Saturday, October 30, 2010

5 Cara Mudah Kurangkan Tekanan Kerja (updated)


info dr gua.com.my


Bekerja untuk mencari rezeki yang halal memang memenatkan. Malah ia mampu memberikan tekanan kepada sesiapa sahaja. Apatah lagi jika kerja yang anda lakukan berhadapan dengan 'deadline' dan tarikhnya pula semakin hampir.

Ada juga sesetengah kerja yang memaksa seseorang itu berhadapan dengan orang ramai yang mempunyai pelbagai ragam dan karenah. Jika tidak dituruti karenah tersebut, mungkin anda akan terlepas peluang menarik. Jadi mahu atau tidak, anda terpaksa merelakannya walaupun di dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa tertekannya anda.

Untuk itu, di sini diperturunkan lima cara mudah untuk anda mengurangkan tekanan di tempat kerja. Anda tidak memerlukan masa yang panjang untuk melakukannya, namun ia mampu memberikan anda kesegaran dan tenaga baru untuk menghadapi hari yang panjang.

1. Cuci muka
Terlalu lama duduk menghadap komputer memang memenatkan. Apa kata anda bangun sebentar dan pergi ke tandas untuk mencuci muka. Kesejukan air itu sudah pasti mampu memberikan anda kesegaran baru. Jika anda bernasib baik, mungkin anda akan mendapat beberapa ilham baru yang pastinya akan menguntumkan senyuman di bibir anda.

mmg pon, klu mata tu ala2 nak terpejam tu pi la cuci muka. Segar skit kan :-p

2. Membaca kisah lucu
Kisah-kisah lucu yang banyak dikirimkan oleh rakan-rakan melalui emel mungkin boleh digunakan ketika ini. Dengan membaca beberapa kisah lucu yang pendek, ia mampu membuatkan anda ketawa sendirian, sekaligus menjauhkan anda daripada tekanan kerja yang membelenggu anda. Selepas melepaskan tekanan melalui ketawa, anda kini lebih bersedia untuk menyambung pekerjaan yang sedang diusahakan.

Yup, ni salah satu cara utk hilangkan stress. So aku mmg aku curi2 baca blog yg blh buat aku ketawa, antaranye


3. Berbual dengan rakan
Di pejabat sudah pasti anda mempunyai ramai kawan. Untuk melepaskan tekanan, anda tidak semestinya perlu berbual dengan rakan rapat sahaja. Adakalanya rakan-rakan baru juga boleh menjadi tempat anda meluahkan rasa sekaligus mengurangkan tekanan yang anda tanggungi. Mungkin dengan perkenalan baru itu anda dapat menambahkan kawan serta peluang untuk bertukar-tukar fikiran dengan orang lain yang mempunyai latar belakang berbeza. Tetapi janganlah keterlaluan kerana orang lain juga pastinya mempunyai kerja yang mereka harus siapkan juga.

Berbual pon time makan je. Time keje just ym or gtalk. tu pon klu kije tak byk lar...

4. Ke kafetaria
Setelah seharian penat bekerja dan mengerah otak, tidak salah jika anda meluangkan sedikit masa untuk ke pantri atau kafetaria. Belilah sedikit makanan untuk mengisi perut anda yang berkeroncong. Rasa lapar yang ditanggung bukan membantu sebaliknya boleh menambahkan lagi tekanan yang dialami. Apabila sudah kenyang, anda pasti lebih selesa untuk meneruskan kerja yang terbengkalai sebentar tadi.

Kafetaria ilek, sib baik ade pantry. Blh gak buat air. kot yer rajin nak buat. huhuhuh..

5. Berjalan seketika
Jika tekanan yang anda tanggung masih belum berkurangan, apa kata anda bangun sebentar dan berjalanlah di sekitar pejabat anda. Ambil masa beberapa minit untuk anda mencari ketenangan dan kekuatan untuk menyelesaikan segala tugasan yang diberikan. Dengan berjalan dan meninjau persekitaran tempat anda bekerja, ia mungkin boleh memberikan anda idea untuk bekerja dengan lebih berkesan. Jika anda bertuah, anda mungkin akan bertemu dengan seseorang yang mampu membantu anda. Apa yang penting anda tidak malu untuk bertanya dan mudah bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Erm... berjalan pi solat or pantry je la. Klu tak, duduk la keras kt kerusi tu.

Thursday, October 28, 2010

Sushi King



Jumaat lepas kiteorg lunch kat sini. Ade org ala2 mengidam mau makan kat Sushi King. So beberapa hari seblm tu, aku dah google menu yg ade kat situ. Almaklum tekak aku ni susah skit nak menerima. Bukan tak pernah mencuba makan, tp fail bila masuk tekak aku...

Dlm mengGoogle tu, byk plak dapat info yg scary gitu... malas mau citer, just tekad join lunch kat situ. Mata dok belek menu tu berkali2... almaklum la, was-was nak telan ape.


Antara menunye, ade ala-carte dan set menu.




Rambang mata tgk sushi...


Piri Piri Chicken


Kodomo Bento


Oyako Don


Aku plak makan ni....

.

.

.

Kani Tama Maki


Tori Karaage



Agak susah mau decide makan ape, last2 dorang suggest makan sushi ni... Masa makan 2 ketul, not bad la. Tekak ni dapat menerima, bila masuk yg ke3... tekak dah kembang weh.

Sbb aku tak suka rasa RUMPAI LAUT tu.. Udahnye, aku buang rumpai laut tu, makan isi nye je. Ok, lain kali blh la makan kt sini, rasa not bad berbanding Sakae Sushi.

Rasa nye aku kenyang ke makan tu je, off course tak weh... blum kuar pintu Sushi King tu, otak aku dah plan nak tapau something makan kat opis...

Pada sape penggemar Sushi King, bulan Nov ni ade promotion Salmon Fiesta 1-30 Nov 2010. Sila la pi bila free...

Seblm balik, gi tapau McD... Sempat makan kentang je, burger nye makan kt uma. Sbbnye dah masuk opis tak sempat nak makan.. keje melambak.. :-(


Nasihat dari insan tua...



Kerja jangan berkira...
bekerja tanpa memikirkan gaji dan
sentiasa ikhlas melakukannya.
Moga pekerjaan kite itu mendapat keberkatan drNya.


Nasihat yg diterima dr seorang lelaki tua yg boleh dipanggil atuk. Tp dia mengelarkan dirinya "Nenek", berasal dr Sarawak. Aku hanya mengangguk2 dan senyum je. Macam2 nasihat yg diberikan dgn ikhlas aku rasa.

Ade saja idea dia, citer gaya hidup zaman dulu hingga la sekarang. Mmg berbakul2 nasihat dia kat aku.

Tp tang "bekerja tanpa memikirkan gaji" tu, susah skit.. heheheheh... aku bertahan kerja kat sini pon sebab GAJI. miahahahaha.. klu tak, dah lama cabut kot.


Ape pun nenek, tima kasih atas nasihat itu...


Nasihat yg disampaikan secara berhemah senang nak diterima otak drpd nasihat yg diberi secara paksaan...


Tuesday, October 19, 2010

critical week



Harap dapat bertahan critical week for this month...


Kata-kata hikmah utk diri sndiri....

"Stop being a perfectionist. Aim for work accomplishment and not perfection. Striving for perfection may lead to procrastination and stress"
from dr.Fazley





p/s: good nite korang... letih dan cuba bertahan utk tidak demam mggu ni :-(

Saturday, October 16, 2010

Tiga hari berturut..



Tekak ni dok makan Nasi Lemak masa sarapan... brape byk kalori dh masuk dlm badan... kang bila berat naik, dok bising.... sakit telinga org keliling bila aku dok bebel..

Tp bila makan, tak hengat donia.. main bedal je.. Biasa mkn nasi lemak weekend tp ari rabu tu teringin nak makan, so pi la beli.. semlm plak mmg tpaksa beli sbb tmpt sarapan tak buka. Kakak tu blk kg plak ade saudara nye kawen...


Sarapan pagi td, Nasi Lemak biasa..



Semlm plak, Nasi Lemak + Sambal Paru



Siap beli kuih lg, tp simpan utk mkn ptg....



Rabu plak, Nasi Lemak + Sambal Sotong Kering




Makanan org malaysia ni mmg sgt maveless... Biasa beli kat gerai depan RHB IoI Boulevard. Sambal dia mmg sodap... smooth je.. bak iklan nescafe, harith iskadar tu... heheheheheh...

Friday, October 15, 2010

Tiada citer lain, melainkan....


"MAKAN"


Memandang kedai makan kat blkg opis ni tutup, so ade yg mengajak pi ioi. Still tempat yg sama yg dituju utk lunch... Secret Recipe lg coz ade yg teringin makan kat sana... termasuk la aku :-)

Secret Recepi kat IoI Mall ni mmg terbaik.. Mmg tekak takkan keciwa makan kat sini.. Tak macam setgh tmpt, aku dgr komen macam2. Meatball dan rasa spagheti cam hangus, ayam tak masak betul2 la...

Dalam puji2 ni, jgn tetiba tak sodap sudah..


chicken cordon bleu... cuit skit member nye, sodap :-)



GRILLED CHICKEN Black Pepper Sauce



Tekak aku plak nak makan ni....
.
.
.
.
.
.
.

PRAWN MACARONI with CHEESE



close up skit... sodap + puas hati dpt ngap...
cheese byk, pastu kena makan cepat2 time panas... yummy...



Thursday, October 14, 2010

langkah pencegahan seblm bertukar hijau....


Langkah-langkah yg diperlukan sebelum bertukar menjadi incredible hulk versi perempuan, huhuhuhuhu...

Sabar... sabar... sabar...

Kuatkan semangat, tekad & tawakal

dan

.
.
.
.
.
.

MAKAN

So petang semlm ajak cik Binie temankan gi IOI Mall lepas keje. Dalam kepala dah pikir macam2 nak makan ape...

Berkira2 nak makan dkt KFC or McD. Last decide makan dkt McD sajok. Cik Binie nak try menu baru, aku plak menu yg sama lately ni...

Black Pepper Spicy Chicken McDeluxe


Pada tekak cik Binie, kureng sodap.. aku plak tak cuba lg, so komen... heheheh


my, 2 pc Ayam Goreng Spicy & Bubur Ayam


Tak duduk lepak makan lelama coz cik Binie berbulu ngan couple dok blkg aku... Nasib aku tak nampak ape2..

Lepas tu teringin makan Mable Cheese Cake plak. Siap kena sound lg, perut tong ke ape? huhuhuhu... stress la, tu yg nak MAKAN!!!! :-p

Pusing2 gi Speedy Video ngan kedai kasut yg ade kt IOI tu... Lepas tu gerak balik....


Nak share muka budak hapi dpt parcel... :-p



Lastly, sekali sekala tepek muka sndiri plak...

.
.
.
.
.
.



Wednesday, October 13, 2010

incredible hulk versi perempuan


Oh tidakk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rasa nye macam nk kena simptom org hijau versi perempuan plak...


pic ehsan google.com

kena SABAR, SABAR dan SABAR :-(



Monday, October 11, 2010

Sarah Irdina


Cucu sulung dlm keluarga kami,

Sarah Irdina Bt Muhamad Shukri

Baru berumur 2 hari masa ni, mlm tu gigih mak long jaga Sarah... Sian kat adik, kasi peluang depa tido ngan berehat... Sib baik aku tak mgantuk time keje...



Siap tepek tisu skit kat dahi sbb Sarah sedu..




semlm tgk Sarah kat uma nenek dia. Coz adik ipar pantang kat uma mak nyer. Kena dtg jenguk jup coz adik dah msg tanya bila nak dtg jenguk Sarah. Adik ckp Sarah buka mata utk kite org je. Heheheh.. org lain dtg, dok kacau dia pon.. tak mau buka mata... cerdik2 cam tau2 je maklong dtg.






si kecik bermata sepet..


Seblm blk adik siap tanya, nak temankan Sarah gi hospital wat checkup ke tak... klu tak sbb kena standby proj. Sybs mmg aku dah temankan.. Sarah plak terkena demam kuning. Sib baik skit je...

Mggu ni Sarah balik, ingat nak belikan Baby Cot utk dia... so makcik ngan pakcik Sarah yg lain, sila hulur duit... hahahahha...


1st & 2nd of October


salam semua,

mggu2 yg sgt sibuk dgn pelbagai xtvt. Pada yg ajak datang open house, majlis tunang & birthday party... maaf la tak dpt nak dtg. Walaupon ade yg msg tanya nape tak dtg...pastu lupa plak nk reply blk... sori :-)

Biasa awal bln gi berurusan dgn bank, cik puan dtg ambik kat opis. Seblm tu singgah makan gan solat dulu. Malas nk pusing2 ngan pilih menu, kami order Nasi Ayam je.

Nampak cam tak menarik.. tp sodap pada tekak aku...



Lepas tu siap tapau Pulut Mangga lg coz teringin nak makan yg jual kat bazar Thai. tak sedap plak coz pulut dia skit mentah... udahnye makan mangga je :-(



Weekend plak adik ajak member dtg uma. Bila dah smpai depan uma br nak habaq mai. sabar je la, sib baik tergerakk hati nak masak nasi impit ngan rendang ayam. Takkan nk hidang biskut raya je kan... pastu aku tambah Spagetthi Balognese tuk dorang. Sib baik bahan mmg dah ade, sementara aku masak member dok lepak smbil tgk tv kt depan... eeeeeeee suka last minit bg tau...





Mlm tu adik yg sorang tu blk bwk A&W plak... biasa la, weekend utk makan.. heheheh... brape jenis burger dia beli, aku ngap Cheese Burger ngan Coney Hotdog. Bukan makan sensorang tau, share2 ngan mak. Lepak2 sambil makan, tgk tv ngan on9 sekali...




Minggu pack ngan meeting ngan client, simulate issues utk client... mmg nak pitam dibuatnyer. Tp sempat gak blk dr meeting celebrate birthday en.bos kat opis. Klu dia tak bg tau, mmg aku tak tau ngan tak ambik port sgt. huhuhuhu... So kiteorg celebrate skit utk en.bos wit org2 dok level aku ngan PM project je.

Sgt lucu, ade ke nk nyanyi utk diri sendiri, harus la kami yg nyanyi utk birthday boy kan... sabar je la...



Mable cheese kek yg sgt sodap made in SR.



Jumaat plak cik binie ajak gi IOI Mall & kami decide lunch kat SR. Biasa nye tak abis aku makan, tp kali ni cepat je abis.. siap tak puas nak makan lg tu... penangan stress ngan keje.. heheheheh...




Teringin nak makan ni plak... sape mau temankan???

Prawn Macaroni with Cheese




Ops!
Pada sesape yg lahir utk bulan Oct ni --> en.bos, aunty noraini (mama peeja), anak kak aisyah.. lupa plak nama, cik has my lecturer & pada sesiapa..

Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur, dimurah rezeki, dipermudahkan segala urusan dan sentiasa dlm keberkatan dr Nya.


2nd, Selamat Bertunang buat syiqah ngan taufiq... maaf akak tak dpt mai.. huhuhuhu...


3rd, Selamat Pengantin Baru buat sesiapa yg kawen bulan ni..

Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina
Cik Gula-gula ngan pasangan... http://miezhanem.blogspot.com/
Tilla ngan pasangan... http://stillaroyazrie.blogspot.com

Thursday, October 7, 2010

berakhirnya syawal tahun ini...


Jika tak silap, hari ni hari terakhir bulan syawal. Tgk org lain update citer syawal, aku ni br nak update. Macam la sibuk sangat :-( tp kan memang sibuk melampau sekarang ni. Celik mata tgk keje, nak pejam mata pon hadap keje lagi. Serius kronik hidup aku skrg ngan keje yg confirm smpai thn depan br Ok skit. letih dan penat jgn cakap ler....

Nak citer pasai open house aritu. Jemputan just keluarga + suku sakat kawan adik ngan bongsu. aku just jemput 2 org kawan je. Terukkan sbb aku sibuk kat dapur, nanti kang member datang tak dapat nak dok pot pet lelama plak. Syawal ke5, Sabtu kedua Syawal dan Sabtu lepas wat open house utk adik aku yg sorang ni. dah la last minute br bg tau, tensi je akak dia sorang ni... :-p

So just nak share pic masa open house aritu... Pic pon tak byk ambik coz dok dapur saje.







Tuesday, October 5, 2010

Alhamdulillah...



Adik ipar selamat melahirkan anak perempuan pukul 10.31 pm 04102010 di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah kedua-dua nye sihat.


So sekarang aku dah jadi MAK LONG :-)


Balik kerja dlm pkl 8 gerak gi an-nur. 2 jam jgk la menunggu, sempat makan mlm lg. Memandang penat keje pon tak habis lg, aku sempat lelapkan mata kijap sementara menunggu.

Mak ngan adik bergilir-gilir jenguk adik ipar kat bilik bersalin tu... cucu pertama dlm keluarga kami... Masa bersalin adik mmg ade dok dlm tu dan dia sempat snap gambar utk kite org.




Ops aku pon dpt jenguk kijap walaupon nurse ckp tak bley masuk. tp yg penting mmg doktor yg menyambut bagi kite org gilir2 jenguk seblm adik ipar ngan baby keluar dr bilik bersalin tu...

Friday, October 1, 2010

Bak Kata Pepatah...







Lembu punya SUSU,
Sapi dapat NAMA







orang lain yang bekerja keras, orang lain pula yang dapat nama dan ganjaran. Yang tak boleh blah tu, siap mengaku semua hasil keje dia. muntah!!!