Catatan perjalanan, penerbangan kami pada 6 Jul pukul 2.45 ptg dan dijangka sampai 11.00 malam waktu Tokyo. Kita lewat 1 jam dari Jepun (kalau salah sila betulkan )
Pagi tu baru la terhengeh-hengeh kemas baju dan barang-barang, mood bercuti tak sampai lagi. Memikirkan kerja yang surutnya macam kura-kura. Lepas siap terus ke Pandan ambil wawa dengan shara dan terus ke lcct. Check-in dah pun dah buat siap-siap dari rumah.
Sampai lcct terus check in bag . Bila dah selesai semua hal baru gi sarapan dekat kfc dan sesiap tapau zinger burger. Kelam kabut juga la gi solat dan lepas solat terdengar panggilan terakhir penerbangan kami dan yang best ye kami orang yang paling akhir naik kapal terbang. Siap kena sedas dua lagi dengan akak yang check passport dengan tiket flight kami.
Pergi ni pun beli tiket Airasia X, pitam la kalau naik MAS. Takpe janji sampai kan Asalnya duduk asing tapi abg pramugara tu bagi kami duduk sekali. Terus saya berlari-lari duduk sebelah wawa. Hahahah... tipu la kalau berlarikan, agak-agak ler. Penerbangan ke airport Heneda mengambil masa 7 setengah jam. 1st time naik lepas tu berjam-jam dalam flight, harus la sakit satu badan
Henada Airport, Tokyo
Teruja dan cuak juga bila sampai Tokyo, susah nak ceritakan perasaan masa tu. Flight pun ambil masa untuk landing sebab cuaca hujan masa kami sampai, turun flight terus naik bus ke terminal. Selesai semua dan ambil luggage, kami pun cari tempat untuk lepak dan rehat. sebab duduk kat airport sampai siang. Saya ambil peluang untuk rehatkan badan sebab tak dapat lelapkan mata dalam kapal, lagi pun memang tak larat nak heret bag yang berat ke hulu hilir. Yang lain ambil peluang lawat kawasan
Sepanjang saya berada disini apa saya lihat dan perasaan:
#sistem pengangkutan mereka sangat bagus, kebanyakkan menaiki train untuk memudahkan perjalanan. Jalanraya pun tak sesak, orang cakap boleh la nak baring sekejap tengah jalan.
#Tetiba ada gambar tandas pula kan... cuma nak bagi tau tandas dekat sana sangat bersih. Jauh beza dari tempat kita. huhuhuhu
# Kereta dan motor memang kurang. paling banyak basikal. bersusun-susun basikal. Patut la orang sini semua kurus-kurus belaka. Daki bukit selamba je pada hal raga ada barang, tempat duduk belakang ada bayi. kagum kagum... kalau la saya, mahu tercabut kaki nak kayuh basikal masa mendaki
Sesiapa yang menggunakan pengangkutan awam, saya cadangkan beli sucia card untuk memudahkan perjalanan anda. Kad ni macam T&G juga yang boleh digunakan untuk membeli di sesetengah kedai, menaiki train dan bus juga.
Ueno Station
Jam menunjukkan 5.43 pagi waktu Jepun, manakala Malaysia 4.43 pagi. Sini sudah terang benderang macam pukul 8 pagi. Kami ambil train ke Ueno Station kawasan tempat penginapan kami. Bukan untuk check in tapi letak bag dekat locker dulu.
Dah letak barang dalam locker baru la senang hati nak jalan kan. Terkial-kial guna public phone dekat sini sebabnya nak telefon seseorang yang belajar di Saitama University.
Saitama University & Saitama Arena
Bermula perjalanan kami ke saitama menaiki train dan seterus menaiki bus ke Saitama University. Tenang dan aman betul tempat ni. Agaknya orang dekat sini masih tidur lagi. Sempat lagi bergambar di pekan saitama (agaknya kot, main belasah je ni) sementara menunggu bus.
Bus berhenti betul-betul depan pintu masuk university. Tak risau la kacau sesat barat, kebetulan perhentian yang paling akhir. Sambil menunggu orang yang ditunggu datang, kami ambil peluang bergambar dan melihat keadaan sekeliling sekali lagi.
kami ke Lason lepas tu dan iman terangkan apa yang boleh dan tak boleh dimakan. Iyelah, mana la faham tulisan dorang. jadinya lepas ni senang la kami nak cari makan. Dah alang-alang sampai , diajak kerumah dia. Comel betul rumah kat sini . Sempat la kami tumpang sarapan sekali. Tujuan asal nak ambil tiket Fujiko·F·Fujio Museum yang iman belikan dulu dan bawa ole-ole dari kl untuk dia.
Borak sekejap pastu teruskan ke destinasi seterusnya ke Saitama Arena. Kebetulan ada konsert FT Islands dari Korea. Mak aih... punya la ramai manusia yang beratur keliling stadium semata-mata beli godies tau. Belum lagi beratur masuk dalam stadium untuk tengok konsert. Kalau korang rajin cuba besarkan gambar kat bawah ni, tengok berapa gighnya dorang beratur.
Akihabara, Electronic Town
Hari pertama ni tak ikut sangat tentatif yang dirancang. Dari Saitama kami terus ambil train ke Akihabara. Saja pusing-pusing tempat ni sambil mandi hujan jepun, over kan Akihabara ni dapat jolokan 'Electronic Town'. Segala jenis barang electronic ada dijual kat sini. kat sini juga la kalau korang nak tengok awek jepun berpakaian animasi, comel2 weh. hahahah..
Ueno, Weekly Mansion Tokyo
Dah penat berjalan satu hari, kami ke Ueno untuk check in guess house. Kami tinggal di Weekly Mansion Tokyo berdekatan dengan JR Line - Ueno Station dan Subway Ueno Stations Ginza-line. Sesiapa yang menginap di kawasan ni boleh singgah ke Ueno Zoo. Harga tiket untuk orang dewasa dalam lingkungan 600 Yen.
Kawasannya sangat bersih, tak bising dan rasa selamat disini walaupun kami pertama kali menjejaki kaki ke sini. Kiranya nak jalan sorang atau balik malam takde la takut sangat.
Tokyo Tower
Lepas merehatkan diri dan solat, sebelah malam kami bergerak ke Tokyo Tower. Rancangan asal hendak ke Hard Rock Cafe Tokyo juga tapi tak berkesempatan. Bila cuaca hujan agak membataskan aktiviti kami. Tak banyak gambar yang saya ambil sebab malas nak bawak dslr. Konon nak ambik pakai hp je, sudahnya bateri kong dan memori full pula. LOL
Lupa pula, admission fee untuk main 820 Yen manakala special kena tambah 600 Yen. Pengalaman naik sedikit gayat la sebab liff dia transparent. cuak la juga kan. 1 lagi kena beratur panjang gila untuk beli tiket dan naik ke atas. Lebih sejam kot baru dapat naik. Punya la ramai orang. Tu yang tak sempat nak singgah Hard Rock.. sob sob...
Night view from Tokyo Tower and can u spot it?
Cuma untuk sambung entri yang lain... 4 days in tokyo, short trip ke gold coast, morib dan penang. Banyaknya entri nak dikongsi tapi idea menulis takde... Esok nak cuti-cuti malaysia lagi... jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment