Tuesday, November 30, 2010

Cerita separuh basi tentang hari raya haji...



Walaupun raya haji sudah berlalu hampir 2 minggu yang lepas.... aku tetap nak bercerita dekat sini...

Aku apply cuti dari hari Rabu hingga Jumaat. Hari rabu melepak kat rumah. Nak keluar berpoya-poya pun member balik kampung. Jadinya apa yang boleh dibuat selain layari internet, tengok tv, memasak, makan dan makan lagi.... Nak keluar sendiri macam malas.

Raya Haji kali ni buat akikah untuk anak buah aku, Sarah Irdina. Kebetulan kat masjid mmasih ade kosong untuk buat korban/akikah... jadinya masukkan bahagian Sarah terus. Akikahnya lembu dan berkongsi bahagian dengan orang lain yang buat akikah juga. Ayah cakap lembu akikah tu pihak masjid buat untuk kenduri... Ayah siap telefon lagi suruh ambik gambar lembu tu sebelum sembelih... gigih la suruh adik pi masjid ambil gambar. Malas pula dia nak ambik gambar, padahal kawan-kawan dia yang lain elok je ambik gambar lembu masing-masing. Disuruhnya ayah ambil gambar sendiri, bila balik rumah cek... sudahnya sekeping gambar pun takde. Silap tekan agaknya, alahai... hehehehehe.

Sarapan hari tu buat nasi lemak. Ade buat rendang kerang dengan sambal. Tengahari makan lemang dan nasi impit serta berlaukan rendang daging. Siap dapat lauk dari masjid, daging masak kicap dengan sup daging. Sehari suntuk makan daging je... Petang tu aku buat laksa, masak pun main campak-campak je... janji boleh makan.

Jom aku jamu mata korang dengan makanan... Kalau terasa lapar tu, pandai-pandai la sendiri cari benda nak makan :-p









Hari Khamis tak kerja, jadi duduk berehat di rumah je. Jumaat petang keluar beli barang untuk kenduri akikah Sarah pada hari Sabtu. Siap bawa Sarah sekali... nasib baik dia tak merengek. Cuma dia tak selesa baring dalam stroller, jadinya kena pegang je..

Nanti rajin aku sambung cerita pasal hari akikah tu...





p/s: Bengang dengan orang yang mementingkan diri sendiri, suka mengambil kesempatan ke atas orang lain dan jenis suka menipu lagi pembelit ni.. Tak paham jenis orang yang macam ni. Agaknya gembira buat orang sedih dan bengang gamaknya.

Monday, November 29, 2010

farewell lagi... antara sedih dan gembira



Sedih betul seorang demi seorang berhenti kerja. Dari bulan awal tahun sampai sekarang. Setiap bulan ada yang menghantar surat berhenti, bukan seorang dua tapi kadang-kadang sampai 7-9 orang sebulan. Erm... sangat down sekarang ni.

Jadinya 15hb yang lepas, kami buat small farewell untuk Lan. Seorang yang sangat kelakar sebab bila dia buka mulut je... ada saja benda merepek dia cakap. Antara penghibur dekat sini... Apa pun, tahniah dapat kerja baru dan semoga semakin berjaya. Walaupun aku memang sudah tahu kau memang tak sabar-sabar nak angkat kaki, sedih tetap ada kan.

Mereka pilih makan dekat Secret Recepi, Giant Kinrara. SR lagi dan lagi... padahal Sabtu tu baru lepak makan dekat SR.

Orang yang dirai, Lan dan cik binie sebelah tu pun tak sabar nak berhenti... huhuhuhu.. dah takde orang nak temankan aku sarapan nanti. :-(




Antara mereka ini pun dah menghantar surat berhenti...




Antara makanan yang dipilih oleh mereka... Grilled Chicken With Black Pepper Sauce dan Vietnamese Beef Noodle Soup.





Tekak aku masih hendak makan Macaroni Prawn With Cheese





Aktiviti makan diselang-seli dengan berborak dan bergelak ketawa. Makin kurang pekerja melayu, lama-lama nanti tinggal 2-3 orang balik macam dulu :-(

Friday, November 26, 2010

Makan adalah satu terapi untuk aku....


Sambungan cerita basi sabtu 2 minggu lepas. Berabuk dah aku simpan dekat draft, kena la rajinkan diri untuk publish.

Entry pasal makan dan makan lagi.... dan kali ni makan kat Secret Recipe, Sushi Kings & Kedai Mamak. Tamak haloba tekak ni bila masa nak makan....


Petang tu dapat SMS dari cik puan, ajak keluar malam tu. Kebetulan dekat sebulan tak jumpa, jadi ada perkara nak update each other... borak2, gosip2 dan lepak2.

Memandangkan dia ada lebihan duit bulan ni, so tekak nak makan western food. Aku cadangkan makan dekat SR, IOI Mall je. Malas nak gi tempat jauh-jauh. Tapi... boleh plak malam tu ramai benar orang nak ke IOI. Pusing-pusing cari parking tak jumpa, jadi terpaksa fikir pergi tempat lain. Dah la kena bayar parking, pada hal takde pun parking kosong. Sebabkan dah malas cari pusing-pusing cari, baik keluar je la cari tempat lain.

Dalam kereta dok fikir nak gi mana. Sudahnya terus gi JJ, Taman Equin je. Kalau tau nak jadi camtu, baik le dari rumah terus gi sana. Memandangkan dah decide nak makan kat mana, sampai JJ terus gi SR.

Memandangkan sebelum keluar rumah dah makan nasi sesiap, aku order kek sambil temankan cik puan makan. Hari tu tekak nak mencuba Yogurt Cheese Cake dan rasa boleh la tahan... sedap lagi Mable Cheese Cake. Kawan yang sorang ni order Macaroni Prawn Cheese.




Lepas makan kami gi window shopping. Just survey barang sambil cuci mata. Dalam masa tu sempat jugak singgah Sushi Kings, tapau sesuatu. Ingatkan nak makan kat situ tapi Sushi dah nak tutup. Boleh beli untuk bawa balik je.. Itu pun boleh beli sushi yang ada atas conveyor je. Pilihan pun tak banyak dah jadi tapau yang ni je la....




Memandang malam masa muda lagi, gi melepak dekat kedai mamak area rumah aku plak. Jadinya boleh sambung cerita sambil minum teh tarik pulak... Miahahahah... Makan je la kerjanya... Sempat lagi makan sushi tapikan..... tekak ni masih nak yang lain pulak. Tengok tu, salahkan tekak pada hal memang sendiri jenis kuat makan.. Order Mee goreng mamak tapi idok la makan sensorang kan, kongsi le berdua...





Memandangkan dah asyik menguap je, 12 lebih gerak balik rumah... Zzzzzzzzzzzz. Inilah terapi yang diperlukan bila stress. MAKAN.. MAKAN.. dan MAKAN!!!


Wednesday, November 24, 2010

Wednesday, November 17, 2010

Kalau nak makan sila masak....



Sambungan cerita sabtu lepas... balik dari beli barang Sarah terus balik rumah. Sampai je rumah, ayah dah bising suruh masak. almaklum la tengahari tu makan McD je. Mau tak syahdu bila ayah cakap, ayah lapar la... huhuhuhu...

Terus aku ngan mak pi dapur masak ape yang patut.. Makanan yang sempat dimasak dikala kelam kabut.... Meh jamu mata yer. Kalau rasa lapar tu, pandai-pandai sendiri la yer. Macam-macam alternative ada... masak sendiri kalau rajin, tak pun start enjin kereta gi makan kat kedai makan atau pun telefon je order delivery kat McD ke... Domino ke... PizzaHut ker... Nandos ker... Hahahahahah...

Rendang Kerang


Masak Ayam Ikan Tenggiri


Tenggiri Goreng


Sayur campur goreng




Siap dengan air kelapa lagi. Bila adik tanya orang pantang boleh tak minum air kelapa, selamba je aku cakap... bedal je la kalau rasa nak minum. Senang betul kalau pantang kat rumah ni, semua aku bagi....

Lepas siap masak, cepat-cepat makan sebab malam tu nak keluar... Borak-borak sambil makan lagi masa tu. to be continue...

Tuesday, November 16, 2010

ke Wah Chan la pulak....


Petang sabtu, lepas makan tengahari kami pun pakat-pakat untuk beli sesuatu untuk Sarah. Bawak Sarah sekali sebab senang nak beli mana yang sesuai. Kebiasaan kami membeli dekat 1 kedai area KL. Memandangkan bawa bawak anak ngan ibu yang masih dalam pantang tu... jadinya kami ke Mydin USJ. Lagi pun tak salah memang ada kedai H.J dengan Wah Chan.

Adik memula macam tak mau bawa isteri dia yang dalam pantang tu. Cam kite orang kesian pulak dia sensorang kat rumah. Pastu cakap bawa je sekali tapi lepas beli barang Sarah terus balik. Tak payah nak singgah mana-mana. Siap pesan suruh ikat bekung tu elok-elok, lepas tu jangan jalan laju-laju. heheheheh..

Memula kami masuk H.J dulu. Sementara tunggu adik parking kereta. Belek-belek mana yang sesuai. Sedihnya tak dapat saiz yang sesuai untuk dia. Kekonon nak cari rantai la pulak lepas tu, tapi................

sale person macam nak tak nak je layan kite orang. Hampasgass tak. Gile berlagak, terus ajak mak gi kedai lain. Layan orang macam ape je. Beza sangat layanan bila kami gi Wah Chan. Layan dorang baik gila. Walaupun kami cakap tengok dulu, kalau ada yang sesuai dan berkenan kami beli. Sungguh-sungguh je dia layan. Beza kan layanan dorang. Ingat kami susah-susah pi hangkut budak kecik ngan mak nye masih pantang tu.. saje-saje nak cuci mata. *Sengal. takpe yang rugi ko jugak. Walaupun tak berpuluh ribu, atleast ada jugak sale ko bulan tu. EMO tau ngan orang camni.

Memang dah plan, abah dia belikan gelang kami pula belikan rantai. Yelah, barang-barang yang lain kawan-kawan dan saudara mara yang lain dah bagi kan. Lagi cucu sulong, tu yang excited lebih :-)

Sarah ni plak sangat baik, tidur je sepanjang perjalanan... time beli sampai la balik. Tak mau celik-celik matanya. Lawak plak bila adik cakap, mabuk duduk dalam kereta kot anak dia. Sebab dia pun kalau naik kereta, duduk belakang rasa mabuk. Boleh pulak dia fikir macam tu. hahahahah...



Masa ni dah pilih mana yang berkenan. Mahal juga emas sekarang ni, RM157 segram. Gelang cinonit je pun dah beribu. ***Pitam***. Dengar-dengar tahun depan makin tinggi harga emas naik. Lepas bayar dapat la free gift gelang mutiara.




Budak debab. Ade rezeki nanti belikan gelang lagi sebelah. Adik siap boleh claim kat budak pejabat dia lagi beli gelang tu.. hohohohoh..




Kisah Sabtu ~ fastfood lg :-p



Yup.. fastfood lagi, walaupun tak bagus menelan hampir setiap hari. Dah adik bawak balik, kite ngap je la. Awalnya nak order Domino je tengahari tu, tak lama lepas tu adik balik bawakk McD. Jadinya cancel order Domino, selamat duit aku... miahahahah...

Jom menjamu mata pepagi ni. Klu korang rasa lapar, order je. Sampai je budak McD tu depan pintu pejabat memasing. Itu pun kalau ade McD area tempat korang :-p









Hari yg panjang, lepas ni kemana pula.... :-) Entry selepas ni.

Monday, November 15, 2010

Farewell Safrul.



Khamis lepas kami buat farewell untuk sorang rakan pejabat. Plan pun secara mengejut memandangkan hari terakhir dia bekerja pada jumaat, esoknya. Lepas bincang apa yang patut, kami bagi dia 3 pilihan tempat untuk makan tengahari.

Pizza Hut
Domino Pizza's
McD

Memandangkan mamat ni makan ayam je, jadi kami ke.... McD, IOI Mall. Siap tanya dia nak makan ape, senang nanti nak order.

Kami berborak macam-macam. Siap risik-risik lepas ni sape yang nak berhenti kerja. Bulan ni je, 6 orang yang behenti. Bulan lepas 7 orang... hohohohoho... Makin kurang la manusia dalam pejabat ni.

Safrul orang yang dirai. Lepas ni ke HitechPadu plak mencari rezeki. Dia ni pon tengah tunggu isteri nya bersalin anak pertama. Apa pun, tahniah dan moga kau berjaya kat tempat baru. Si Safrul ni kerja tak sampai 3 bulan pun kat sini.. hehehehehe... dah cari tempat kerja lain yang lebih mencabar :-p





Aku order Set Double Cheese Burger. Sodap but mampu makan separuh je. Kekenyang...




Thursday, November 11, 2010

otak kau!!!!


otak kau!!!!
.
.
.
.
.
.

eh... eh... silap :-p

otak aku ler.....


struck + jam





dah ler traffic light semendang MERAH,

lepas tu lorry trailer bersusun depan belakang kiri kanan...

mana nye tak STRUCK dan JAM...




ops... tak payah fening2 nak paham, aku tgh emo tahap gaban ni :-(



Tuesday, November 9, 2010

Kisah Minum Petang 071110


Tengahari tu adik pi temankan ayah ambik van dan repair ape yang patut. Petang tu ayah balik bawak kuih untuk makan petang pulak.

See, takde lain... balik-balik pasal makan je la :-) Aku buat air Milo utk adik ipar dan teh O untuk yang lain. Kuih plak ayah beli...

Kuih Bakar


Kuih Seri Muka Lapis



Sebab ape aku namakan camtu, cuba korang tengok... punya la rajin orang yang jual ni buat Seri Muka lepas tu atas dia berlapis-lapis lagi. yang penting memang sedap.

Kuih Lapis




Minum petang aku, sepotong Kuih Bakar dan Kuih Lapis. Lupak plak dengan semangkuk buah duku langsat...

Entry ni aku draf sesiap mlm tadi.. keletihan, mahu berehat dengan aman...


Kisah Ahad 071110


Dalam lena tiba-tiba kaki sebelah kanan terasa dicucuk jarum. Terkejut dibuatnyer, terus tido terganggu. Nasib baik dah hampir subuh. Bangun dari tidur tangan ni tercari-cari, mana la tahu kot tersesat jarum pada blanket. Belek punya belek tak jumpa la pulak.

Seperti biasa, entrie aku lebih kepada MAKANAN. Setelah memikir akhirnya kami sajikan tekak ni dengan nasi impit bersama soto dan rendang ayam. Celik mata pikir makan, pejam mata pon selepas makan. Bila berat badan naik sedikit demi sedikit, tak senang pulak. Tapi makan tak mau control.







Makan dan minum petang rasanya akan diceritakan pada entrie seterusnya. Lagi pun dah upload pic dulu, tunggu nak idea nak menulis. Almaklum aku ni bukan pandai mengarang tapi gedix nak berblog bagai :-p

Lepas si kecik balik, mak ajak pi Hero beli barang. Mula-mula bagi alasan tak mau gi. pastu mak cakap bukan buat ape pon, penat bagai. Aku cakap, penat otak... lagi pon esok nak keje. Kebiasaan memang akan stress punya. Sekali lepas maghrib ayah balik, janjinya selepas isyak. Lepas tu ayah siap cakap just ambik kite org lepas tu biarkan kami membeli belah kat Hero tu dan ayah gi balik masjid. Lepas isyak baru datang dekat kite org.

Jadinye... sebagai anak yang baik... miahahahahah... kena nak temankan mak membeli barang. Pastu ayah siap plan nak gi pasar lagi beli barang basah. Tapi mak dah cakap, aku tak larat la konon.. so terus tak jadi plan ayah aku tu pada mulanya.

Beli barang apa yg patut, itu pun beratus gak habis. Zaman sekarang barang kemain mahal. Bukan beli banyak pun, setakat tambah mana yang kurang je. Dah siap bayar, ayah pun sampai. So aku cakap pergi je la pasar beli barang pasar tu. dah alang-alang kan, drpd ayah nak hantar aku kat rumah lepas tu keluar balik. Buang masa pun ia nanti.

Masa dok punggah barang masuk kete sekali terbau makanan. Hhohohohoh... ayah bawak balik nasi lemak + ayam grg rempah. Kata nye wak buat tahlil untuk abang dia. Jadi nye dibekalkan ayah aku beberapa bungkus makanan. Lepas tu kami gi Pasar Borong Selangor plak, area Taman Equin je. Sempat la beli ikan + ayam, tapi tak banyak kami beli. Ayah cakap bukan ikan baru tu, lebihan pagi rasa nya. Tak berapa segar ikannya, lagi pun ayah cakap nanti dia beli lain. Ops, biasa barang-barang basah ni memang ayah yang pi beli kat pasar borong.

Dekat pukul 11 mlm sampai rumah. Kemas semua barang lepas tu ape lagi weh... makan ler. dah terbau-bau nasi lemak tu... Boleh tahan sedap sambal nasi lemak tu.. i like :-)




Bila dah malam lepas berjalan kehulur kehilir, kaki ni makin sakit plak kat tempat yang kekonon kena cucuk jarum je. Bila mak belek2 kaki aku, cakapnya bukan jarum. Binatang ape tah dah sengat kaki aku. Ke main sakit lagi tu.. Asyik letak minyak panas tapi tak jalan-jalan gak. Pastu siap pesan kat mak, klu tak baik pagi isnin maknanye aku ambik MC je la. Mak belek ngan urut skit kaki gedix ni.. Subuh tu mak kejut tanya nak gi kerja ke tak? AKu telek2 kaki ni rasa cam ok, pastu cakap gi kerja. Bukan ape, klu duduk rumah pun busan sebenarnya. Ni pun masih ade sisa-sisa sakit. Masa jalan dalam office pun dok rasa sakit lagi. Minta-minta cepat la baik, bisa tu...

Sekian cerita hari ahad aku. Jaga si kecik Sarah, makan, meneman mak beli barang dapur dekat Hero sebab malas nak gi Tesco dan barang basah dekat Pasar Borong.

Monday, November 8, 2010

Domino's Pizza


Asalkan malas nak masak coz ingatkan jumaat tu si kecik balik.. so udah la masak macam-macam. Last2 nan ado balik. Tanya adik rupanye dia kat opis settlekan keje.

Tp nasib baik adik bongsu bwk member blk, so depa nak dok tlg makan... Memula tu masakkan bfast tuk dorang, bihun grg. Lepas balik solat jumaat, jamu dorang makan nasi berlauk ayam masak merah, kari ikan bawal ngan sayur grg. Pergh licin.. senang hati, takde la en.tong smpah yg tolong habiskan...

So kami budget sabtu tu dorang takde la blk, tgk2 tghari dorang smpai. Dah la tak masak nasi lg. Adik aku tu confirm balik perut kosong. kebetulan kami semua bgn lewat, so aku masak mee grg je utk tghari tu...

Memandangkan adik yg sorang tu dok belek pamphlet piza hut, terus dia ckp makan piza je la. Aku on je la, siap tanya isteri nye yg pantang tu blh makan ker??? Aku pandang adik ipar, pastu ckp .. bedal je kot. Lagi pon takut pizza je kot. Bini nye mengangguk setuju je.. hehehe.. Terus aku google website Domino's then pilih nak ambik set ape. Niat nak makan Pizza Hut tp delivery dorang tak smpai kat area uma aku ni..

Lepas membelek menu dorang, decide ambik set Crazy Chicken Crunchies Meal utk 5 org makan. 2 regular pizza + 1 Crazy Chicken Crunchies + 1 TwistyBread + 1 Bottle Coco cola.



Crazy Chicken Crunchies, not bad sbb makan smpai abis...



Extravaganzza Pizza


Beef Pepperoni Pizza





** Cepat services dorang. Smpai seblm estimate time yg dorang bagi,
** Pizza nye not bad, byk cheese.. tak kedekut..

Tp blh plak aku makan sekeping jer... Tp Crazy Chicken Crunchies aku mkn smpai abis..

Jamuan Deepavali....


Sabtu lepas kami dijemput menghadiri jamuan deepavali. Tak jauh pun, seblh rumah. 2-3 kali jgk depa mengajak, lepas maghrib kami pi la singgah sekejap. Awalnye mmg aku malas nk gi tp mak beria-ia suruh temankan. Dlm nak tak nak tu, gi jgk la temankan. Ingatkan nak datang tunjuk muka. Sekali..... tuan rumah hidangkan macam2 makanan kat kite org. fitam kijap dibuatnyer.

Memula tu siap ckp, hidang air pon dah cukup. Punya baik la depa ni... pi hidang tosai, yg br angkat dr kuali tu. Depa masak kat depan rumah. Memula tu aku angkat kening kat mak pastu kat adik. Lelama kami makan jgk la skit. Lepas segala jenis makanan dorang kuarkan. Aduhai jenuh ok nak tepis. Siap nak hidang nasi brayani lg tu, pastu aku dgn berhemahnye cakap. Takpe la aunty, kami br lepas masak. Aunty simpan utk saudara mara la. Kebetulan dia cakap ade lg saudara mara yg tak sampai. Mak plak ckp, lain kali u masak.. kasi hantar kat sebelah la... nasib baik reason diterima baik.

Dah la dorang mmg hadap kite org masa makan smbil sembang2. Almaklumla jiran tetangga. Masa time ni la nak jumpa pon. Klu tak memasing sibuk bekerja. Lupa plak, maruku dia sedap weh. Uncle tu dok puji bini masak sodap. Tp mmg betul pon, maruku mmg sedap. Tak macam aku biasa kite buat or beli. kek plak dorang hidang, aku makan gak coz kek tu dorang beli kat Kings.

Lepas makan ngan borak, depa ajak pi pusing uma plak. Aduyai... layankan je la. Kebetulan dorang br lepas renovate rumah. Tu yg ajak kami pusing2. Keji tak aku, sempat ambik bwk blk tosai sbb takmo dorang tgk pinggan aku still ade makanan. Punya la kekonon nak jaga hati.

Blk uma, adik ajak temankan dia plak, van ayah rosak. Dah la adik aku drive laju nak mampus. aku dah kecut2 perut dibuatnyer. Dah la bebel ckp mata dia tak brape nak nampak memalam. Lepas tu dah la dok bising tak tau jln. Sib baik aku tau gak area Langat tu. Dah smpai tu, tunggu plak ayah kuar masjid. Dah check2 semua, decide tinggalkan je dulu van kat situ. Pastu kami dok punggah brg2 dlm van masuk dlm mpv adik. Sib baik muat2 je sumbat air2 tu semua.

Dah settle grk blk, lepas tu dgr plak ayah membebel pasal adik aku plak. Stress den dibuatnyer. Yg bongsu nak SPM, sibuk plak dia gi ikut abg dia gi Camping kat PD. Yg sorang tu, patutnye last year kat kolej tp pi tangguh sem pastu keje. Yg azab kena bebel, kakak dia ni gak.


Singgah taska pi letak semua air tu dlm peti ais, klu tak kang rosak air tu semua. Dah punggah semua, si yun plak ckp makanan si gemuk habis. Kena la singgah kedai pi beli makanan kucing pastu blk tu pesan kat adik bwk balik makanan kucing. Ayah plak, smpai uma rehat kepenatan.... dpt layan tv tanpa berebut ngan ayah, yippie... :-p pastu makan dan makan... tghari pi makan piza, mlm br dpt nasi... jemput makan :-)






Thursday, November 4, 2010

Sushi King Salmon Promotion


Semlm tekak memasing nak makan Sushi, termasuk la aku. Ahad lepas ade ajak member pi makan, tp masa tu Sushi King dah tutup. So semlm bila org ajak pi, terus yippie :-).

Mengidam Sushi plak skrg ni. But semlm tak byk pilihan dan memandang tgh Salmon promotion, depa dok makan Salmon. Aku cuit skit je. Pic pon tak byk ambik sbb pale fikir benda lain. Ishh.. bos ni time nak makan col plak. tak tenang nak makan semlm. Dok fikir nak masuk opis cepat je.

Menu semlm Salmon Katsu Don, Piri Piri Chicken, Kani Tama Maki, Tori Karaage, Nigiri Salmon, Gunkan Tuna Mayo & Chuka Chinmi. Nak tgk menu yg lain.. buka en3 sushi yg lps, aku ade link menu dorang.

Aku ambik 2 plate Kani Tama Maki & 1 plate Tori Karaage. Full tekak dok makan sushi ni. Heheheh.. tekak dah blh tima sushi. Makin kuat plak hati ni nak jejak Jepun :-)

A few pic yg sempat kite org snap...









Tuesday, November 2, 2010

my niece


Sarah ~ 3rd week


kecik pon dah pandai mencebek.. :-p






Sarah ~ 2nd week


Tido pon menyengih budak kecik ni...




Paksu yg gedix, Sarah tido pi pakaikan topi plak...


Tidokan si kecik sementara mak ngan abah nyer makan...


wit si kecik Sarah



insyallah, raya haji nnt wat aqiqah utk Sarah. Sabtu plak wat kenduri... to kak shima, ima n aima if tak balik kg meh la dtg uma.