Sekadar penambahan satu angka dalam sedar atau pun tidak. hahahahaha.. Masa bergerak dengan pantas sekarang ni dan adakah aku makin tua? Tua dari segi umur takpe janji jiwa tetap muda. heheheheheh....
Bersyukur tika saat ini aku masih bernafas. Tidak ada lebih mahu pun kurang, sekadar berharap dapat memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri dengan PenciptaNya, keluarga, rakan-rakan mahupun orang sekeliling.
Kata-kata untuk diri sendiri;
Semoga menjadi lebih matang melayari kehidupan yang penuh dengan cabaran
Semoga Allah SWT sentiasa memberi petunjuk, hidayah dan keberkatanNya
Semoga aku sentiasa dimurah rezeki dan dipermudahkan segala urusan
Semoga aku menjadi insan yang lebih baik
Serta dengan harapan segala yang dihajati tercapai
Amin...
Monday, January 31, 2011
Selamat Hari Lahir
Aktiviti bersama keluarga: Januari 2011, Minggu Ke-2
Kesibukan membataskan aku menulis disini, walaupun entah apa yang aku catatkan. Sekadar menulis rentetan perjalanan hidup dengan orang sekeliling aku.
Aktiviti hari minggu ~ sabtu bersama keluarga dan kali ni kami pergi ke JJ Taman Equin. Mencari sesuatu untuk diri sendiri dan Sarah.
Sebelum keluar kami dah makan kasi kenyang dulu.. tengahari tu aku masak telur dadar, ikan masin jerkkk... ops silap, aku rajin masa tu, up lagi dengan sup ikan merah dan masak lemak ikan dengan peria..
Jadinya bulan ni aku plan untuk belikan Sarah rocker. Sebenarnya 2-3 kali jugak aku survey rocker tapi ada je tak berkenan dekat mata ni... Walhal adik aku bukan kisah pun, cuma dah alang membeli biar lar yang elok sikit. Bezanya kena keluarkan duit lebih je, wat camna... anak buah baru sorang.. tu yang over je lebih. hahahahahah
Aku beli design macam ni dari Sweet Cheery. Ada dua pilihan warna, hijau dan pink.
Aku pilih hijau sebabnya mak si sarah suka warna tu. Habis semua barang dia aku beli warna hijau. Hahahahaha... over tak aku??? Lepas ni aku belikan Sarah kerusi makan plak tapi tunggu dia dah boleh duduk dulu :-)
Lepas tu pergi beli barang aku plak. Heheheheh... Almaklum la, sejak beli rumah tahun lepas... barang-barang dalam rumah aku beli sikit demi sedikit. Giler apa nak beli sekali harung, mana plak aku nak cekau duit. Masa masuk rumah hari tu pun adik aku banyak sedekahkan barang elektrik yang dia dapat masa kawin.
Jadinya bulan ni aku beli benda ni T__________T
kopak dekat 4 ratus **** sadis
Menyinggah kedai eksesori dekat sebelah, adik aku boleh plak pakaikan cekak yg comel dekat Sarah. sib baik la budak tu tak banyak ragam.....
Ahad kite orang tak keluar mana sebab petang tu plan nak buat steamboat dan grilled ayam dan daging... Takde nye nak bakar dekat luar, dok depan tv sudah... buka pintu dengan sliding door nak bagi asap keluar. **hohohoho
Just a random pic's....
Wednesday, January 26, 2011
kata-kata itu tidak menaikkan motivasi
sungguh aku cakap kata-kata itu tidak menaikkan motivasi...
"you have done a good job"
p/s:
mungkin tamak sgt kot...
takat cakap mulut takpe ada imbuhan lain macam tak blh terima....
*sadis sungguh
Friday, January 21, 2011
susah betul sekarang ni...
Ibarat manusia cakap dengan ayam or itik atau kambing...
Jenuh explain, tak jugak faham. erm.........................
sekarang ni...
sangat sibuk, sangat letih, sangat penat dan sangat stress...
p/s:
Menunggu dengan penuh debaran isnin depan. Mengharapkan yang terbaik bukan menyesakkan otak ini lagi.. Jangan dera otak aku, OPSS!!!
Tuesday, January 11, 2011
G7 Coffee ca phe hoa tan
Monday, January 10, 2011
Minggu pertama tahun 2011
Minggu pertama setiap tahun kebiasaannya orang keliling memang sibuk terutamanya yang ada anak bersekolah. Jalan pun mula sibuk macam biasa balik.
Kalau di pejabat makin sibuk macam apa tah *penat + letih*. Lagi pula awal tahun ni nak kena sediakan dokumen cukai untuk pekerja dan syarikat.
Aku? makin sibuk sampai pening kepala dibuatnya. Telefon berdering... email bertali arus masuk... tak larat sungguh nak selesai masalah syarikat orang ni. Kerenah client ni macam-macam. Semuanya nak cepat *aku bukan robot. Kalau nak uruskan 1 client lain la, ni segala client campak kat aku *stress
Minggu pertama tahun baru dimulai dengan tekanan kerja yang melampau *sadis
Monday, January 3, 2011
letih + stress = mc
stress dan letih dengan kerja. erm..
sudahnya Khamis lepas aku MC. Sebeban ubat aku dapat. Masih rasa tak sedap badan. Takde mood nak buat kerja...
Saturday, January 1, 2011
Selamat Tahun Baru 2011
Baru balik dari Sunway sambut tahun baru. [Haip... pukul berapa ni baru balik dengus ayah...], diam je tak perlu menjawab sebab terasa bersalah kan??. yelah dah pukul 2.22 pagi baru sampai rumah. Kebetulan tengok jam. Alamaknya esok mesti ayah sambung nasihat dekat telinga ni...
harapan aku di tahun baru 2011;
dipermudahkan dalam apa jua perkara yang aku lakukan. 2010 tinggal kenangan dan dijadikan iktibar. Usaha membaiki kehidupan agar menjadi insan yang berjaya dan tabah dengan segala bentuk dugaan.
Selamat Tahun Baru 2011 buat semua. Semoga hari-hari mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kita semua dan ditempuhi dengan tabah.