Friday, January 25, 2013

Bagang Lalang ~ Restoran Bagang Lalang Seaview


nak meroya kejap boleh? huhuhu... serius saya penat gila sekarang ni. mean setiap tahun pun memang macam ni la kalau masuk bulan satu until april. bulan yang mencabar tahap kesabaran gitu. nak nangis memang tak lalu dah. last 2 day, 12 ++ pagi baru saya balik. esok paginya subuh subuh lagi bos dah tanya update. dok pung pang pung pang ngan bos, almost lapan pagi baru selesai. lepas tu rushing gi client site, wat rescue ranger jup. takde makna sekejap weh, sampai ke petang la kat sana...

ok, back to the topik....

ni bulan lepas punya cerita. kawan dok belanja makan coz dia dapat bonus. so sebagai kawan yang baik hati, tak gitu cik aima???? dia pun belanja la kami makan. mula mula ingat nak gi Jeram but last minute tukar plan ke Bagang Lalang.

Pukul 6 lebih baru gerak dari puchong, sampai je ngam ngam masuk maghrib. solat la kita dulu sebelum makan. If sesiapa yang nak singgah sini, dun worried sebab dorang ada sediakan surau untuk kemudahan pengunjung yang datang. 1st time datang makan dekat sini. dalam fikiran dok fikir, sodap ke tidak makanan kedai ni... sekali, alhamdulillah sedap. sebab pada saya, kalau sotong goreng tepung dia sedap, yang lain memang tak berapa heran sangat. cuba makan udang ni, but not bad. fresh rasanya.

Cuma yang tak best dekat sini, servicenya ya ampun lambat gile. kalau bawak anak kecik tu, baik la tempah sesiap, bagi tau ape korang nak makan semua. tak payah la smpai sana baru nak order segala. confirm menyesal sebab super lambat. tapi tak tau la, kalau hari hari lain servicenya cepat. masa kami gi hari tu memang lambat betul.

dan satu lagi, kalau nak apa apa , terus order kat kaunter. Sebelah kaunter tu depa letak la segala udang, ikan, sotong bla bla bla semua. Kami ada tambah order, sampai ke sudah tak sampai makanan yang kami order kemudian tu. Nasib la kat situ ada jual makanan sampingan macam satay dan otak otak. sementara tunggu makanan sampai, pekena dulu otak otak. masa tu stress kot sebab dah kelaparan tahap gaban, makanan nya tak sampai sampai... tengok meja lain, order naik lemak pun kemain lama makanan tu sampai, sudahnya depa cancel je order. kesian plak tengok sebab bawa budak kan..

antara makanan yang dah selamat masuk perut hari tu;



asalnya kami nak order kerang bakar, tapi takdo plak. yang ada kerang rebus je, nasib baik sedap. wink wink

ketam goreng bercili, boleh tahan juga rasanya...

ni pun sedap, udang masam manis tak salah. curi curi makan satu, maklum la... saya ni allergic dengan seafood. nasib baik tak gatal lidah saya makan udang ni. rasa fresh...

Ikan jenahak 3 rasa... pun boleh tahan rasanya..

last one, sotong goreng tepung yang super sedap bagi tekak saya. Setakat ni, dekat tempat ni yang paling sedap yang pernah saya makan. mula mula sampai, saya ragu ragu tahap kesedapannya. bila dah rasa, rasa nak tambah lagi je.... fresh, lembut... pokoknya memang sedap bila masuk tekak. 

Tuesday, January 22, 2013

Mr. Steak House


singgah makan dekat sini lepas habis sesi habiskan duit dan cuci mata dekat JJ, Taman Equin. Kebetulan JJ card, adik pun ajak gi sini. dan kebetulannya petang tu saya dapat coupon JJ sebab menang main game kat opis. dapat juga la beli comfort shoes kat larrie.
   
opsss... sapa yang rasa nak mencuba, kedai ni dekat belakang Giant Seri Kembangan, ada deretan kedai kat situ. pandai pandai la cari. tau kedai ni pun lepas baca blog fillanie, jadinya mai la terjah kalau sapa suka western food.

not bad la rasa dia dan yang penting harga nya tak cekek darah. murah juga kalau nak dibandingkang dengan kedai lain.



antara menunya... kalau tak nampak pandai pandai la telek sampai nampak. 


adik punya, mix grilled. tak salah ada ayam, beef  dan prawn


ni tuan tanah punya, chicken grilled ajo...


adik ipar pula order ni, nasi ape tah nam nya dengan ayam... not bad la rasa dia, tapi pedas ke hangat sikit dik rasa lada sulah ke lada hitam... tak berapa ingat la pula



sapa yang tinggal area sini boleh la terjah kedai ni. tak jamin la sedap hingga menjilat jari kan... sebab tekak lain lain mar. pada saya masakan kedai ni ok ok, boleh je singgah makan kat sini lagi.


coming soon dengan entry jjcm saya yang lain.. di bagang lalang, jeram dll... babai.. assalamualaikum.


Monday, January 21, 2013

Aquaria, KLCC


Assalamualaikum korang,

saya ni dari hari ke sehari nak update blog tapi tak juga update. blog orang lain sempat je curi masa nak baca, blog sendiri nan ado.

entry ni masih lagi berkisar cerita bulan dis yang lepas dan sebenarnya banyak draft dan gambar dah saya upload cuma takde idea je nak menulis. wah, macam la blog ni berilmiah bagai sampai susah benar nak dapat idea untuk update. pada hal dalam draft banyak gambar makanan je :p mana la badan bagai di pam pam... pakai la cream kurus ape pun, tak jalan langsung. nak exercise malas, macam mana tu?

haisshh, membebel pula. ok la, berbalik pada entry sebenar. Penghujung bulan lepas saya bawa anak buah, mak pak  dan nenek depa gi aquaria, klcc. pasalnya nak redeem coupon yang saya beli dekat matta fair since march yang lepas. maklum la, banyak benar aktiviti masing-masing dan sudahnya penghujung bulan dis baru dapat pergi.

Kebetulan masa tu nak christmas, jadinya kami pusing-pusing dalam klcc dulu.




Sempat lagi bawa dorang main-main kat sini. almaklum la, dorang ni pantang nampak.. mesti nak naik. jadinya, kita layankan je la....




sambil tu, bergambar la kita. walaupun makcik dorang ni bukan blogger tegar, bergambar memang jarang miss. cuma jarang nak update semua benda je kat sini je. maklum, berlakon sibuk je memanjang.. update blog pun takde masa. poyo je kan :p




ok la, layan gambar je la dulu... kepala ni sakit dari pagi. nampaknya kena la makan ubat untuk tahan sakit. jangan tertidur kat opis sudah la.. 

opsss, baru teringat. budak budak ni bukan seronok tengok ikan besar besar tu, bantainya dorang melalak kat dalam tu. sabar je la.... nanti dah besar sikit, baru bawa dorang datang sini balik..









sekian dari saya yang pemalas, jumpa lagi di lain waktu. hihihihi


Wednesday, January 16, 2013

Monday, January 14, 2013

sesi menambah lemak di hujung minggu


Entry basi lagi :p

assalamualaikum semua, sihat tak hari ni? harapnya semuanya sihat-sihat belaka. saya ok ok saje, cuma penat sikit la. biasa la, awal tahun memang macam ni.

saja nak kongsi sesi menambah lemak di hujung minggu kami sekeluarga kalau tak ke mana. Selain menghadap tv dan gadget, apa lagi kan kalau tak makan. macam mana la yang turun berat badan kalau asyik nak makan je kan... sabor je la :p

Sejak ada anak buah ni, menu kami pun kena adjust sedikit, mesti nak kena ada sup. nak kena ambil kira selera dorang juga kan...

kali ni saya masak sup ikan merah, sotong goreng kunyit, kacang buncis goreng dan ikan goreng. tak lupa kalau buat sup minta ada kicap dengan cili padi dan tak lupa letak perahan limau kasturi juga. baru awesome nak makan :p

saya takde la rajin bebenor nak masak pun cuma hujung minggu je. masa ni la semua adik beradik berkumpul kat rumah saya. dan satu lagi kalau saya tak keluar merayap memana, kalau tak mak juga la yang masak. sian kan, saya ni rajin juga mengelat masak tengahari kalau keluar jalan. Tapi sarapan biasa tetap juga saya rajinkan diri untuk masak sebelum keluar dating :p







Menu of the day esoknya pula, ayam ayam dan ayam....


Sempat la saya masak sup ayam, sambal ayam, sambal terung dan kangkung goreng. 

Ayam grilled tu adik yang masak. satu depa perap dengan sos bbq dan 1 lagi dengan rempah ape tah. cara masak pun lain-lain tau. satu masak atas pan ajaib la sangat :p dan 1 lagi bakar dalam oven. but bbq bakar atas pan lagi sedap. tengok la gambar kat bawah ni, sampai rentung ayam tu dikejakan. hihihihi...







Buruk bebenor gambar makan yang saya ambil. lepas tu takde seni menghias langsung. hahahahah.... takpe la, janji boleh makan dan kenyang bila masuk perut. betul tak ??? 


Saturday, January 12, 2013

Sambut Menantu, Aqiqah & Hari Lahir


Entry basi :p

Assalamualaikum semua,

Adik mak buat kenduri sambut menantu hujung tahun lepas. lepas tu ada makcik yang sorang tu menyelit buat aqiqah dan celebrate hari lahir  juga. Jimat kan, semua buat serentak, orang nak datang pun senang. hihihih..

Lauk kenduri adik beradik mak ngan sepupu dia yang masak. jadinya, sehari sebelum kenduri ramai dah berukun tangga dekat rumah makcik.

Antara gambar yang sempat adiambil, maklum la kekonon pagi tu sibuk sikit buat lauk pengantin ngan jiran tetangga :p 

Dalam pukul 11 pagi buat aqiqah dengan cukur jambul sepupu. Lepas tu baru kenduri sambut menantu pula. Gambar cukur jambul nan ado... kan sudah ku bilang, kesibukkan menyibuk kat dapur... hihihihi




Dah petang tu, bila tetamu dah balik kami sambut birthday makcik dan sepupu dengan ahli keluarga. Petang tu birthday girl takde mood, tu yang muka masam je. Sarah plak yang terlebih excited tengok kek. Semua dok gelak tengok gelagat dia. Tu yang dia pun menyelit sama bila orang potong kek. over tau :p



cupcake angry birds dengan rainbow kek. depa kata sedap, tuan tanah tak lalu nak makan, lalu tengok je :p



Melalak sarah sebab kena pedajal dik pakciknya. Budak ni dah la manja sangat campur penakut. Lagi pakcik dia nak kacau. Nak tau sebab apa yang beria dia dok melalak... cer tengok kat bawah ni....





























kepala kambing je pun :p






kat ofis ni, rajin tak kita :p sorang sorang weh kat sini. pukul 6 kang baru balik, tengok la macam mana. Awal tahun memang banyak keje. letih dibuatnya. Kena pulak tahun belanjawan yang lepas ada announce perubahan struktur pembayaran income tax. jadinya bertambah banyak la keje nak buat, mana lagi  dengan  pengujian sistem. 

Tapi nak buat macam mana kan, dah kerja. ok la, bye... nanti rajin kita jumpa lagi.


Tuesday, January 8, 2013

Makan Time ~ Embok Village @PD


Malam tahun baru kami singgah makan dekat sini. 




ermmm... nak komen jujur skit boleh?

Service sangat lambat. cuma nasib baik meja kami makanan cepat sampai kalau nak dibandingkan dengan meja orang lain. tapi untuk bungkus sampai habis kami makan, siap tunggu 30-40 minit, langsung tak nampak bayang. rupanya dorang lupa nak hantar pesanan ke dapur. sistem ke main canggih buat apa kalau order kami tak sampai dapur pun. sabar je la.. minta tambah air pun lambat gile sampai. wah hal air mineral je pun.

Menu sangat limited. sup pun takde. makanan pun tak berapa sedap bagi tekak kami. terlebih pedas kot. nasib baik sotong goreng tepung dia boleh tahan.

Harga pun tak padan dengan service dan kesedapan makanan. Kalau service tiptop dan makanan sedap, tak ralat nak bayar mahal. tak gitu??? ini pendapatan saya lar.

Memang tak rasa nak repeat datang sini... selera orang lain-lain, kemungkinan pendapat orang lain, lain pula.. tak macam komen saya. 


ok lah, need to go. nak sambung buat kerja. bye.


Sunday, January 6, 2013

Tahun Baru 2013 di Port Dickson


Assalamualaikum semua,
Selamat Tahun Baru 2013. Apa azam tahun ni? 

saya macam orang lain juga, nak perbaiki kekurangan yang ada. Semoga semuanya lebih baik dari tahun sebelumnya, insyaallah. tak lupa azam untuk blog ni agar tak bersawang 5-6 bulan macam tahun lepas. 

isnin lepas kami sekeluarga ke PD untuk berehat atau menambahkan penat??? maklum la, 2 hari sebelum tu kami sibuk dengan kenduri sambut menantu. Kekononya lepas kenduri nak merehatkan badan pula. yelah sangat.

Sebenarnya budak 2 orang ni lagi excited sebab dapat main air. nasib baik pak lang rajin nak melayan.




Siap berangan nak naik banana boat lagi. tang ni takde sape kuasa nak layan. tak padan dengan kecik, ada hati nak main aktiviti pantai macam tu. sabar je la, tak reti nak takut ape. daripada kempunan, nenek dia bawak la budak2 tu naik banana boat yang atas tanah, jadi la daripada tak rasa langsung kan.




Sebelum balik saya dok sibuk la ambil gambar keliling sekali budak sorang ni menyelit. Dia memang pantang nampak mak long pegang kamera. mula la sibuk suruh ambil gambar. lepas tu sibuk nak ambil gambar pun iya. 

siap cakap lagi, mak long ambil la gambar adik, peace.... peace... 

layan je la, kang klu tak layan menangis plak. huhuhuhu... Siap paksa nenek join bergambar lagi...




ok la, sampai sini dulu. nanti menyusul entry basi bln 12 tahun lepas yang tak sempat saya kongsikan kat sini. kebanyakkan pasal makan-makan je. 

babai...