Semerah Cinta Stilleto menisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahir dan dibersarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan kedua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian terkemuka di ibu kota. Leto atau Leman (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalamkeadaan yang sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di rumah flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila. Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz pergi ke pasar membeli ikan untuk di masak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku dimana pergaduhan besar antara penjual ikan di pasar telah berlaku sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan di pasar itu. Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu, Leto dibuang kerja. Di dalam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish). Yani yang sebelum ini setiap hari menggangu Stila dan peluang ini digunakan Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual. Kebetulan pula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stilleto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila rasa bersalah dan berusaha mencari sepasang lagi stilleto dan pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilleto telah membawa Stila pada pertemuan yang tidak dsangka apabila melihat ibunya mesra bersama lelaki lain tanpa malu dan ditambah dengan sikap bapanya Datuk Azhar yang tidak peduli akan tingkah laku isterinya mengundang kecewa dan sedih dihati Stila dan memaksa untuk tidak tinggal di rumah dan mengikut Leto pulang. Di rumah Leto , Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan ibu bapa Leto. Dapatkah Stila mendapatkan semula Stiletonya? Apakah reaksi Stila terhadap tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto?
** Last sat, gi tgk tgk wayang kt GSC, IOI Puchong. Ok.. ok .. je la citer ni..
Abis tgk wayang.. singgah surau solat maghrib dulu then gi makan2, borak2 kt Pizza Hut. Services dorang adalah lembab. tunggu menu pon punya la lama... Lepas mkn2 singgah JJ-Mart beli makanan gemuk n zasssss blk. seb blk pusing2 dulu.. siap gi night walk seb blk uma.. nk melepak....
No comments:
Post a Comment