini...

Aku apply cuti dari hari Rabu hingga Jumaat. Hari rabu melepak kat rumah. Nak keluar berpoya-poya pun member balik kampung. Jadinya apa yang boleh dibuat selain layari internet, tengok tv, memasak, makan dan makan lagi.... Nak keluar sendiri macam malas.

Raya Haji kali ni buat akikah untuk anak buah aku, Sarah Irdina. Kebetulan kat masjid mmasih ade kosong untuk buat korban/akikah... jadinya masukkan bahagian Sarah terus. Akikahnya lembu dan berkongsi bahagian dengan orang lain yang buat akikah juga. Ayah cakap lembu akikah tu pihak masjid buat untuk kenduri... Ayah siap telefon lagi suruh ambik gambar lembu tu sebelum sembelih... gigih la suruh adik pi masjid ambil gambar. Malas pula dia nak ambik gambar, padahal kawan-kawan dia yang lain elok je ambik gambar lembu masing-masing. Disuruhnya ayah ambil gambar sendiri, bila balik rumah cek... sudahnya sekeping gambar pun takde. Silap tekan agaknya, alahai... hehehehehe.

Sarapan hari tu buat nasi lemak. Ade buat rendang kerang dengan sambal. Tengahari makan lemang dan nasi impit serta berlaukan rendang daging. Siap dapat lauk dari masjid, daging masak kicap dengan sup daging. Sehari suntuk makan daging je... Petang tu aku buat laksa, masak pun main campak-campak je... janji boleh makan.

Jom aku jamu mata korang dengan makanan... Kalau terasa lapar tu, pandai-pandai la sendiri cari benda nak makan :-p









Hari Khamis tak kerja, jadi duduk berehat di rumah je. Jumaat petang keluar beli barang untuk kenduri akikah Sarah pada hari Sabtu. Siap bawa Sarah sekali... nasib baik dia tak merengek. Cuma dia tak selesa baring dalam stroller, jadinya kena pegang je..

Nanti rajin aku sambung cerita pasal hari akikah tu...





p/s: Bengang dengan orang yang mementingkan diri sendiri, suka mengambil kesempatan ke atas orang lain dan jenis suka menipu lagi pembelit ni.. Tak paham jenis orang yang macam ni. Agaknya gembira buat orang sedih dan bengang gamaknya.