Sangat teruja nak ke Disneysea walhal masing-masing dah besar panjang. hihihihih... ke saya je yang teruja lebih. ada satu je disneysea kat dunia ni, jadinya kalau datang tokyo jangan lupa singgah ke sini. cantik betul senibina tempat ni. tak caya, datang sendiri.. tengok :p
Dari Ueno Station kami exchange train di Tokyo Station dan ambil direct line ke Maihama Station. Seawal pagi kami dah bergerak ke sini. Tiket kami dah beli awal di Cosplay, Harajuku. Jadinya tak perlu la nak beratur panjang beli tiket.
Menunggu hampir 40 minit, lagi 2 orang yang baru sampai ke Tokyo...kiranya first day dorang. Sementara tunggu sempat lagi membelek peta kawasan disneysea. Tak mungkin dapat masuk atau main semua ride yang ada sebab punya la ramai orang dan panas terik kot...
Dari entrance kena naik lagi train disney resort line ke sana dan tiket pergi balik 500 Yen. Macam air duit keluar bila bercuti kat tokyo ni. sadis disitu :p
Ambil peluang bergambar di main entrance yang mengujakan semua orang. Kalau waktu malam lagi cantik permandangannya.
Terdapat 7 tarikan utama yang mesti dikunjungi, antaranya
Port Discovery
Melawat pusat sains yang mengawal cuaca. antaranya Storm Rider dan Aquatopia. best sangat naik storm rider, macam betul-betul dalam ribut taufan. sila bawa baju spare kalau nak naik aquatopia, mesti kena air punya.
American Waterfront
Merasai keseronokan bandar besar, perkampungan new england dan ala-ala memancing di pelabuhan.
Paling seronok bila masuk Tower of Terror. Keadaan dia dalam lift sambil duduk atas kerusi. Lift tu akan naik hempas ke bawah, naik dan naik lagi turun ke bawah dan the last one naik sampai atas dan korang akan nampak permandangan disneysea yang awesome dari tingkap besar yang pecah dan terus lift akan turun ke bawah macam menghempas. Masa tu rasa nak terkeluar isi perut. hihihihihi. Berbaloi kami beratur hampir sejam. Disini juga ada Toy Story Mania dan Turtle Talk cuma tak sempat masuk. Ya ampun, punya ramai orang gigih beratur. Kalau kami nak pun, 2 jam pun belum tentu dapat masuk dalam. orang kat sini memang gigih beratur panjang untuk main setiap ride yang ada.
Lost River Delta
Ala-ala runtuhan tamadun purba amerika yang terletak di dalam hujan terpencil. ada roller coaster berpusing 360 dengan mengembara ala-ala dalam gunung berapi gitu. Hangat bak kata depa yang naik. Saya tak naik sebab dok jaga bag kat bawah, ke takut sebenarnya. hihihihi... Indiana Jones Adventure: Temple of the Cystal Skull dan Raging Spirits saya berani naik.
Arabian Coast
tema dia ala-ala filem Aladdin gitu. Ada Sinbads Storybook Voyage, Jasmine's Flying Carpets, Caravan Carousel dan The Magic Lamp Theater. Teater dia macam 4D gitu, ada adegan sepak... tempat duduk kami pun terasa disepak bila mereka berlakon dipentas. Sementara tunggu teater ni mula, kami sempat makan aiskrim yang comel berbentuk mickey mouse.
Mermaid Lagoon
bertema ikan duyung yang dalam cerita kartun tu. Ada pengembaraan fantasi dalam air gitu. Seronok juga la, kalau korang pernah gi petrosains... cara gitu la fantasinya. kat sini ada Flounder's Flying FIsh Coaster, Scuttle's Scoosters, Mermaid Lagoon Theater, Jumpin Jellyfish, Blowfish Balloon Race, Whirlpool dan Ariel's Playground.
Mysterious Islands
Penerokaan ke dalam air dan bumi oleh Kapten Nemo. Ada ride untuk Journey to the center of the Earth dan 20,000 Leagues Under the Sea.
Mediterranean Harbour
Merasai dan menikmati suasana bahagian Eropah Selatan dengan menaiki gondola seperti Venetian Gondolas. Jangan lupa ke Fortress Explorations dan The Leonardo Challenge.
Jom layan gambar yang sempat saya ambil untuk kenangan sepanjang saya berada disini....
Setiap ride yang kami masuk menggunakan fastpass. tak sanggup rasanya nak beratur hampir 1-2 jam di setiap ride. Rugi masa nanti, jadinya kena pantas ambil fastpass.
Masa di Port Discovery terserempak dengan satu keluarga dari pakistan yang menetap di Jepun. Salam dihulur tapi sekadar menjawab salam saja. Terjumpa sekali lagi di Towel of Terror, berborak panjang kami. Macam-macam diborak sampai naik sentap kami dibuatnya. hahahahaha... ada ke patut dia cakap kami naughty sebab bercuti tanpa ditemani keluarga. sabar je la kan... dan siap kami banyak duit sebab bercuti ke sini., yolah sangat. Kami bercuti ala bagpacker je, kalau melalui agensi memang tak mampu lagi la nak sampai sini. dushhhh!!!!
selain minum air mineral dalam kadar yang banyak sempat makan aiskrim dan mangga sejuk beku yang sedap. tak lupa mencuba shave ais ala-ala ais kepal kat tempat kita. Makan tengahari kami roti gardenia berlaukkan sardin saja. Nak makan dekat sini agak was-was juga. Jadinya bawa bekal la kami...
Lepas dah puas berjalan dari pagi sampai ke petang, kami cuci mata dan membeli cenderahati pula. banyak juga la kedai yang disinggah untuk mencari sesuatu untuk tanda kenangan ke disini. Sempat saya membeli 5 helai t-shirt dan magnetic. Sebelah malam kami tengok grand opening untuk toy story mania dan diakhiri dengan percikkan bunga api. Betul-betul punya penat..... balik heret kaki.
1 comment:
As salam. Macam mana nak dapatkan fast pass?
Post a Comment