Tuesday, September 15, 2009

Mencari Laitatul Qadar




Mengisi ibadat 10 malam terakhir ramadhan. 10 hari terakhir Ramadhan penting kerana bukan sahaja keampunan yang dijanjikan Allah s.w.t tetapi janji Lailatul Qadar sebagai malam lebih baik daripada ibadat seribu bulan.

Jesteru Ramadhan adalah impian bagi semua insan Muslim. 10 hari pertama dipenuhi dengan rahmat keberkatan, 10 hari pertengahan dihiasi dengan keampunan dan 10 hari terakhir diberkati dengan kebebasan daripada api neraka.

Tidak ada sebab mengapa kita tidak merebut peluang keemasan yang hanya datang setahun sekali, jesteru anggaplah Ramadhan yang kita lalui ini ibarat Ramadhan terakhir, mungkin juga kita tidak akan bertemu dengannya buat tahun mendatang.



info: harakah

No comments: