Showing posts with label makan2. Show all posts
Showing posts with label makan2. Show all posts

Wednesday, November 28, 2012

Masak & Makan Time ~ Makan Petang


jemput tengok, jemput makan....

kena rajin memasak kalau duduk rumah, boleh menambahkan lemak dalam badan. lepas tu pekena kopi 0 panas pula. hahahah.... macam mana la nak diet kalau asyik masak dan makan je. 



Tuesday, November 27, 2012

Masak & Makan Time ~ Sarapan Pagi Hujung Minggu..



Sarapan pagi versi kanak-kanak, tak pedas pun. maklum la, since ada budak kecil... masak pun tak boleh pedas sangat. saya pun pula, kalau makan tak pedas tak puas...

meh jamu mata.....



 nasi goreng, bihun goreng, cempedak goreng & kari ikan tenggiri....



Monday, November 26, 2012

Makan Time ~ Bubba Gump Shrimp Co


Salam buat semua,

macam mana dengan mood kerja hari ni? ke laut atau masih masih dibuai perasan. Hihihih.. maklum la hari isnin kan. disebab itu saya mulakan minggu ini dengan entrie yang ringan-ringan.

biasa la yar, apa lagi nak diceritakan selain makan.... makan dan makan. last 2 week saya ke Citta Mall semata-mata nak pi makan di Bubba Gump Shrimp Co. dekat sunway pun ada tapi sekali sekala moh la kita gi jauh sikit.


antara menu yang ada, pilih saja ikut kemahuan tekak memasing. not only udang je yang ada... ikan, ayam, daging pun ado. so sesiapa alah pada seafood dun worry.

suasana di dalam restoran....

dimulai dengan appetizers, dynamite shrimp sedap itu dan alabama hot wings. Saya order blueberry smoothie, dorang mango sparkler

lepas tu memasing order mama's southern fried chicken, crazy cajun chicken dan spaghetti with meat source. dah plan awal2 nak makan sweet hone bbq burger tapi bila dah sampai sini, mulut gedik order southern fried chicken. kan dah overload..... lagi pun kurang sedap loh...

total keseluruhan RM190+/- untuk 3 orang. 


Friday, November 23, 2012

Makan Time ~ Restoran Bawang Merah & Malee



Balik daripada Penang, dah terhidang makan yang enak-enak. Ayah awal-awal lagi dah call kite orang tanya pasal makan. Tu sampai rumah je semua dah tersedia. Telur dadar yang awesome ayah masak, yang lain beli kedai. Jadi la kan, apa nak complaint.

teringat-ingat pula bila tengok gambar ni balik...  sedap makan dengan nasi panas.


sup tulang yang sedap itu. saya memang suka kalau sup ni... hirup hirup kuah dia...

Siakap steam dengan halia dan Asam Pedas Ikan Merah yang sedap itu..

Sambal Udang dengan Petai dan Sotong 3 rasa. yang ni biasa-biasa je, takde la sampai termimpi-mimpi nak makan lagi. hahahahah

Telur dadar, kangkung goreng belacan dan budu


Lauk pauk beli dekat Restoran Asam Pedas di Mutiara Indah. Restoran ni siap ada buat delivery tau. Agak2 malas nak masak, kami call je minta dia hantar lauk. Korang ingat Pizza Hut ngan Domino je ada buat delivery gaya gitu. hahahahaha

Lauk pauk yang lain beli dekat Kedai Malee.

Lapar pula perut ni, tengahari tadi makan keropok lekor dengan kuih je. Teringin nak makan sushi la pula. Ingat dulu, x-ofismate saya suka sangat makan sushi. tu yang terjebak sama. Hari jumaat je gi sushi king, ioi mall. semua tinggal kenangan je sekarang ni.


Wednesday, November 21, 2012

Makan Time ~ Murni, Bukit Jalil


Menu di hari kejadian... berasaskan mee.....
Mee Raja, Maggi Goreng Special dengan Bihun Goreng Siam...
Meh jemput tengok....




wordless wednesday ~ cendol + rojak



Kan sangat awesome bila cendol bertemu rojak. yum.. yum.... pi makan dekat seri petaling, gerai tepi jalan. cer cari.... di jamin sedap.




Wednesday, November 7, 2012

makan time ~ Subway, Endah Parade




diet la konon, moh la kita ke Subway.
pilihan roti yang pelbagai, sayuran yang segar dan tidak lupa sos yang digemari. sedap sedap.. Subway 6-inch Sandwich hanya RM 7.50, menu promotion dari hari isnin hingga ahad;


Isnin – Italian B.M.T
Selasa – Tuna
Rabu – Meatball Marinara
Khamis – Roasted Chicken
Jumaat – Chicken Slice
Sabtu – Seafood & Crab
Ahad – Chicken Teriyaki

Saya lagi prefer promo hari isnin dan jumaat, berbaloi.


Tuesday, November 6, 2012

Makan Time - Mango Chili, Giant Kinrara



Setiap bulan 2-3 kali kami mesti ke tempat ni untuk makan tengahari. Ada je orang mengidam nak makan tom yam. nasib baik sedap, berbaloi juga makan dekat sini.

Kedai ni di tingkat atas antara pintu masuk giant dan maybank, depan guardian.

Setiap kali ke sini saya akan order bihun or kueh teow tom yam (RM8.90++). manakala yang lain makan combo set nasi, mango salad, thai grilled or deep fried chicken + tom yam udang (RM9.90 + 3.90++).



 ala carte noodles tom yam and combo set ayam dengan mango salad, tom yam kena add on. boleh pilih nak ayam atau udang. 


Kali ni saya order bihun, tomyam ayam. tomyam dia masak letak santan sikit rasanya, sedap.


sangat mengeyangkan sebab portion memang besar. lepas tu dorang memang tak kedekut letak isi ayam sampai tak terhabis dimakan.


Monday, November 5, 2012

makan time ~ sarapan pagi


Assalamualaikum & selamat pagi,
Jemput sarapan dulu. jamu mata pun jadi la kan...


Nasi lemak made in kedai, nasi goreng dan rendang kerang dengan pucuk ubi masak sendiri



Thursday, November 1, 2012

makan time - McD 3 hari berturut-turut




3 hari berturut-turut makan McD. dari rabu sampai la raya kurban aritu. tapi duit semua bukan keluar dari poket saya, orang yang belanja. tugas saya cuma makan sampai kenyang saja. ahakkkksss....

saya sebenarnya memang teringin nak makan burger samurai ni. tapi review yang saya dapat dari kawan-kawan yang tak makan lagi burger ni.. dorang cakap tak sedap, boleh gitu??? kebetulan ada terbaca blog kak chik @ella terus rasa nak cuba. Masa saya nak order pun sempat lagi kawan saya cakap tak sedap. pada hal bukan dia pernah cuba pun. sabar je la... tapi tetap juga keraskan hati untuk mencuba.... peduli la kan walaupun orang yang belanja. hihihihi

sesungguhnya sedap sebenarnya burger samurai ni. daging lembut dan sos teriyaki pun sedap, puas saya makan. tukang belanja makan double mc chicken dengan bubur ayam. rasa nak repeat makan burger ni la tapi ada lagi ker promo dia???

Esok nya pula saya balik kerja tengok atas meja, ada kotak mcD juga. Asyik makan tomyam je, ayah beli mcD pula untuk makan malam. Saya ambil seketul ayam je, malas nak makan banyak bila malam. sapa nak makan burger dengan ayam goreng yang sedap gi la singgah McD Puchong Gateway, recommended. 

pastu tengahari raya korban adik dok tanya nak McD ke tak. saya cakap, masuk hari ni dah 3 hari aku makan McD. beli la yang lain... memandang tak kuasa dia nak keluar jauh-jauh, dibelinya juga. tapi macam biasa la, tetap juga saya makan kan. takkan nak tolak rezeki depan mata idok. ayam goreng spicy seketul dan burger chicken mc duluxe separuh masuk perut....

semalam kawan ajak gi makan McD, laju je saya geleng kepala cakap tak nak. nasib baik yang lain-lain pun takmo makan. Kami pi kfc je, sian kawan tu... sebab dia tak suka kfc kan. makan la dengan terpaksa. ahakkksss. 4 lawan 1 kan, terpaksa la dia mengalah. dia pujuk ajak makan subway tapi tengok promo semalam macam tak best, jadi alasan gi kfc. hihihihi



yum yum, burger samurai yang sedap...


ayam goreng original, biasa ambil spicy je. lagi sedap dari kfc. rempah dia secukup rasa...


ayam goreng spicy yang jadi pujaan saya. ahahahaha... over pempuan ni. tapi serius sedap dari ayam spicy kfc yang takde rasa pedas pun.



banyak betul gambar makan-makan dalam folder laptop, belum berkesempatan nak kongsi dekat sini. especially masa puasa hari tu. ambil gambar beria tapi update kat blog nan ado.


Thursday, October 18, 2012

Makan Time - KFC Double Down


so yummy... dok teringin makan, isnin lepas baru ada kelapangan untuk mencuba. siapa yang minat zinger burger patut mencuba menu terbaru daripada kfc ni. takkan mengecewakan korang. buat-buat la percaya. hihihihi...

tengah diet nasi tapi makanan yang lain tetap saya makan. Camno la nak turun berat badan... huhuhuh... takpe la, tak boleh juga terlalu drastik untuk diet.. kang terkejut perut ni. hihihihihi..


sedap sedap... more cheese pls...



Wednesday, October 10, 2012

wordless wednesday ~ Pasembor, Cendol & Laksa Langkawi





Pasembor sedap kasi thumb up tapi cendol tak sedap, dia letak susu dan laksa so so je depa cakap. 
Semua di Pantai Airport, Langkawi


Monday, October 8, 2012

makan time - old klang road vs secret recepi


makan-makan di old klang kopitiam, kinrara untuk sambut birthday LH & Dhilla. Saya order curry nyonya, not bad rasanya, sedap.




last week celebrate untuk Hani pula dekat SR, Kinrara. Lama tak celebrate kat SR since office dah pindah TPM. Kali ni saya order black pepper chicken grilled. Tak sedap, tak suka sebab bila sampai hidangan tu sejuk. macam dah lama masak, kentang goreng pun sejuk dan lembek. nyesal order, officemate suruh tukar tapi macam malas... nanti kena menunggu lagi. dah le orang paling last dapat makanan. sob sob...