Friday, August 2, 2013

Ramadhan Ke-9, 10, 11 & 12


Assalam Ramadhan,

Apa khabar semua dan sedar tak sedar kita dah masuk minggu minggu akhir ramadhan. mesti semua tak sabar sabar nak raya kan. mood raya saya tak sampai lagi ler. persiapan raya apa pun tak buat. saya sempat minta tolong kawan tukarkan duit raya je.

kadang kadang kesibukan tugasan harian membataskan saya menulis kat sini. ada masa terluang sikit saya cuba la singgah blog orang tapi kalau pura pura sibuk :p langsung tak sempat nak singgah baca blog orang lain. jangan kata nak update blog kan. walaupun sebenarnya banyak je benda yang saya nak kongsi tapi ada perkara yang membataskan. hihihihi.. poyo je kan. 

kejap kejap sistem problem la, server problem. mana nak gather requirement dalam ada task baru. biasa la kan, lumrah kerja memang macam ni. saya bukan super women macam orang lain nak buat pelbagai kerja dalam satu hari. balik kerja kena redah jam, tarawih dan rehat kejap lepas mata ni minta tidur je. kena plak ada masa kesihatan tak berapa nak mengizinkan. tengah berbuka pun selsema keluar macam air. stress okey sebab bila selsema confirm sakit kepala pulak.

Alamak, banyak pula menceceh. berbalik pada tujuan asal yer.. jom cuci mata tengok menu buka puasa kami. 


Ramadhan Ke-9
Sempat lagi membakar ayam tu. nanti saya update resepi. so simple untuk buat ayam bakar dalam masa yang singkat. Selain ayam bakar ada sambal lala, sambal udang. dan adik beli kat bazar sayur kacang panjang yang tengok pun tak selera. kemain panjang lagi cara orang ni potong.

opsss... nak kena gi kerja dulu, nanti saya update lagi. sementara tu cuci la mata dulu yer.






Ramadhan Ke-10



Ramadhan Ke-11





Ramadhan Ke-12






2 comments:

Tengkubutang said...

done follow sini no. 27
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Intan ~ Nur Azlina said...

@tenku butang,

cantik blog kamu, TQ singgah sini.