Kesibukan membataskan aku menulis disini, walaupun entah apa yang aku catatkan. Sekadar menulis rentetan perjalanan hidup dengan orang sekeliling aku.
Aktiviti hari minggu ~ sabtu bersama keluarga dan kali ni kami pergi ke JJ Taman Equin. Mencari sesuatu untuk diri sendiri dan Sarah.
Sebelum keluar kami dah makan kasi kenyang dulu.. tengahari tu aku masak telur dadar, ikan masin jerkkk... ops silap, aku rajin masa tu, up lagi dengan sup ikan merah dan masak lemak ikan dengan peria..
Jadinya bulan ni aku plan untuk belikan Sarah rocker. Sebenarnya 2-3 kali jugak aku survey rocker tapi ada je tak berkenan dekat mata ni... Walhal adik aku bukan kisah pun, cuma dah alang membeli biar lar yang elok sikit. Bezanya kena keluarkan duit lebih je, wat camna... anak buah baru sorang.. tu yang over je lebih. hahahahahah
Aku beli design macam ni dari Sweet Cheery. Ada dua pilihan warna, hijau dan pink.
Aku pilih hijau sebabnya mak si sarah suka warna tu. Habis semua barang dia aku beli warna hijau. Hahahahaha... over tak aku??? Lepas ni aku belikan Sarah kerusi makan plak tapi tunggu dia dah boleh duduk dulu :-)
Lepas tu pergi beli barang aku plak. Heheheheh... Almaklum la, sejak beli rumah tahun lepas... barang-barang dalam rumah aku beli sikit demi sedikit. Giler apa nak beli sekali harung, mana plak aku nak cekau duit. Masa masuk rumah hari tu pun adik aku banyak sedekahkan barang elektrik yang dia dapat masa kawin.
Jadinya bulan ni aku beli benda ni T__________T
kopak dekat 4 ratus **** sadis
Menyinggah kedai eksesori dekat sebelah, adik aku boleh plak pakaikan cekak yg comel dekat Sarah. sib baik la budak tu tak banyak ragam.....
Ahad kite orang tak keluar mana sebab petang tu plan nak buat steamboat dan grilled ayam dan daging... Takde nye nak bakar dekat luar, dok depan tv sudah... buka pintu dengan sliding door nak bagi asap keluar. **hohohoho
Just a random pic's....