Thursday, October 25, 2012

Selamat Hari Raya Haji, Hari Raya Qurban & Hari Raya Aidiladha



Sunyi sepi area tempat kerja hari ni, dekat surau pun tak ramai orang. Mesti ramai yang dah cuti dan gerak balik kampung. Maklum la, esok kan raya.

Buat sesiapa balik ke kampung, berhati-hati memandu dan semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing.


Serba sedikit info yang sempat saya baca dan dikongsikan disini,

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.


Berdasarkan kepada hadis (terjemahan)
“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.”
(Hadis riwayat At-Tirmizi)

sumber: wikipedia



tetiba rindu nak makan gulai maman dengan gulai daun puding arwah nenek.

Buat pengunjung blog yang beragama islam,
Selamat Hari Raya Haji dan mengerjakan ibadah korban.



Pulau Langkawi Day 1 ~ Pekan Kuah dan Pantai Cenang




Assalamualaikum,

akhir bulan lepas saya berkesempatan bercuti ke Pulau Langkawi. Memang plan naik flight saja, lagi mudah, cepat dan berbaloi jika hendak dibanding dengan pengangkutan yang lain.

Lagi pun pengalaman pertama kawan saya dan adiknya menaiki kapal terbang, semestinya teruja bagi mereka ditambah rasa cuak. hihihihih... Flight kami petang, sampai Pulau Langkawi pukul 5.30 ptg.






Sempat lagi bergambar sebab trip sebelum ni tak berkesempatan nak bergambar dekat kapal terbang sebab orang paling akhir naik flight masa tu. Bukan kami je, ramai juga yang ambil peluang bergambar untuk kenangan. dan juga bukan takat luar kapal, dekat dalam pun ramai yang ambil gambar. Bukan selalu naik flight kan, tu pasal beria bergambar. 

Cuma yang tak bestnya, sampai je Langkawi, kapal terbang pun belum landing lagi, tengkuk saya ni kena gatal-gatal. tak tau kenapa, tetiba je. Sampai balik masih gatal-gatal. Stress saya, jenuh pula nak hilangkan kesan dia.  sob sob...

Sebelum bergerak, telefon dulu agensi yang uruskan percutian kami. Sampai je terus telefon orang yang ambil kami di airport. Terkejut kami masa tu, orang tu jemput naik merc. yolah kan, kami ni mana la mampu pakai merc, takat tengok orang pandu boleh ler. pakcik tu terus bawa kami ke Jeti, untuk buat full payment, ambil kunci bilik dan kereta. Asalnya kami minta kereta persona  tapi dorang upgrade kepada swift. kata pakcik tu kereta import dekat sana murah, sebab itu dorang lagi prefer beli kereta import. Sepanjang perjalanan ke Jeti, banyak yang kami borakkan. ramah mesra betul pakcik ni...

Dah selesai semua urusan terus bergerak cari petrol stesen. Start enjin kereta lampu minyak dah lip lap lip lap. Berpandukan peta yang disediakan didalam kereta, kami main redah cari. Kang tak pasal tersadai tepi jalan sebab minyak kereta takde. tangki minyak pun dah penuh, terus kami bergerak ke Pekan Kuah. Nasib baik sempat solat asar masa di lcct, jadinya takde la terkejar-kejar nak solat. Kami window shopping dulu dekat sini. Survey dulu barang-barang yang hendak dibeli. memang dah plan, last day baru kami shopping sakan konon. hihihihi... Satu kedai ke satu kedai kami masuk, siap ada pasar malam rasanya. Tapi dorang baru nak setup barang-barang. Kami memang tak larat nak menunggu. Gambar pun lupa nak ambil. Pic bawah ni hasil google saje.






Lepas maghrib terus bergerak di tempat penginapan kami di Pantai Chenang. Nasib baik ada papago, sampai kami ke motel takpe sesat. Setengah jam juga menunggu receptionist ni buka balik kaunter sebab solat maghrib. ingatkan dorang dah balik, cuak juga la kami masa tu. Terus call agen bagi tau kami nak check in motel. Dalam pukul 8 lebih baru dapat kunci bilik. Asalnya kami tempah Tanjung Malie Motel tapi dorang tukar CD Motel. 

Bilik comel ni muat 1 katil bersaiz kings dan single. Biliknya adalah so so je. Boleh la nak tidur tapi takde la selesa sangat sebab miang kot cadar katil saya tu. Nasib baik bawa extra kain batik buat lapik. Nasib baik la masa banyak dihabiskan diluar. yang bestnya ada free wifi, berbaloi juga bawa laptop.. tu yang sempat edit gambar percutian sebelum ni. Jadinya tiada gambar bilik untuk dikongsi disini.

Lepas mandi dan solat, kami terus keluar cari makan. sebelum tu sempat tanyak makcik dekat kaunter receptionist dekat mana tempat makan yang best. Dia cakap dekat lubuk buaya. Dalam 10 minit jalan kaki. jadinya kami decide untuk jalan kaki saja dari bawak kereta. Malangnya boleh tahan jauh juga nak menapak, macam dah tak larat nak heret kaki. Sudahnya kami patah balik dan makan dekat kedai area motel saja. Kedai ni kecik ke, dekat dengan McD. Penuh juga orang makan dekat situ, mungkin pilihan tak banyak atau memasing masih tercari-cari tempat makan yang best. nama kedai memang tak ingat sebab makanan dia so so juga. 1 lg memang decide nak makan local food, takkan datang jauh-jauh ke sini nak makan McD kan. lepas kenyang perut, balik bilik rehatkan badan untuk aktiviti esoknya. aktiviti malam tu tengok tv, ada yang main game. saya pula ambil peluang edit gambar dan berskype. 


Ada 4 entrie langkawi yang bakal menyusul, harapnya cuti raya haji ni rajin la saya nak update entrie baru. Kesibukan di tempat kerja membuat saya letih. Balik kerja ingat nak berehat dan tidur je. 


Saturday, October 20, 2012

Pulau Langkawi #1 ~ Cuti-cuti Malaysia, 4H3M



Sebelum bercuti ke tokyo haritu, saya sempat beli tiket ke Pulau Langkawi. Kali ni saya bercuti dengan bekas rakan sekerja di putrajaya dulu dengan adiknya..

Percutian kami selama 4H3M. Asalnya 3H2M tetapi memandang tiket balik mahal, jadi kami tambah sehari lagi untuk dapat tambang murah. hihihihi...

nanti ada lapangan saya kongsikan trip percutian kami ke Pulau Langkawi pada 29hb September sehingga 2 Oktober yang lepas.

meh tepek sekeping gambar dulu...





Kenduri Tahlil, Aqiqah dan Sambut Puasa


antara entrie yang tak berkesempatan untuk dikongsi. Orang lain pun sibuk bekerja tapi masih ada ruang untuk kemaskini blog, lain pula saya.
memang banyak nak dikongsi... cuma kena ingat balik dan edit gambar tu ambil masa sikit.

seminggu sebelum puasa kami sekeluarga buat kenduri tahlil, aqiqah wawa dengan sambut puasa.

Pengertian Aqiqah
Pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud:

"Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)


Hukum Aqiqah
Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :

Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.

1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

4. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)


sumber:
JAIS, USIM & AQIQAH


Seawal pagi mak, ayah dan ahli keluarga yang lain ke Semenyih untuk melihat kambing aqiqah untuk disembelih. Ayah tempah 3 ekor kambing, seekor untuk dihantar ke surau, seekor lagi ke masjid dan bakinya untuk kenduri di rumah.

Lepas siap sembelih dan dibersihkan baru bawa balik untuk diagihkan. sengaja saya grayscale gambar kambing, kang ada yang terkejut tengok darah pula.




Moment yang sempat dirakam. Budak bertuah ni sikit pun tak takut tengok kambing aqiqahnya disembelih. 



Sudah selesai semua urusan, atuk ajak sarapan.. pekena teh tarik... Alhamdulillah, bahagian saya dah selesai.. agaknya itu yang difikirkan budak bertuah ni... propa sangat kan.. hihihihi..



Balik rumah, potong dan basuh ayam. Selain kambing, ada ayam kampung untuk dijamu pada tetamu yang hadir.



Seorang lagi budak bertuah, orang sibuk dekat dapur.. dia pun ikut sama sibuk mengacau. makin panjang akal dia sekarang ni. Ada je kerja nak buat.



Senang masak kat luar rumah je. Nasib masih ada lagi tempat masak ni. Sebelum ni kami pernah ada kedai makan  tapi orang lain yang usahakan. 




Alhamdulillah semua selesai seperti dirancang. Lepas kenduri sibuk mengemas pula....Penat penat, tinggal 1 lagi kenduri. korban untuk Sarah pula minggu depan. 



Friday, October 19, 2012

Movie Time - H4NTU K4PCH4I




Tengok wayang memang sekali sekala, itu pun bila orang ajak. Nak harapkan sendiri pergi memang tak ler. Lepas menemankan kawan beli lampu meja, dah alang-alang singgah tengok wayang terus kat ioi nun. Panggung pun tak ramai orang, ada la 10 orang kot.

Asalnya nak tengok cerita lain, memandangkan waktu tayangan lambat lagi terpaksa buat pilihan lain. Cerita ni yang kami tengok.....


H4NTU K4PCH4I


lakonan Remy Ishak, Zizan Razak, Fizz Fairuz, Hairulazreen, Izzue Islam, Riz Amin, Dian P.Ramlee, Neelofa etc. Cerita dia ada unsur-unsur lawak, macam cerita Hello Brother lakonan Salman Khan, Arbaaz Khan dan Rani Mukerji. Maksud saya unsur lawak yang sama bukan penceritaan.

Pengajaran yang ada dalam cerita ni,
Jangan suka berhutang. Kalau sendiri hutang sendiri bayar lain cerita. Ni kalau dah sampai menyusahkan  keluarga, camno? tak pasal orang lain dapat masalah.
Lagi satu, nak merempit gi la kat litar yang halal...


saya paling suka lakonan Fiz Fairus dalam cerita ni kalau nak dibandingkan dengan pelakon yang lain. 
Cuma pelik, dia sakit mata ke masa berlakon cerita ni???



Thursday, October 18, 2012

Makan Time - KFC Double Down


so yummy... dok teringin makan, isnin lepas baru ada kelapangan untuk mencuba. siapa yang minat zinger burger patut mencuba menu terbaru daripada kfc ni. takkan mengecewakan korang. buat-buat la percaya. hihihihi...

tengah diet nasi tapi makanan yang lain tetap saya makan. Camno la nak turun berat badan... huhuhuh... takpe la, tak boleh juga terlalu drastik untuk diet.. kang terkejut perut ni. hihihihihi..


sedap sedap... more cheese pls...



Wednesday, October 17, 2012

wordless wednesday ~ tea time




dekat office ni, asal pukul 4 lebih je orang skype... aiskrim aiskrim. ada je rajin nak belanja.



Tuesday, October 16, 2012

Negara Matahari Terbit #4 ~ Budget & Souvenir


Berjaya juga habiskan dan penutupnya saya akan kongsikan budget percutian serta souvenir yang sempat dibeli sebagai kenangan saya ke sini.

Untuk pengetahuan, pertukaran matawang masa tu 1000 Yen bersaman RM39.90 dan saya round to nearest 2 decimal, RM40. Jadinya senang sikit bila kami congak untuk membeli barang-barang.


Tiket Penerbangan dan baggage
Tiket pergi balik sahaja RM615. Beli waktu promotion AirAsia, tiket pergi RM199 manakala selebihnya RM416 tiket balik. Buggage ke sana saya berkongsi bertiga dan kami ambil 40kg, ngam ngam je. Sebelum web check in saya tambah baggage balik 20kg untuk diri sendiri dan  insurance RM130. Jumlah keseluruhan untuk tiket AA ni RM750.

Penginapan
Untuk penginapan 4 hari di Weekly Mansion Ueno, seorang RM520. Kami tempah melalui Agoda, jika direct booking lagi murah kata pihak pengurusan disitu. Pekerja dekat sini sangat membantu dan boleh berkomunikasi dalam bahasa inggeris. Walaupun tidah fasih tapi masih boleh difahami.

Makan dan minum
Makanan memang saya bawa siap-siap dari KL. Cuma beli frozen rice dari family mart dan 7E. Sampai bilik kami cuma panaskan dalam microwave. Dekat sana saya beli air mineral dengan kuantiti yang banyak sebab letih berjalan. Sekali je beli buah pisang dengan air buah. Jumlah keseluruhan campur dengan makanan yang dibawa dari KL RM100. Air mineral dekat sini harga dia mula dari 100 Yen, lingkungan RM4 sebotol.

Pengangkutan - train & bus
Masa sampai airport kami beli sucia card. 3 kali juga kami tambah nilai. Mula tu 5000 Yen, lepas tu tambah lagi 5000 Yen. Hari terakhir tambah 1000 Yen. Total 11000 Yen. Bila pulangkan balik sucia card, dorang pulangkan 500 Yen. Jumlah keseluruhan 10500 Yen.

Tiket Museum Fujiku
Iman tolong belikan awal-awal sebelum kami sampai, 1000 Yen


Tiket Disneysea
Kalau tengok website disney, harga tiket untuk 1 day pass 6200 Yen. Tapi kami tak beli dekat disney. Kami beli di Cosplay, Harajuku. Dapat kurang 200 Yen, kami bayar 6000 Yen sahaja seorang.


Tiket Tokyo Tower
Memandangkan malam tu hujan, kami naik sampai Main Observatory saja, 820 Yen. Jika nak naik sampai Special Observatory kena tambah 600 Yen lagi.



Fuji TV
Main entrance untuk masuk 500 Yen.

ole-ole/souvenir
Untuk perbelanjaan souvenir pula itu bergantung dengan diri sendiri. Saya berhabis juga membeli dekat sini. keseluruhan dalam RM1800++   Berbaloi juga la membeli walaupun kena pejam mata tengok harga dia boleh tahan mahal.  
     
       @ Tokyo Tower, key chain untuk diri sendiri.
         @ Akihabara, payung transparent.
         @ Asakusa Sensoji Temple, key chain, magnet, 2 helai kimono kanak-kanak, t-shirt 4 helai, kipas
              tangan dan sweets
         @ Fujiku Museum,  2 anak patung doraemon & kiteretsu
         @ Daiso & Harajuku, 30 helai felt dan t-shirt sehelai
         @ Disneysea, t-shirt 5 helai dan magnet
         @ 7E Ueno, coklat 650
         @ Nippori Textile Town, japenese cotton 8 helai
         @ Haneda Airport, Royce coklat
         @ anak patung minnie & mickey mouse







Jumlah keseluruhan trip percutian saya ke Tokyo 4K+/-


Entry terdahalu - percutian ke Tokyo, bumi matahari terbit

Negara Matahari Terbit #1
Negara Matahari Terbit #2 ~ Visa
Negara Matahari Terbit #3 ~ Itinerary

Tokyo Day 1 ~ Saitama, Electronic Town, Ueno & Tokyo Tower
Tokyo Day 2 ~ Odaiba, Asakusa, Kawasaki & Harajuku
Tokyo Day 3 ~ Disneysea
Tokyo Day 4 - Keikarou @Chiba, Tokyo Camii @Yoyogi Uehara, Harajuku & Shibuya
Tokyo Day 5 ~ Nippori, Asakusa, Ueno, Shibuya, Nippori, Ueno, Haneda Airport

Friday, October 12, 2012

Tokyo Day 5 ~ Nippori, Asakusa, Ueno, Shibuya, Nippori, Ueno, Haneda Airport


Hari terakhir kami di Tokyo. Seawal pagi lagi kami dah bangun untuk teruskan aktiviti yang dirancang. Nak ikutkan kami akan ke Sky Tree. Last minute kami tukar rancangan ke Nippori Textile Town. Macam malas hendak naik sky tree, sebabnya duit tu boleh digunakan untuk beli barang. Lagi pun kami dah naik Tokyo Tower hari pertama sampai sini.

Nippori Textile Town, Nippori
8.30 pagi kami dah sampai  Nippori Textile Town siap bawa bekal pisang yang kita orang beli kat Lawson. Pisang je yang murah, uhukkk... buah lain mahal benar, tak tergamak nak beli. Tapi memandang kami sampai awal sangat, kedai-kedai dekat sini buka pukul 10pg rupanya. Takkan nak melangok kat situ je kan, harus la ke agenda seterusnya. tapi boleh pula perut kami buat hal, jenuh pula cari tandas. rupanya tandas dekat Nippori ni luar dari station. aiyar....

Asakusa
Dari Nippori kami patah balik ke Asakusa untuk beli ole-ole. banyak kedai dekat sini cuma kena pandai pilih je la. 1st round survey dulu barang-barang yang nak dibeli lepas mula membeli apa yang patut untuk dibawa balik. 

Banyak juga la duit yang mengalir dekat sini. Maca biasa la, beli key chain, t-shirt, makanan dengan kimono. Paling murah key chain kat sini dalam 300 Yen. Tapi pilihan tak banyak macam harga 400 Yen. Kimono pula harga dia mula dari 3000 Yen untuk kanak-kanak. T-shirt harga dia kebanyakkan kedai jual 1000 Yen tapi kalau nasib baik dapat harga dalam 950 Yen. Kena pandai-pandai cari. 


Ala-ala beca dekat Melaka. Tapi ni dorang tarik pakai tangan je tau. Bukan kayuh basikal. Mana tak hot dorang ni. hihihihiih. Kalau sapa ada budget, boleh la cuba naik.. kami mampu pandang je, sebab mahal la pula... walaupun teringin je nak naik...

dari Sensoji Temple boleh nampak Sky Tree


comel-comel belaka rupa makanan dekat sini. Nak makan pun macam sayang je. hihihi


Ueno
Lepas penat membeli, kami terus balik ke Ueno. Kemas semua barang, mandi dan solat. Rehat kejap lepas penat heret kaki.. phewww.. sebelum check out sempat lagi bergambar dengan baju yang dorang sediakan dalam almari. Tak salah baju tu untuk lelaki pakai tapi kami belasah je pakai untuk bergambar. hik hik.. jadi la kan... Lepas selesai urusan check out, kami tumpang letak luggage dekat receptionist. Sekurang-kurangnya jimat 500 Yen kalau letak dekat locker.




 Johnny Family Club, Shibuya
Sesat barat kami cari Johnny Family Club. Sebenarnya tempat tu dekat je. Dari Shibuya station ambil pintu tempat Hachiko Statue kemudian melintas di street crossing yang sibuk itu. Jalan dia macam mendaki bukit, dalam 500 meter, sebelah kiri anda akan nampak 7E. Ikut lorong tersebut, sebelum sampai 7E sila toleh kanan. Nanti akan nampak tulisan Johnny Family Club, turun tangga ke basement B1. Sila la tengok apa yang menarik yang ada di situ. Saya masuk 5 minit lepas tu lepak dekat tangga sampai dorang habis membelek dekat dalam. dekat sejam juga dorang dekat dalam tu.




Nippori Textile Town, Nippori
Dari Shibuya kami sekali lagi ke Nippori Textile Town untuk mencari japanese cotton . Memandang awal-awal dah survey tempat, sampai je kami terus ke Tomato. Kedai di sini buka dari pukul 10 pg - 6 ptg. Boleh pula lupa nak ambik gambar sebab terus membelek kain-kain yang ada di kedai ni. Tomota ni bukan ada 1 kedai je, tak salah ada 3-4 kedai dekat jalan ni. Kami gi tomato yang hujung sekali, murah dan banyak pilihan.klik SINI kalau nak shopping secara online. Kalau kalau shopping kat sana lagi best, rambang mata.  Dah sakan membeli, jenuh pula nak bawa balik, penat la pula. macam-macam alasan kan kalau dah penat. hew hew... heret kaki lagi...




Station before Ueno, Uguisudani ke apa tah nama station tu & Ueno
Kami turun ke station ni sebab nak cari surau tapi tak jumpa. Dah la kepenatan, badan pula dah meleket... semuanya boleh mendatangkan amarah... huhuhuhuhu.... 




Kami duduk lama juga dekat sini, sudahnya kami gerak balik ke Ueno untuk ambil luggage dan bergerak ke Haneda Airport. kali ni bukan heret kaki je siap kena tarik luggage yang over berat. Jalan 10 minit boleh jadi 25 minit nak sampai ke Ueno Station, JR Line. Serius nangis dalam hati je la masa tu. Tu la, padan muka shopping kain beria lepas tu nak tarik bag pun dah tak larat.


Haneda Airport, Tokyo
Kami sampai je airport, terus cari tempat untuk solat dulu. Mula-mula nak mandi tapi restroom dekat sini penuh pula, sudahnya kami solat je dekat tempat nursing baby. Masing-masing cuak takut pak atau mak guard sini marah. Tapi alhamdulilla, dorang tolak pintu bilik.. tengok kiteorang solat pastu blah. Lama juga la kami duduk dalam tu siap berehat panjang untuk hilangkan penat. Lepas baru gerak ke departure untuk check in luggage dan ambil ambil boarding pass yang baru. Boarding pass yang aku print sesiap dari KL boleh hilang entah ke mana. Mana la aku tak cuak gila, pada hal tak da apa pun... boleh je minta ganti kat counter. hihihihih....

Sekali flight delay pula sejam, kami pun pusing-pusing cari makan dulu sekali kedai yang berani kami nak masuk penuh pula. Dah tu kami pusing-pusing airport, ambik gambar 4-5 keping, tengok permandangan malam di tingkat atas... dengan hari nak hujan nya...cari tempat makan yang lain tapi tak berani nak masuk sebab kehalalan agak was-was. sempat la masuk store dekat sini beli coklat sedap. Sudahnya ke lawson beli roti, yang lain makan sushi. 

Naik flight pun sempat makan sandwish yang saya tempah awal-awal. Konon-konon lapar sangat tapi tak habis pun sandwish tu saya makan. Dah kenyang, nak menyembang pun tak boleh sebab semua duduk asing-asing. Kiri kanan saya semua orang jepun yang datang nak bercuti dekat tempat kita kot. Sudah tidur je la dalam flight kebetulan flight pun tengah malam. memang sedang elok kalau nak tidur pun.

Kapten sempat umumkan flight ni ambil masa 6 jam setengah ke lcct. wah laju kemain dia bawa kan, mungkin sebab flight delay lagi pun penerbangan malam agaknya. Alhamdulilla selamat sampai lcct. Belum sempat sampai rumah, adik saya dah memekak minta ole-ole.  saya lantingkan 2 helai t-shirt untuk dia dan tunangnya sekali. Kacau daun betul, nak ambil gambar pun tak sempat... hihihihi...





Sekian cerita percutian kami ke Tokyo hari tu. Jenuh nak habiskan entry ni. Niat di hati hendak menjejak kaki ke Osaka dan Kyoto pula lepas ni jika ada rezeki. Sambil jeling tengok tabung yang dah kosong... kena menabung balik la lepas ni. 

ni bukan last entry, nanti kita borak-borak pasal budget dan ole-ole dari sini... bye. Nak gi putrajaya kejap sebelum gi office sat lagi....



Wednesday, October 10, 2012

wordless wednesday ~ Pasembor, Cendol & Laksa Langkawi





Pasembor sedap kasi thumb up tapi cendol tak sedap, dia letak susu dan laksa so so je depa cakap. 
Semua di Pantai Airport, Langkawi


Monday, October 8, 2012

makan time - old klang road vs secret recepi


makan-makan di old klang kopitiam, kinrara untuk sambut birthday LH & Dhilla. Saya order curry nyonya, not bad rasanya, sedap.




last week celebrate untuk Hani pula dekat SR, Kinrara. Lama tak celebrate kat SR since office dah pindah TPM. Kali ni saya order black pepper chicken grilled. Tak sedap, tak suka sebab bila sampai hidangan tu sejuk. macam dah lama masak, kentang goreng pun sejuk dan lembek. nyesal order, officemate suruh tukar tapi macam malas... nanti kena menunggu lagi. dah le orang paling last dapat makanan. sob sob...





Sambutan Hari Lahir Sarah & Wawa



Lupakan dulu percutian kisah percutian yang belum habis dikongsi. Saya coretkan kisah sambutan hari lahir anak-anak kesayangan pada hari sabtu yang lepas.

Antara tetamu yang hadir... ahli keluarga, orang masjid, kanak-kanak di taska dan kawan-kawan rapat dan sepejabat.



Sambutan kelahiran mereka berdua, Sarah berumur 2 tahun manakala Wawa 1 tahun. Jenuh makcik dia nak rakamkan gambar budak berdua ni, tak reti duduk diam :p



Sebelum potong kek dimulai dengan persembahan kanak-kanak taska mak. Dorang sendiri buat perancangan untuk persembahan hari tu. sweet gila depa tapi terlupa nak snap gambar sebab ralit tengok persembahan dorang :p



Menu yang sempat disediakan... masak sendiri semuanya, pegh.... kepenatan lepas tu. Hidangan utama Nasi Beriyani & Putih, Ayam Masak Merah, Kari Daging, Kambing Goreng, Sayur Kobis, Sup Tulang, Nasi Impit, Kuah Kacang, Nasi Goreng & Bihun Goreng. Bihun je import dari rumah mak mertua adik.

Hidangan ringan pula saya tempah dan ada buat sendiri kek 2 biji, pavlova, cheese tart, apam polkodot, cream puff, nugget & bebola, agar-agar mable & nata dcoco, popiah, coklat, sumi  dan cupcake.

pavlova, apam polkodot dan cheese tart saya order dari ck food,   semua sedap thumb up
kek coklat dan cream puff dari fiza nordin
kek carrot walnut yang maveless ni dari hotmama



Dah macam kenduri kaahwin pula, belah malam ada sesi buka hadiah. Seronok la budak berdua ni buka hadiah masing-masing. TQ on behalf semua sebab bagi hadiah. Tahun depan jangan lupa bagi lagi. hahahaha... over tak makcik budak-budak ni...



kepada anak buah kesayangan
Sarah & Wawa
Selamat Menyambut Hari Lahir
Semoga menjadi anak yang solehah buat umi, ibu & abah.
dan sentiasa diberkati olehNya... amin



catatan kenangan dari mak long, bila korang dah besar nanti boleh la tengok sini untuk mengimbau kenangan lampau gitu :p


Saturday, October 6, 2012

Tokyo Day 4 - Keikarou @Chiba, Tokyo Camii @Yoyogi Uehara, Harajuku & Shibuya



Keikarou, Chiba

Kami gerak seawal pagi ke Keikarou, Chiba. Didalam train saya disapa seorang wanita warga jepun. Beria-ia dia bercakap dengan saya, saya hanya mampu menggelengkan kepala merujuk kepada tidak memahami apa yang ditanya. Tapi dia tetap gigih hendak bersembang. Sebelum turun dari train, dia sempat memberikan saya sebungkus biskut atau manisan untuk sarapan pagi. walaupun saya cuba untuk menolak beliau tetap beria-ia bagi kepada saya,  terharu betul.

Tujuan ke Chiba untuk mengunjungi Keikarou. Ianya sebuah restoran masakan cina yang diusahakan oleh ahli keluarga Aiba yang merupakan salah seorang ahli kumpulan Arashi. Saya langsung tidak mengenali kumpulan ini sekadar meneman adik2 peminat fanatik Arashi. Betul-betul fanatik ok, kalau tidak tiada la trip ke Tokyo ni. 






Waktu kami sampai kedai pun tak buka lagi akan tetapi sudah ramai yang beratur untuk mendapatkan tempat duduk diluar kedai. pergh... belum lagi masuk kedai tau. fitam dibuatnya.  kedai dibuka pukul 11 pagi. 

Walaupun menunggu dalam barisan kita boleh menyemak menu dan membuat pesanan sebelum masuk ke dalam kedai. 2 jam lebih kami menunggu sampai masa kami untuk menikmati hidangan yang ada dijual disini. Sejujurnya saya hanya mampu melihat setiap hidangan yang diminta. Kami disambut oleh emak aiba sendiri dipintu masuk kedai. Dapat saya rasakan, beliau sudah biasa menerima kunjungan peminat Arashi dari luar Jepun. Ingat-ingat lupa menu apa yang diminta. Tak salah ada omelette, udang dan tak ingat :p

Di dalam kedai dipenuhi dengan gambar kumpulan Arashi dan Aiba berserta hadiah dari pengunjung dan peminat kumpulan ni.





Tokyo Camii aka Masjid Yoyogi - Oyamacho, Shibuya
Balik cari Chiba kami terus ke Yoyogi Uehara Station untuk mencari masjid berhampiran untuk solat. Mula-mula kami takut juga untuk masuk tapi memberanikan diri untuk masuk solat disitu. Terserampak dengan pekerja di pintu masuk dan minta ditunjukkan tempat solat untuk perempuan. Alhamdulillah dapat juga kami singgah di salah satu masjid yang ada di Tokyo ni.

Serba sedikit maklumat mengenai masjid ini yang saya dapat melalui pencarian di internet,

Tokyo Camii atau disebut Masjid Yoyogi merupakan  masjid tertua yang terletak di 
Oyamacho, Shibuya. Ianya berhampiran dengan Yoyogi Uehara Station. Masjid ni menggunakan banyak material daripada Turki dan juga merupakan Pusat Kebudayaan bagi masyarakat Turki.
Menurut sejarah, Masjid Camii ini dibina pada tahun 1938 selepas penghijrahan sebahagian etnik turki ke Jepun.. Mereka membina komuniti sendiri yang dipanggil "Mahalle-i Islamiye" (Daerah Islam).. Komuniti ini diketuai oleh Abdulhay Kurban Ali dan Abdurresid Ibrahim.. Masyarakat Jepun pada ketika itu memberi sokongan besar atas pembinaan masjid ini dari segi ekonomi dan sosial.. Masjid Camii ini musnah dimakan usia pada tahun 1986 dan pembinaan baru Masjid Camii ini dilakukan semula pada tahun 1998 dan siap sepenuhnya pada tahun 2000. Senibina Masjid Camii ini hasil lakaran akrkitek dari Turki, Muharrem Hilmi Senalp yang bercirikan senibina Turki.. Manakala urus tadbir pembinaan masjid ini dilakukan oleh warga Jepun dan Turki iaitu Sumio Ito dan Akira Wakabayasi (Jepun) dengan Sami Goren (Turki).

Kini masjid ini menjadi pusat ibadah umat islam yang berada di sekitar Tokyo. Masjid ini juga sering menjadi tumpuan orang2 Islam dari Malaysia, Indonesia, Pakistan serta Turki.. Masjid ini di uruskan sendiri oleh organisasi Muslim Turki..








Mohon kongsi maklumat daripada pemilik blog ini 
tokyocamii.org, asmaradayana, japanesetangerangforum dan themasterzul


Johnny Shop, Harajuku
Selepas solat di Masjid Yoyogi, kami terus ke Harajuku. Tujuan utamanya hendak mencari Johnny Shop. Di galeri ni ada menjual gambar-gambar persembahan dan sesi photoshot bagi artis Jepun. Tiada goodies kumpulan Arashi ada dijual disini. Mereka sekadar menjual gambar sahaja. agak kecewa bagi yang mahu lebih dari itu.


Hachiko Statue & Street Crossing, Shibuya

Dari Harajuku kami terus menuju ke Shibuya. Tujuan untuk melihat lautan manusia melintas di street crossing. Ya ampun, bila traffic light bertukar lampu merah... lautan manusia melintasi jalan tersebut.



observing people at shibuya, crowded!!!


Kemudian kami tercari-cari Hachiko Statue. Terjumpa Zizan Raja Lawak dengan kru buat rakaman disini. 





Mengikut sejarah,
Susuk tubuh yang Anjing baka AkitaInu yang tegap ini lahir pada 10 November 1923. Sewaktu berumur 2bulan, Hachiko dibawa ke rumah Profesor Ueno di Shibuya. Profesor Ueno bekerja di Universiti Tokyo di dalam bidang pertanian. Prof. Ueno suka memangggil Hachiko dengan panggilan Hachi yang bermaksud Cahaya. Nama 'Ko' yang ada di belakang nama (Hachi-ko ) adalah nama tambahanuntuk orang Jepun yang bermaksud "Anak".

Dengan demikian Profesor mengakui Hachiko sebagai keluarganya serta teman terbaiknya. Hachiko menggemari makanan Yakitori(sate ayam). Selama satu tahun lebih Hachiko selalu menunggu kepulangan sang profesor di Stesen Keretapi Shibuya. Hachiko sudah terbiasa dengan menunggu kepulangan profesor yang bekerja di kota Tokyo. 21 Mei 1925, Profesor Ueno terkena serangan jantung ditempat dia bekerja. Profesor meninggal di Universiti Tokyo sebelum sempat pulang menemui Hachiko. Oleh kerana Profesor Ueno telah mati, maka saudaranya iaitu Ueno, telah mengambil alih tugas menjaga Hachiko.

Hachiko hidup dengan saudara Ueno dan rumahnya terletak beberapa batu dari Stesen Shibuya, tempat kebiasaan Hachiko menunggu kepulangan tuan kesayangannya. Pada suatu hari Hachiko merasa kesepian, ia lari dari rumah barunya menuju ke Stesen Keretapi Shibuya dengan harapan dapat bertemu dengan tuannya. (yang telah pun mati). Seorang tukang kebun yang mengenali Profesor Ueno yang bernama Kikuzaburo Kobayashi melihat berhari-hari Hachiko yang setia menunggu tuannya yang tak kunjung tiba seperti biasa.
Apabila melihat akan kesetiaan seekor anjing kepada tuannya, Kikuzaburo berasa kagum dan beliau selalu memberi makan kepada Hachiko sesuai dengan apa yang diberi profesor, 'yakitori'.

Tahun 1928, Stesen Shibuya telah diubahsuai rekabentuknya secara total. Ketika pengubahsuaian stesen itu sedang rancak berjalan, Hachiko telah menyelusup ke setiap kedai-kedai tetapi ianya telah robohkan untuk pengubahsuaian. Namun, Hachiko tetap setia menunggu tuannya dan Kikuzaburo nampak Hachiko selalu dan menunggu di salah sebuah tempat di stesen berkenaan yang masih elok keadaannya.

Ditahun yang sama, ada seorang pengkaji anjing jenis Akita dimana dia adalah murid Profesor Ueno. Dia kebetulan melihat "pemandangan" menarik tentang Hachiko yang pada ketika itu sedang duduk menunggu kepulangan tuannya, yang juga anjing jenis Akita. Dia mengamati bagaimana Hachiko menunggu tuannya di stesen keretapi. Murid Ueno itu mendapat maklumat tentang Hachiko yang setia menunggu tuannya.
Dia pun mula menulis artikel tentang Hachiko.
Berita tentang Hachiko pun mulai tersebar diseluruh Jepun.

"Faithful Old Dog Awaits Return of Master Dead forSeven Years" adalah berita yang dimuat di harian Asahi pada 4 Oktober 1933.

Hachiko pun semakin dikenali dan semakin tersohor hingga seluruh pelosok Jepun. Tahun 1934 patung Hachiko didirikan di depan Stesen Shibuya. Stesen tersebut yang mengalamikerosakan akibat pada tahun 1948 akibat perang dunia ke II. Hachiko telah mati pada 8 March 1935.

Di saat hampir mati, Hachiko masih setia menunggu Profesor Ueno di pintu keluar Stesen Shibuya yang kini dinamakan sebagai PINTUHACHIKO SHIBUYA. Hachiko juga telah diabadikan di dalam novel, buku cerita, dokumentari haiwan dan filem. Di antaranya filem yang berjudul Hachiko lakonan Richard Gere.

sumber dari sini.


Selepas sehari berjalan, kami pulang ke ueno dengan perut lapar. Singgah family mart untuk beli frozen rice dan balik kami memasak untuk mengisi perut yang kosong. Nasi panas-panas berlaukkan sambal ikan bilis belimbing hasil air tangan mak wawa sangat awesome. Sebelum makan, harus mandi dulu. Lepas perut penuh mata pun nak terlelap. huhuhuhuh... nasib baik mengukur jalan, dapat la kurangkan lemak yang berlebihan.


sunyi sepi tapi rasa nyaman dan selamat bila berjalan balik ke guesthouse kami.