Monday, January 21, 2013

Aquaria, KLCC


Assalamualaikum korang,

saya ni dari hari ke sehari nak update blog tapi tak juga update. blog orang lain sempat je curi masa nak baca, blog sendiri nan ado.

entry ni masih lagi berkisar cerita bulan dis yang lepas dan sebenarnya banyak draft dan gambar dah saya upload cuma takde idea je nak menulis. wah, macam la blog ni berilmiah bagai sampai susah benar nak dapat idea untuk update. pada hal dalam draft banyak gambar makanan je :p mana la badan bagai di pam pam... pakai la cream kurus ape pun, tak jalan langsung. nak exercise malas, macam mana tu?

haisshh, membebel pula. ok la, berbalik pada entry sebenar. Penghujung bulan lepas saya bawa anak buah, mak pak  dan nenek depa gi aquaria, klcc. pasalnya nak redeem coupon yang saya beli dekat matta fair since march yang lepas. maklum la, banyak benar aktiviti masing-masing dan sudahnya penghujung bulan dis baru dapat pergi.

Kebetulan masa tu nak christmas, jadinya kami pusing-pusing dalam klcc dulu.




Sempat lagi bawa dorang main-main kat sini. almaklum la, dorang ni pantang nampak.. mesti nak naik. jadinya, kita layankan je la....




sambil tu, bergambar la kita. walaupun makcik dorang ni bukan blogger tegar, bergambar memang jarang miss. cuma jarang nak update semua benda je kat sini je. maklum, berlakon sibuk je memanjang.. update blog pun takde masa. poyo je kan :p




ok la, layan gambar je la dulu... kepala ni sakit dari pagi. nampaknya kena la makan ubat untuk tahan sakit. jangan tertidur kat opis sudah la.. 

opsss, baru teringat. budak budak ni bukan seronok tengok ikan besar besar tu, bantainya dorang melalak kat dalam tu. sabar je la.... nanti dah besar sikit, baru bawa dorang datang sini balik..









sekian dari saya yang pemalas, jumpa lagi di lain waktu. hihihihi


2 comments:

green apple said...

you susun2 gamba tu pakai software apa ya?

Intan ~ Nur Azlina said...

Pakai photoscape,
boleh download dekat sini..
http://www.filehippo.com/download_photoscape/