Thursday, July 25, 2013

Ramadhan Ke-8

Salam Ramadhan,

Antara menu buka puasa kami sekeluarga,




Masak lemak kalau letak mangga, bacang dengan belimbing memang maveless. memang tak usik lauk lain, kena plak makan dengan nasi panas. nyammm nyamm..

masak lemak daging dengan kentang

telur dadar dengan udang

mee goreng daging

lamb dan ayam bakar beli dekat bazar. Jarang makan lauk beli ni sebab selalu tak kena dengan selera tekak ni. lagi prefer masak sendiri walaupun setakat sambal ikan bilis.

kambing bakar dengan black pepper. adik cakap sodap, entah ler.. saya memang tak makan kambing

ayam bakar bak kata adik rasa sabun... uweeek...

kuih karipap, lopes, agar-agar dan puteri mandi. semua ni kuih tunjuk kat bazar je

macam biasa popia lagi, hotdog cheese dan kentang goreng untuk budak kecik

tembikai kuning..


Monday, July 22, 2013

Ramadhan Ke-7

Salam Ramadhan,

antara yang dimasak sendiri dengan beli dikedai...


popia berintikan crab stick, carrot dan timun. buat frozen banyak simpan dalam peti ais. nak makan baru goreng. jimat...

potato wedges buat sendiri. Potong sesuka hari, rebus  separuh masak dengan sedikit garam. Lepas tu baru goreng dengan tepung kfc. sedap, nyam nyam...

bubur ubi keledek dengan apa tah...

sayur campur. ada kobis bunga, carrot, kacang buncis dan cendawan butang.

ayam masak gajus. resepi baru yang mak masak, sedap...

ikan kembung masak taucu..

sambal tempoyak daun kayu. susah nak dapat pelbagai daun macam arwah nenek buat. 


Adik beli kat restoran hassan, R&R kesas

ayam dara goreng kekdahnya... 

sambal ikan bilis keras berdengkang...

gulai daging. manis depa cakap, tuan tanah nak makan.



Friday, July 19, 2013

Ramadhan Ke-6

Salam Ramadhan,


nak show off jup, hihihih. antara menu buka puasa ke-6 yang lepas.


 ada mee kari, nasi lemak, ayam panggang dan kuih muih.

kuah mee kari yang penuh dengan segala bahan. ada kerang, ayam, fish ball, fish cat dengan tahu goreng.

sambal tumis ikan bilis yang awesome.

chicken grill yang dipanggang menggunakan pemanggang ajaib. berbaloi beli, tak caya korang beli ler

baked bean yang dimakan dengan roti dan chicken grill

kuih muih beli kat ofis. karipap, kuih koci yang sedap dan kuih talam ape tah. kesian tengok seketul je dalam bekas, tu yang beli sekali.


ok la, sampai sini dulu. takde idea nak membebel panjang. bye, salam.


Thursday, July 18, 2013

Ramadhan Ke-5


Salam Ramadhan,

Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. time puasa ada yang nak test skill memasak kan. sedap tak sedap belakang kira, janji mencuba daripada nan ado kan???

tekak saya ni teringin nak makan nasi kerabu, tahu bakar dengan gulai maman. nyam nyam... semalam dah google resepi nasi kerabu, tengok jadi tak weekend ni nak buat.

menu buka puasa hari ahad lepas, gabungan timur dan barat gitu. biasa la, selera makan lain-lain. yang penting kerjasama, masak sama-sama adik beradik. 

yang no 2 sibuk dengann roti john dan air buah dia. wife dia buat salad, potong buah. No.3 kemain over, bakar daging kambing, hotdog.. buat mashed potato. wife dia plak buat salmon grill dengan bakar garlic bread atas pemanggang ajaib :-)

mak sibuk membakar ikan, udang dengan sotong atas kuali burger. nasib baik la, dapur kat rumah ni ada dua. takde la berlaga nak masak. Adik yang perempuan buat air dengan prepare sos, mushroom dengan black pepper sos. senang kan, teringinn ape, sendiri masak kat dapur. anak2 buah tukang sibuk dan buat sepah. saya macam biasa, tekak melayu.... buat kueh teow goreng kerang dengan sambal sotong.

antara gambar yang sempat diambill sebelum buka,


pari dan bawal bakar bercili. sotong dengan udang dah angkat, kang terlebih masak plak.

Kueh teow goreng kerang yang saya masak :p

salmon grill

Kambing bakar dengan arang

sosej bakar

coleslaw, gabungan kobis dengan carrot

mashed potato

garlic bread yang belum sempat dibakar


Lupa nak snap gambar sambal sotong, roti john dan kuih. Air macam biasa, teh o dengan milo. pastu ada fresh orange. Hujung minggu ni apa pula selera makan dorang???




Monday, July 15, 2013

Ramadhan Ke-4

Salam Ramadhan,

Kebiasaan setiap hujung minggu adik-adik akan balik berkumpul. riuh la sikit kat rumah ni. Tengahari keluar gi kirim barang kat agensi umrah yang ayah ikut. Cuaca dekat mekah sangat panas sekarang ni, jadinya kesihatan ayah tak berapa ok. demam dan batuk. pesan ubat dah tafsir al-quran.

Dah petang sikit baru kami mula masak. Dorang minta mak masak ayam masak merah je. Adik no.2 buat roti john. kebiasaannya roti john ni kami buat sendiri je. ayah dah belikan sesiap frozen rempah, tinggal campurkan dengan daging/ayam dan telur je. puas hati buat sendiri ni, boleh letak inti banyak-banyak kan.

Pastu aku gorengkan cempedak diluar pagar pula. adik aku ni, bini dia yang mengandung.. dia plak mengidam macam-macam. tapi tahap mengidam dia takde la pelik-pelik. Pastu goreng mee je. Adik no.3 bawa kuih tunjuk dari bazar je. Beli kuih sampai 6 jenis, sudahnya tak berabis pun. pembaziran sungguh. yang masak sendiri licin kena makan, berbaloi masak kan.. walaupun simple.



cempedak diluar pagar dan roti john homemade


seri muka, agar-agar dan puding roti serta pencuci mulut, tembikai
 
ayam masak merah dan ayam goreng untuk budak-budak


popia dan ape erk namanya, lupa la pulak


mee goreng masakan aku dan durian crepe, mak budak kat taska yang bagi



air macam biasa, atleast 3 jenis. teh o, milo dengan air epal buat sendiri. nak clear buah epal hijau yang dalam peti ais. 


Saturday, July 13, 2013

Ramadhan Ke-3


Salam Ramadhan,


Puasa ketiga ni masak simple je. Mak buat nasi lemak dengan ayam goreng rempah. Ada orang pesan belikan kuih kat param, jadi nya terpaksa la tuan tanah menyinggah sekejap. Untuk diri sendiri, beli la sejemput kuih. beli banyak bukan nye habis pun. membazir nanti.

Tembikai merah dan tembikai susu as pencuci mulut.





Resipi bubur ayam bersantan


Bubur ayam memang kegemaran kita orang masa bulan puasa. Makan bubur dengan sambal pun dah cukup. Cara masak pun takde la remeh sangat. Nak kongsi resepi untuk korang kalau nak cuba.

Bahan-bahannya
Beras
Air secukupnya
Santan dari perahan separuh kelapa
Sawi
Bawang Merah ~ ditumbuk
Bawang Putih ~ ditumbuk
Halia ~ ditumbuk
Lada Hitam ~ ditumbuk
Serai ~ dititik
Ayam
Kuib Ayam
Garam secukup rasa
Daun bawang
Daun sup

Cara Memasak
1) Masak beras bersama air sehingga 3/4 kembang. Masukkan santan dan renih seketika.
2) Dalam kuali lain, tumis bawang merah, putih, halia, lada hitam dan serai.
3) Tumis sampai naik bau, letak ayam. kacau seketika. 
4) Letak bahan yang ditumis beserta sawi dalam bubur.
5) Akhir sekali letak garam dan kuib ayam. renih sekejap lepas tu dah boleh dihidangkan.
6) Untuk hiasan, boleh letak daun bawang berserta daun sup.

Senang kan? ayam tu nak tukar daging pun boleh, takde hal. Nak letak kulit kayu manis, bunga lawang dan sebagainya pun boleh. ikut anak tekak masing-masing. sukatan bahan tu semua, korang boleh main agak-agak je. 

bulan puasa ni la masa nak merajinkan diri memasakkan. tak rugi pun masak sendiri. Kurang sana sini, sendiri boleh adjust ape yang patut. tak gitu :p poyo je aku ni. hahahahahah


Ramadhan Ke-2


Salam Ramadhan,

Macam biasa la, cerita ulang tayang setiap kali puasa. Jamu mata tengok makanan, semua homemade. belum rajin nak singgah bazar ramadhan.



Ayam panggang dan sambal kentang + ikan bilis

salad buah dan kailan ikan masin

roti jala dan kari ayam

bubur ayam dan masak asam ikan


Alhamdulillah kenyang tapi tak boleh makan banyak sangat, tak larat kang nak solat tarawih. Nanti rajin, next entri kongsi resipi plak yar. 

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Pertama

Salam Ramadhan semua,

Hari tuan tanah malas betul nak bangun tidur pagi tadi, maklum la... hujan. syok tidur sampai tersedar pukul 8.30 pagi. alarm bunyi je, tutup.. bunyi je tutup. padam muka, melompat bangun tidur bila tengok jam. Siapa suruh lepas sahur dengan solat subuh, tidur balik kan. kemain lagi tarik selimut. kelam kabut siap, keluar main road je, jalan boleh jam gila, sampai tol nak gi putrajaya tu. aiyar, pusing balik ikut jalan dalam. nasib baik 

Citer pasal buka puasa semalam,
memandangkan tekak ni macam tak lalu nak makan je, decide buat bubur nasi untuk alas perut. Dalam kereta call yun, minta dia tanak bubur kosong dulu. Balik terus tumis bawang putih, merah dengan halia. tak lupa letak serbuk ayam sikit. siap tumis, campak dalam bubur nasi. senang kerja.

ingatkan nak buat bubur nasi bersantan tapi macam tak sempat pula. Lagi pun mak dah sesiap kukus dengan bakar ikan. lagi sedap makan bubur kosong dengan lauk yang ada. dalam tak lalu nak makan, 3 kali la bertambah.

Meh cuci mata tengok juadah sempoi masa buka puasa semalam,


 siakap kukus

cencaru bakar

sawi cina + tahu oyster sos

onde-onde

laksa

Menu buka semalam, 
bubur nasi, laksa, kuih onde-onde, ikan siakap kukus, cencaru bakar, sawi cina + tahu oyster sos, perangat masak lemak nenas dengan ikan masin. Air 4 jenis teh 0, milo, orange dengan cincau. Makan bubur dengan ikan siakap je, lain tak sentuh pun. teringin nak makan kerabu daging bakar dengan tahu bakar yang jual dengan bazar putrajaya tu.

Lepas buka terus rushing balik rumah, mandi solat pastu gi tarawih. Lepas tarawih makan epal sebiji. tak lalu dah nak online, tertidur dekat sofa. Sebenarnya penakut nak naik tidur kat bilik atas. hahahahah... mak ngan adik tidur taska semalam. ayah pula gi umrah, lepas raya keenam baru balik. sunyi pula ayah takde, kalau tak.. meriah dengan makanan. ayah memang rajin membeli.

Sahur pagi tadi makan nasi lemak je. beli petang semalam, balik terus simpan dalam peti ais. masa sahur, hangatkan balik dalam microwave je. 

balik ni nak buka apa pula.