Tuesday, October 15, 2013

SALAM AIDIL ADHA.


salam aidiladha and selamat hari raya korban.

buat korban ke tahun ni? makan daging saje la minggu ni. semalam sempat juga puasa sempana puasa hari arafah. semalam pun kerja jadinya memang tak menolong masak la kat dapur. dalam kelam kabut tu sempat la juga mak masak rendang ayam, rendang daging, kari ayam dengan sup tulang. meriah idok, nasib baik si yun aka cik bibik rajin menolong...

ok la, need to go. bye



Wednesday, October 9, 2013

Agile Method Using Scrum


Assalamualaikum..

lama juga tuan tanah tak update dekat sini. setiap kali buka blog mesti dok termenung je lepas tutup balik malas nak kongsi cerita.  tak tau la penyakit ape. nak kata sibuk kat pejabat ni, takde la sangat. sekarang ni banyak je masa free sampaikan dah tak tau nak buat apa.

Semalam saya attend internal workshop Agile Method Using Scrum. Interesting juga method ni tapi macam saya cakap dengan trainer semalam, how to implement this method with limited manpower. contohnya dengan 2 orang manpower, nak kena handler everything about the product.. deployment, support, new request, enhancement, migration dengan siap chase payment dengan client lagi. kalau client 7-8 company lain le...ermmm. lepas tu dia suggest guna scrum kanban. Nanti nak study la pasal method ni. macam mana nak achieve apa yang kita rancangkan. Kalau korang rajin, boleh la survey pasal method ni. Nanti rajin boleh juga baca pasal toyota production system dengan lean principle.

balik dari training singgah pasar tani kat putrajaya pula. saya beli dim sum dengan ban pelbagai perasa. but paling saya suka garlic ban, makan panas-panas sodap. kena plak dengan air kopi, pergh... nyaman



Nanti rajin saya nak throwback cite pasal raya, tak kisah la walaupun berkurun kan. hihihih... also pasal birthday anak buah. hopefully ada la semangat nak update blog ni. kesian terbiar macam tu je kan... bye, jumpa lagi.

Geram sebenarnya, bila nak update blog asyik la keluar error kat bawah ni... bikin panas betul. hahahaha...

We're sorry, but we were unable to complete your request.
When reporting this error to Blogger Support or on the Blogger Help Group, please:
  • Describe what you were doing when you got this error.
  • Provide the following error code.
bX-p49mik
This information will help us to track down your specific problem and fix it! We apologize for the inconvenience.



Friday, August 2, 2013

Ramadhan Ke-9, 10, 11 & 12


Assalam Ramadhan,

Apa khabar semua dan sedar tak sedar kita dah masuk minggu minggu akhir ramadhan. mesti semua tak sabar sabar nak raya kan. mood raya saya tak sampai lagi ler. persiapan raya apa pun tak buat. saya sempat minta tolong kawan tukarkan duit raya je.

kadang kadang kesibukan tugasan harian membataskan saya menulis kat sini. ada masa terluang sikit saya cuba la singgah blog orang tapi kalau pura pura sibuk :p langsung tak sempat nak singgah baca blog orang lain. jangan kata nak update blog kan. walaupun sebenarnya banyak je benda yang saya nak kongsi tapi ada perkara yang membataskan. hihihihi.. poyo je kan. 

kejap kejap sistem problem la, server problem. mana nak gather requirement dalam ada task baru. biasa la kan, lumrah kerja memang macam ni. saya bukan super women macam orang lain nak buat pelbagai kerja dalam satu hari. balik kerja kena redah jam, tarawih dan rehat kejap lepas mata ni minta tidur je. kena plak ada masa kesihatan tak berapa nak mengizinkan. tengah berbuka pun selsema keluar macam air. stress okey sebab bila selsema confirm sakit kepala pulak.

Alamak, banyak pula menceceh. berbalik pada tujuan asal yer.. jom cuci mata tengok menu buka puasa kami. 


Ramadhan Ke-9
Sempat lagi membakar ayam tu. nanti saya update resepi. so simple untuk buat ayam bakar dalam masa yang singkat. Selain ayam bakar ada sambal lala, sambal udang. dan adik beli kat bazar sayur kacang panjang yang tengok pun tak selera. kemain panjang lagi cara orang ni potong.

opsss... nak kena gi kerja dulu, nanti saya update lagi. sementara tu cuci la mata dulu yer.






Ramadhan Ke-10



Ramadhan Ke-11





Ramadhan Ke-12






Thursday, July 25, 2013

Ramadhan Ke-8

Salam Ramadhan,

Antara menu buka puasa kami sekeluarga,




Masak lemak kalau letak mangga, bacang dengan belimbing memang maveless. memang tak usik lauk lain, kena plak makan dengan nasi panas. nyammm nyamm..

masak lemak daging dengan kentang

telur dadar dengan udang

mee goreng daging

lamb dan ayam bakar beli dekat bazar. Jarang makan lauk beli ni sebab selalu tak kena dengan selera tekak ni. lagi prefer masak sendiri walaupun setakat sambal ikan bilis.

kambing bakar dengan black pepper. adik cakap sodap, entah ler.. saya memang tak makan kambing

ayam bakar bak kata adik rasa sabun... uweeek...

kuih karipap, lopes, agar-agar dan puteri mandi. semua ni kuih tunjuk kat bazar je

macam biasa popia lagi, hotdog cheese dan kentang goreng untuk budak kecik

tembikai kuning..


Monday, July 22, 2013

Ramadhan Ke-7

Salam Ramadhan,

antara yang dimasak sendiri dengan beli dikedai...


popia berintikan crab stick, carrot dan timun. buat frozen banyak simpan dalam peti ais. nak makan baru goreng. jimat...

potato wedges buat sendiri. Potong sesuka hari, rebus  separuh masak dengan sedikit garam. Lepas tu baru goreng dengan tepung kfc. sedap, nyam nyam...

bubur ubi keledek dengan apa tah...

sayur campur. ada kobis bunga, carrot, kacang buncis dan cendawan butang.

ayam masak gajus. resepi baru yang mak masak, sedap...

ikan kembung masak taucu..

sambal tempoyak daun kayu. susah nak dapat pelbagai daun macam arwah nenek buat. 


Adik beli kat restoran hassan, R&R kesas

ayam dara goreng kekdahnya... 

sambal ikan bilis keras berdengkang...

gulai daging. manis depa cakap, tuan tanah nak makan.



Friday, July 19, 2013

Ramadhan Ke-6

Salam Ramadhan,


nak show off jup, hihihih. antara menu buka puasa ke-6 yang lepas.


 ada mee kari, nasi lemak, ayam panggang dan kuih muih.

kuah mee kari yang penuh dengan segala bahan. ada kerang, ayam, fish ball, fish cat dengan tahu goreng.

sambal tumis ikan bilis yang awesome.

chicken grill yang dipanggang menggunakan pemanggang ajaib. berbaloi beli, tak caya korang beli ler

baked bean yang dimakan dengan roti dan chicken grill

kuih muih beli kat ofis. karipap, kuih koci yang sedap dan kuih talam ape tah. kesian tengok seketul je dalam bekas, tu yang beli sekali.


ok la, sampai sini dulu. takde idea nak membebel panjang. bye, salam.


Thursday, July 18, 2013

Ramadhan Ke-5


Salam Ramadhan,

Pejam celik pejam celik, dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. time puasa ada yang nak test skill memasak kan. sedap tak sedap belakang kira, janji mencuba daripada nan ado kan???

tekak saya ni teringin nak makan nasi kerabu, tahu bakar dengan gulai maman. nyam nyam... semalam dah google resepi nasi kerabu, tengok jadi tak weekend ni nak buat.

menu buka puasa hari ahad lepas, gabungan timur dan barat gitu. biasa la, selera makan lain-lain. yang penting kerjasama, masak sama-sama adik beradik. 

yang no 2 sibuk dengann roti john dan air buah dia. wife dia buat salad, potong buah. No.3 kemain over, bakar daging kambing, hotdog.. buat mashed potato. wife dia plak buat salmon grill dengan bakar garlic bread atas pemanggang ajaib :-)

mak sibuk membakar ikan, udang dengan sotong atas kuali burger. nasib baik la, dapur kat rumah ni ada dua. takde la berlaga nak masak. Adik yang perempuan buat air dengan prepare sos, mushroom dengan black pepper sos. senang kan, teringinn ape, sendiri masak kat dapur. anak2 buah tukang sibuk dan buat sepah. saya macam biasa, tekak melayu.... buat kueh teow goreng kerang dengan sambal sotong.

antara gambar yang sempat diambill sebelum buka,


pari dan bawal bakar bercili. sotong dengan udang dah angkat, kang terlebih masak plak.

Kueh teow goreng kerang yang saya masak :p

salmon grill

Kambing bakar dengan arang

sosej bakar

coleslaw, gabungan kobis dengan carrot

mashed potato

garlic bread yang belum sempat dibakar


Lupa nak snap gambar sambal sotong, roti john dan kuih. Air macam biasa, teh o dengan milo. pastu ada fresh orange. Hujung minggu ni apa pula selera makan dorang???




Monday, July 15, 2013

Ramadhan Ke-4

Salam Ramadhan,

Kebiasaan setiap hujung minggu adik-adik akan balik berkumpul. riuh la sikit kat rumah ni. Tengahari keluar gi kirim barang kat agensi umrah yang ayah ikut. Cuaca dekat mekah sangat panas sekarang ni, jadinya kesihatan ayah tak berapa ok. demam dan batuk. pesan ubat dah tafsir al-quran.

Dah petang sikit baru kami mula masak. Dorang minta mak masak ayam masak merah je. Adik no.2 buat roti john. kebiasaannya roti john ni kami buat sendiri je. ayah dah belikan sesiap frozen rempah, tinggal campurkan dengan daging/ayam dan telur je. puas hati buat sendiri ni, boleh letak inti banyak-banyak kan.

Pastu aku gorengkan cempedak diluar pagar pula. adik aku ni, bini dia yang mengandung.. dia plak mengidam macam-macam. tapi tahap mengidam dia takde la pelik-pelik. Pastu goreng mee je. Adik no.3 bawa kuih tunjuk dari bazar je. Beli kuih sampai 6 jenis, sudahnya tak berabis pun. pembaziran sungguh. yang masak sendiri licin kena makan, berbaloi masak kan.. walaupun simple.



cempedak diluar pagar dan roti john homemade


seri muka, agar-agar dan puding roti serta pencuci mulut, tembikai
 
ayam masak merah dan ayam goreng untuk budak-budak


popia dan ape erk namanya, lupa la pulak


mee goreng masakan aku dan durian crepe, mak budak kat taska yang bagi



air macam biasa, atleast 3 jenis. teh o, milo dengan air epal buat sendiri. nak clear buah epal hijau yang dalam peti ais.