Monday, January 10, 2011

Minggu pertama tahun 2011


Minggu pertama setiap tahun kebiasaannya orang keliling memang sibuk terutamanya yang ada anak bersekolah. Jalan pun mula sibuk macam biasa balik.

Kalau di pejabat makin sibuk macam apa tah *penat + letih*. Lagi pula awal tahun ni nak kena sediakan dokumen cukai untuk pekerja dan syarikat.

Aku? makin sibuk sampai pening kepala dibuatnya. Telefon berdering... email bertali arus masuk... tak larat sungguh nak selesai masalah syarikat orang ni. Kerenah client ni macam-macam. Semuanya nak cepat *aku bukan robot. Kalau nak uruskan 1 client lain la, ni segala client campak kat aku *stress

Minggu pertama tahun baru dimulai dengan tekanan kerja yang melampau *sadis