Thursday, October 25, 2012

Pulau Langkawi Day 1 ~ Pekan Kuah dan Pantai Cenang




Assalamualaikum,

akhir bulan lepas saya berkesempatan bercuti ke Pulau Langkawi. Memang plan naik flight saja, lagi mudah, cepat dan berbaloi jika hendak dibanding dengan pengangkutan yang lain.

Lagi pun pengalaman pertama kawan saya dan adiknya menaiki kapal terbang, semestinya teruja bagi mereka ditambah rasa cuak. hihihihih... Flight kami petang, sampai Pulau Langkawi pukul 5.30 ptg.






Sempat lagi bergambar sebab trip sebelum ni tak berkesempatan nak bergambar dekat kapal terbang sebab orang paling akhir naik flight masa tu. Bukan kami je, ramai juga yang ambil peluang bergambar untuk kenangan. dan juga bukan takat luar kapal, dekat dalam pun ramai yang ambil gambar. Bukan selalu naik flight kan, tu pasal beria bergambar. 

Cuma yang tak bestnya, sampai je Langkawi, kapal terbang pun belum landing lagi, tengkuk saya ni kena gatal-gatal. tak tau kenapa, tetiba je. Sampai balik masih gatal-gatal. Stress saya, jenuh pula nak hilangkan kesan dia.  sob sob...

Sebelum bergerak, telefon dulu agensi yang uruskan percutian kami. Sampai je terus telefon orang yang ambil kami di airport. Terkejut kami masa tu, orang tu jemput naik merc. yolah kan, kami ni mana la mampu pakai merc, takat tengok orang pandu boleh ler. pakcik tu terus bawa kami ke Jeti, untuk buat full payment, ambil kunci bilik dan kereta. Asalnya kami minta kereta persona  tapi dorang upgrade kepada swift. kata pakcik tu kereta import dekat sana murah, sebab itu dorang lagi prefer beli kereta import. Sepanjang perjalanan ke Jeti, banyak yang kami borakkan. ramah mesra betul pakcik ni...

Dah selesai semua urusan terus bergerak cari petrol stesen. Start enjin kereta lampu minyak dah lip lap lip lap. Berpandukan peta yang disediakan didalam kereta, kami main redah cari. Kang tak pasal tersadai tepi jalan sebab minyak kereta takde. tangki minyak pun dah penuh, terus kami bergerak ke Pekan Kuah. Nasib baik sempat solat asar masa di lcct, jadinya takde la terkejar-kejar nak solat. Kami window shopping dulu dekat sini. Survey dulu barang-barang yang hendak dibeli. memang dah plan, last day baru kami shopping sakan konon. hihihihi... Satu kedai ke satu kedai kami masuk, siap ada pasar malam rasanya. Tapi dorang baru nak setup barang-barang. Kami memang tak larat nak menunggu. Gambar pun lupa nak ambil. Pic bawah ni hasil google saje.






Lepas maghrib terus bergerak di tempat penginapan kami di Pantai Chenang. Nasib baik ada papago, sampai kami ke motel takpe sesat. Setengah jam juga menunggu receptionist ni buka balik kaunter sebab solat maghrib. ingatkan dorang dah balik, cuak juga la kami masa tu. Terus call agen bagi tau kami nak check in motel. Dalam pukul 8 lebih baru dapat kunci bilik. Asalnya kami tempah Tanjung Malie Motel tapi dorang tukar CD Motel. 

Bilik comel ni muat 1 katil bersaiz kings dan single. Biliknya adalah so so je. Boleh la nak tidur tapi takde la selesa sangat sebab miang kot cadar katil saya tu. Nasib baik bawa extra kain batik buat lapik. Nasib baik la masa banyak dihabiskan diluar. yang bestnya ada free wifi, berbaloi juga bawa laptop.. tu yang sempat edit gambar percutian sebelum ni. Jadinya tiada gambar bilik untuk dikongsi disini.

Lepas mandi dan solat, kami terus keluar cari makan. sebelum tu sempat tanyak makcik dekat kaunter receptionist dekat mana tempat makan yang best. Dia cakap dekat lubuk buaya. Dalam 10 minit jalan kaki. jadinya kami decide untuk jalan kaki saja dari bawak kereta. Malangnya boleh tahan jauh juga nak menapak, macam dah tak larat nak heret kaki. Sudahnya kami patah balik dan makan dekat kedai area motel saja. Kedai ni kecik ke, dekat dengan McD. Penuh juga orang makan dekat situ, mungkin pilihan tak banyak atau memasing masih tercari-cari tempat makan yang best. nama kedai memang tak ingat sebab makanan dia so so juga. 1 lg memang decide nak makan local food, takkan datang jauh-jauh ke sini nak makan McD kan. lepas kenyang perut, balik bilik rehatkan badan untuk aktiviti esoknya. aktiviti malam tu tengok tv, ada yang main game. saya pula ambil peluang edit gambar dan berskype. 


Ada 4 entrie langkawi yang bakal menyusul, harapnya cuti raya haji ni rajin la saya nak update entrie baru. Kesibukan di tempat kerja membuat saya letih. Balik kerja ingat nak berehat dan tidur je. 


No comments: