Wednesday, November 23, 2011

Fatin & John


Selamat pagi semua,


Aku nak ucapkan..
Selamat pengantin baru untuk fatin & john...






Kami yang memeriah majlis :p



Sempat lagi bergambar dengan x-HOD



Cantik... simple takde la serabut. Like banyak2!!!!




Ini je sempat nk tulis, terajin turun bawah buat sarapan. Lepas ni nak bersiap gi keje plak.

Tuesday, November 15, 2011

faces of sarah






** Makin cerdik, panjang akal...
** Dah mula berjalan berapa tapak sebelum terduduk
** Pantang hulur bayi lain, sure dia cepuk.


Monday, November 14, 2011

Bayi Kembar


Bayi kembar...
yup, sepupu aku dapat anak kembar awal bulan hari tu.
But si kembar sekarang masuk hospital balik, lahir tak cukup bulan lepas tu kena demam kuning.

Hopefully korang boleh doakan Camalia Kaisara & Camalia Maisara bertambah sihat dan cepat2 keluar hospital. Ni kali kedua dorang kena tahan hospital.







Buat Ijad & Zira.. tahniah atas kelahiran kembar, Camalia Kaisara & Camalia Maisara.


Friday, November 11, 2011

11.11.11


Tarikh yang cantik!

Hari ni 2 orang teammate nikah... Apa pun tahniah untuk my dear friends Fadli Ezzati & Amir.

Selain dari tarikh ni, 1 lagi tarikh yang cantik... 09.10.11
Dua orang sepupu aku bertunang masa tu. Sorang bertunang ngan orang PJ, sorang lagi ngan orang sg besi.
Bagus... semuanya dekat2. senang nak gi kenduri kawen nnt.


Sepupu belah ayah aku, awan & pasangan, Linda


Sepupu belah mak aku, picnya nan ado... pasangan dia ni entah apa namanya...


Bertunang siap tempah dewan ko... pergh... fengsan la ko along. tu br bertunang... opssss.. terlebih sudah..


Thursday, November 10, 2011

short update



Hish bersawang sana sini...
sibuk la kekonon...
tapi tak tipu :p
Nak gi makan tengahari pun tak sempat... sob sob..




Nanti ada kelapangan tuan tanah update cerita basi dan terkini...
Bye, jumpa lagi.

Assalamualaikum semua.


Thursday, October 27, 2011

Kita belajar...



Dari titisan airmata kita belajar MENGERTI
Dari rasa khuatir kita belajar PERCAYA
Dari rasa kehilangan kita belajar MENGHARGAI
Dari rasa bersalah kita belajar MEMAAFKAN
Dari rasa kesilapan kita belajar erti KEIKHLASAN
Dari sebuah harapan kita belajar BERJUANG
Dari sebuah perjuangan kita belajar BERKORBAN
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN…


Sumber FB: diarihati



Friday, October 21, 2011

Bagaimana Menyayangi Seseorang Hingga Hujung Usia



1.Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu hubungan berdasarkan perasaan, ia hanya akan gagal karena perasaan senantiasa berubah dari masa ke kemasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sebenarnya seorang yang istimewa dan biarkan dianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia karena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya karena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sekali kali mencoba untuk mempermainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan membuat alasan supaya dia menerima cinta anda karena kelak, yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia karena dia telah cukup sempurna semenjak anda mulai terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Senantiasa berbaik sangka padanya, jika kita juga menginginkan begitu darinya . Pastikan anda akan senantiasa memperlakukan diri anda pada tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apalagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya karena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, niscaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa alasan. Dia bukan hanya akan menangis kecewa dan kemudian meneruskan hidupnya seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, mendapatkan hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya hingga akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah karena dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha dengan segala upaya untuk memenangkan cintanya, maka dengan itu haruslah anda juga berusaha untuk terus mencintai dirinya apapun keadaannya


Sumber: FB - Pakar diari hati


Farewell Dinner ~ trainee


Farewell dinner untuk adik2 praktikal di Burger Kings, kami2 je.
Malas nak type... tgk gambar je lar yer... rindu sama adik2 ini.












Thursday, October 13, 2011

aku ingin mencintaiMU by edcoustic






Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuat-MU kecewa
Entah mungkin karna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan
Berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghamba pada-MU
Betapa tak ada apa-apanya
Aku dihadapan-MU

Aku ingin mencintai-MU
Setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekati-MU
Selamanya
Sehina apapun diriku
Ku berharap
Untuk bertemu dengan-MU
Ya Rabbi……




sumber : http://lirik.biz/2011/06/lirik-aku-ingin-mencintaimu-edcoustic/


Memperbaiki apa yang kurang...



✿ Kita hebat, kalau buat kerja betul-betul kerana ALLAH.
✿ Kita hebat, kalau buat kerja tanpa mengeluh.
✿ Kita hebat, kalau sentiasa mampu berlapang dada.
✿ Kita hebat, kalau tiada prasangka buruk.
✿ Kita hebat, kalau tak de sekelumit pun perasaan riak & bangga dengan gerak kerja kita.
✿ Kita hebat, kalau kita masih mampu menghulurkan tangan membantu disaat kita sendiri perlukan bantuan.



sumber: FB

Wednesday, October 12, 2011

wordless wednesday ~ hadiah hari lahir









si dedek yang makin kerek.. lagi2 dapat hadiah hari lahir...

Tuesday, October 11, 2011

Farewell Lunch ~ trainee



Jarang nak update blog sekarang ni sebab pemalas. So sekarang ni tengah rajinkan diri untuk update. Antara cerita basi....

Farewell lunch untuk adik2 praktikal di Kenny Roger, IOI pada 08/09/11.



mereka yang dirai... Zaid, Anas dan Zaki.


mereka yang memeriahkan keadaan...


menu of the day.... standard :p

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Ampun dan maaf dipinta andainya
terkasar bahasa
tersilap bicara
termarah yang tak kena
tertanya tak tentu hala
tersasul yang tidak sengaja


May the blessings of Allah
fill your life with happiness

And open all the doors of success
Now and always.


Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua....



Thursday, August 25, 2011

Vlog ~ AmanWan yang kelakar


Balik-balik cerita pasal makan dengan stress tapi kali ni nak kongsi benda lain pula.

Tergelak sorang2 depan laptop tengok vlog dia ni... banyak lawak lor. Jadinya kalau boring tu pi la singgah kat sini AmanWan.

Tak kering gusi punya korangg gelak nanti..












Nanti malam aku upload lagi satu vlog yang cool.... klu rajin la.

Asfan - Terhenti Disini





Monday, August 22, 2011

Ramadhan Ke-18



Ramadhan ke-18, kali pertama berbuka dekat luar dengan rakan sekerja dan adik2 praktikal.

Secret Recepi vs Ayam Penyet.
Setelah mengundi pemenangnya adalah Secret Recepi thumbs up Macam takde tempat lain dah aku ni... heheheheh...

Antara menu pilihan hari tu yang difikir 24 kali. Alih-alih ambil menu yang dah biasa makan, tak mencabar betulkan.


Pencuci mulut dipilih,
Oreo Cheese, Chocolate Cheese dan White Chocolate Macadamia.




Antara santapan yang menjadi pilihan kami;
Gambar banyak blur sebab pakai HP je. Maklum la HP dah tua worried


Anas order Spaghetti meatball


Mozzarella baked fish pilihan Zaid. Apasal pelik je aku tengok makanan tu bila sampai kat meja.


Pilihan Ros, Chicken Cordon Bleu


Dibah, Zaki dan aku ambil Grilled bllack pepper chicken. Side dish aku ambil kentang, depa ambil nasi.


Wawa pula order Pan grilled dory.




Subuh esoknya ulang alik gi bilik termenung. Maklum la, perut ni bukan boleh sangat makan kat luar time2 puasa ni.
hish... hish... sensitif benar thumbs down


Merajuk?



Salam Ramadhan semua,

Saja nak kongsi, minggu ke-2 puasa boleh merajuk dengan mak. hahahahahah.... sabar je la kan. Dah tua-tua pun nak merajuk bagai rolling on the floor

Jadinya nak memujuk anaknya yang sorang ni, kena la masak sedap-sedapkan. senyum sampai telinga, walaupun bukan makan sangat. Iya, biasanya aku makan nasi masa sahur je. Masa berbuka hanya minum dan makan yang ringan-ringan je. Kekadang minum je, macam malas nak makan.... boleh?




Ni juadah berbuka orang kuat sentap, Ramadhan ke-9;

yum yum... cuci mata dulu yar... lama lagi nak berbuka ni drooling
Lauk import dari mak... Mentarang masak kicap, asam pedas daging, kuih onde2 dengan kuih tako.



Tengok adik lelaki aku sorang rajin menolong. Tahu2 je kakak dia ni kelam kabut nak buat sensorang. Kalau aku tak sempat, dia buat air dan tolong hidangkan lauk semua.



Lauk import dari ayah made in param pula... gulai kawah daging, tomyam campur, masak lemak pucuk manis, sambal ikan keli, bubur lambuk, kuih agar2 dan laksa.




Jom tengok juadah Ramadhan ke-10;

Macam biasa lauk import ayah dari param... masak lemak siput, asam pedas daging tetel, masak lemak putih pucuk manis sekali lagi, kuih muih, roti john dengan nasi ayam berempah.



Mak pula buatkan masak lemak ketam dan sayur kailan ikan masin. Pastu hangatkan lauk semalam yang tak berhabis.










Ops maaf yer, jangan ada yang terliur pagi-pagi ni sudah la. Selamat berpuasa! Jangan puasa yang yok, pagi-pagi buka periuk.