Saturday, October 6, 2012

Tokyo Day 4 - Keikarou @Chiba, Tokyo Camii @Yoyogi Uehara, Harajuku & Shibuya



Keikarou, Chiba

Kami gerak seawal pagi ke Keikarou, Chiba. Didalam train saya disapa seorang wanita warga jepun. Beria-ia dia bercakap dengan saya, saya hanya mampu menggelengkan kepala merujuk kepada tidak memahami apa yang ditanya. Tapi dia tetap gigih hendak bersembang. Sebelum turun dari train, dia sempat memberikan saya sebungkus biskut atau manisan untuk sarapan pagi. walaupun saya cuba untuk menolak beliau tetap beria-ia bagi kepada saya,  terharu betul.

Tujuan ke Chiba untuk mengunjungi Keikarou. Ianya sebuah restoran masakan cina yang diusahakan oleh ahli keluarga Aiba yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Arashi. Saya langsung tidak mengenali kumpulan ini sekadar meneman adik2 peminat fanatik Arashi. Betul-betul fanatik ok, kalau tidak tiada la trip ke Tokyo ni. 






Waktu kami sampai kedai pun tak buka lagi akan tetapi sudah ramai yang beratur untuk mendapatkan tempat duduk diluar kedai. pergh... belum lagi masuk kedai tau. fitam dibuatnya.  kedai dibuka pukul 11 pagi. 

Walaupun menunggu dalam barisan kita boleh menyemak menu dan membuat pesanan sebelum masuk ke dalam kedai. 2 jam lebih kami menunggu sampai masa kami untuk menikmati hidangan yang ada dijual disini. Sejujurnya saya hanya mampu melihat setiap hidangan yang diminta. Kami disambut oleh emak aiba sendiri dipintu masuk kedai. Dapat saya rasakan, beliau sudah biasa menerima kunjungan peminat Arashi dari luar Jepun. Ingat-ingat lupa menu apa yang diminta. Tak salah ada omelette, udang dan tak ingat :p

Di dalam kedai dipenuhi dengan gambar kumpulan Arashi dan Aiba berserta hadiah dari pengunjung dan peminat kumpulan ni.





Tokyo Camii aka Masjid Yoyogi - Oyamacho, Shibuya
Balik cari Chiba kami terus ke Yoyogi Uehara Station untuk mencari masjid berhampiran untuk solat. Mula-mula kami takut juga untuk masuk tapi memberanikan diri untuk masuk solat disitu. Terserampak dengan pekerja di pintu masuk dan minta ditunjukkan tempat solat untuk perempuan. Alhamdulillah dapat juga kami singgah di salah satu masjid yang ada di Tokyo ni.

Serba sedikit maklumat mengenai masjid ini yang saya dapat melalui pencarian di internet,

Tokyo Camii atau disebut Masjid Yoyogi merupakan  masjid tertua yang terletak di 
Oyamacho, Shibuya. Ianya berhampiran dengan Yoyogi Uehara Station. Masjid ni menggunakan banyak material daripada Turki dan juga merupakan Pusat Kebudayaan bagi masyarakat Turki.
Menurut sejarah, Masjid Camii ini dibina pada tahun 1938 selepas penghijrahan sebahagian etnik turki ke Jepun.. Mereka membina komuniti sendiri yang dipanggil "Mahalle-i Islamiye" (Daerah Islam).. Komuniti ini diketuai oleh Abdulhay Kurban Ali dan Abdurresid Ibrahim.. Masyarakat Jepun pada ketika itu memberi sokongan besar atas pembinaan masjid ini dari segi ekonomi dan sosial.. Masjid Camii ini musnah dimakan usia pada tahun 1986 dan pembinaan baru Masjid Camii ini dilakukan semula pada tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada tahun 2000. Senibina Masjid Camii ini hasil lakaran akrkitek dari Turki, Muharrem Hilmi Senalp yang bercirikan senibina Turki.. Manakala urus tadbir pembinaan masjid ini dilakukan oleh warga Jepun dan Turki iaitu Sumio Ito dan Akira Wakabayasi (Jepun) dengan Sami Goren (Turki).

Kini masjid ini menjadi pusat ibadah umat islam yang berada di sekitar Tokyo. Masjid ini juga sering menjadi tumpuan orang2 Islam dari Malaysia, Indonesia, Pakistan serta Turki.. Masjid ini di uruskan sendiri oleh organisasi Muslim Turki..








Mohon kongsi maklumat daripada pemilik blog ini 
tokyocamii.org, asmaradayana, japanesetangerangforum dan themasterzul


Johnny Shop, Harajuku
Selepas solat di Masjid Yoyogi, kami terus ke Harajuku. Tujuan utamanya hendak mencari Johnny Shop. Di galeri ni ada menjual gambar-gambar persembahan dan sesi photoshot bagi artis Jepun. Tiada goodies kumpulan Arashi ada dijual disini. Mereka sekadar menjual gambar sahaja. agak kecewa bagi yang mahu lebih dari itu.


Hachiko Statue & Street Crossing, Shibuya

Dari Harajuku kami terus menuju ke Shibuya. Tujuan untuk melihat lautan manusia melintas di street crossing. Ya ampun, bila traffic light bertukar lampu merah... lautan manusia melintasi jalan tersebut.



observing people at shibuya, crowded!!!


Kemudian kami tercari-cari Hachiko Statue. Terjumpa Zizan Raja Lawak dengan kru buat rakaman disini. 





Mengikut sejarah,
Susuk tubuh yang Anjing baka AkitaInu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923. Sewaktu berumur 2bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama (Hachi-ko ) adalah nama tambahanuntuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".

Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori(sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. 21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena serangan jantung ditempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudaranya iaitu Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.

Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya. Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, ia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya. (yang telah pun mati). Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa.
Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, 'yakitori'.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian. Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.

Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya.
Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.
Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar diseluruh Jepun.

"Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead forSeven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933.

Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun. Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalamikerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935.

Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTUHACHIKO SHIBUYA. Hachiko juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem. Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.

sumber dari sini.


Selepas sehari berjalan, kami pulang ke ueno dengan perut lapar. Singgah family mart untuk beli frozen rice dan balik kami memasak untuk mengisi perut yang kosong. Nasi panas-panas berlaukkan sambal ikan bilis belimbing hasil air tangan mak wawa sangat awesome. Sebelum makan, harus mandi dulu. Lepas perut penuh mata pun nak terlelap. huhuhuhuh... nasib baik mengukur jalan, dapat la kurangkan lemak yang berlebihan.


sunyi sepi tapi rasa nyaman dan selamat bila berjalan balik ke guesthouse kami.



No comments: