Friday, July 5, 2013

Salam Jumaat buat semua


Salam Jumaat,
Fikirkan dan renung, selamat beramal. 
Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Allah SWT berfirman yang bermaksud. “Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’



antara yang dikongsi di FB hari ni, jadinya kongsi dekat sini pula. 



sumber dari encik google.com

Lama tak kemaskini blog ni. Banyak perkara perlu didahulukan termasuk main candy crush.. hihihihi. Sebelum dan selepas balik umrah memang sibuk, masa terluang memang saya gunakan untuk berehat, tidur, main game dengan jadi driver tak bertauliah... kejap kejap nak gi sana la, situ la... jadinya kita bawa je la.... harus blog pun terabaikan.

Tak lama lagi akan masuk bulan Ramadhan, pada sesiapa yang nelum habis ganti puasa tu... gunakan hari-hari yang masih ada ini untuk ganti puasa tu. tengok drama boleh marathon kan. faham maksud tersirat yang hendak disampaikan? :p

Nanti curi masa lagi untuk berkongsi cerita. 
Bye, assalamualaikum.



No comments: