Tuesday, September 18, 2012

Memasak la kite


Dah lama tak kongsi aktiviti memasak dengan pengunjung blog. Ada je masa masak dengan ambil gambar cuma tak berkesempatan untuk berkongsi. Kesibukan di tempat kerja agak membataskan untuk berkongsi cerita. Maklum la, balik kerja dah penat. Tu yang malas dan tiada mood nak kemaskini blog yang usang ni.

Aktiviti memasak tengahari semalam,

Masak lemak lala, masak lemak siput sedut dengan keladi, sambal ketam, siput sedut goreng bercili dengan asam pedas ikan merah.

Untuk masak lemak, yang penting pada aku ada cili padi, serai, asam keping dengan santan. Untuk sambal memang dah sesiap kisar cili kering, bawang merah dangan bawang putih. Tumis cili kisar lepas tu letak air asam jawa sikit.Garam dengan perasa tu pandai-pandai la adjust ikut tekak sendiri.





Petang tu pula, setakat goreng kentang, drummet ayamas dengan nugget. Manakala malam masak mee goreng. Sekelip mata habis, lapar la tu masing-masing. Yang tukang masak, takat kuis yang hujung-hujung je.  Saya ni kacau masak memang campak-campak je, takde la nak sukat macam orang lain.







No comments: