Puchong -> Kajang -> Sg Besi -> Putrajaya -> Kajang -> Puchong
Aktiviti ahad lepas, melawat bayi x-officemate masa kerja di Putrajaya dulu. Sebelum gerak singgah kedai asam pedas dulu, ada orang perlu isi tangki perut dengan nasi. Kalau tak dapat nasi boleh mendatangkan kemarahan nanti. Saya pula tapau McD sebab masih kenyang.
Lepas tu terus ke Kajang dan kebetulan langkah kanan pula, tuan rumah tengah masak.Sementara tuan rumah siap masak dengan chef2 undangan yang lain, kami kat luar ni dok layan tv dan buku resepi. Biasa tuan rumah jarang la masak sebab tu sebelum gi sana dah sesiap makan. hihihiih...
Sedap ahh masakan tuan rumah dengan chef jemputan... ada siakap steam, pari bakar, masak lemak ayam, sayur campur, udang goreng dengan air laici. Segan punya pasal, tak ambik gambar pun untuk bahan bukti. hahahaha...
Lepas memasing kenyang terus sesiap solat dan gerak ke Sg Besi. Tahniah buat Fatin & Wan. Anak pertama gitu yang diberi nama Muhamad Hadi Hafiz. Sembang beriya saya, saja nak tau pengalaman melahirkan anak. Ahaksss...
Dalam pukul 5 bila diri dulu sebab nak ziarah Huda sekeluarga. Dari Sg Besi kami gerak ke Putrajaya pula. Dia pun baru lepas habis pantang anak ke-3. Maryam namanya... Pun nak jumpa anaknya yang sulung, Yasmin. Dulu masa kerja Putrajaya, selalu juga ikut umi dia datang office buat coding java. hihihihih..Macam-macam kami borak, maklum la lama betul tak jumpa.
curi2 masa untuk update entri ni. kalau tidak nanti bersawang lagi blog ni.
No comments:
Post a Comment