Saturday, July 13, 2013

Resipi bubur ayam bersantan


Bubur ayam memang kegemaran kita orang masa bulan puasa. Makan bubur dengan sambal pun dah cukup. Cara masak pun takde la remeh sangat. Nak kongsi resepi untuk korang kalau nak cuba.

Bahan-bahannya
Beras
Air secukupnya
Santan dari perahan separuh kelapa
Sawi
Bawang Merah ~ ditumbuk
Bawang Putih ~ ditumbuk
Halia ~ ditumbuk
Lada Hitam ~ ditumbuk
Serai ~ dititik
Ayam
Kuib Ayam
Garam secukup rasa
Daun bawang
Daun sup

Cara Memasak
1) Masak beras bersama air sehingga 3/4 kembang. Masukkan santan dan renih seketika.
2) Dalam kuali lain, tumis bawang merah, putih, halia, lada hitam dan serai.
3) Tumis sampai naik bau, letak ayam. kacau seketika. 
4) Letak bahan yang ditumis beserta sawi dalam bubur.
5) Akhir sekali letak garam dan kuib ayam. renih sekejap lepas tu dah boleh dihidangkan.
6) Untuk hiasan, boleh letak daun bawang berserta daun sup.

Senang kan? ayam tu nak tukar daging pun boleh, takde hal. Nak letak kulit kayu manis, bunga lawang dan sebagainya pun boleh. ikut anak tekak masing-masing. sukatan bahan tu semua, korang boleh main agak-agak je. 

bulan puasa ni la masa nak merajinkan diri memasakkan. tak rugi pun masak sendiri. Kurang sana sini, sendiri boleh adjust ape yang patut. tak gitu :p poyo je aku ni. hahahahahah


No comments: