Thursday, October 4, 2012

Tokyo Day 2 ~ Odaiba, Asakusa, Kawasaki & Harajuku




Aktiviti hari kedua kami sangat padat  whew!dari pagi sampai la ke malam. tapi bila fikir balik, entah bila lagi nak sampai sini lagi kan. Jadinya kena la gigihkan diri. Tak best pula datang jauh-jauh tapi memerap dalam bilik je kan...


hujan membasahi bumi ueno, dari sini boleh nampak sky tree tapi kabus tebal pula pagi-pagi


Obaiba
Kami bangun seawal pagi ke Odaiba. Yup pusat perniagaan dan perlancangon pun tak buka lagi masa kami sampai T_____T Kalau agenda tidak penuh hari tu, pasti dapat sehari suntuk cuci mata disini. Banyak tempat boleh dilawati antara larat dan tak saja nak heret kaki.whew!

Odaiba merupakan pulau tiruan yang terletak di Tokyo Bay. Ianya terbahagi kepada 4 bahagian antaranya Fuji TV, Telecom Center,  Pallete Town dan Big Sight area. Kami sempat pusing area Fuji TV sahaja antaranya,

Decks Tokyo Beach, Aquacity, Rainbow Bridge & Fuji TV Building
Memandangkan kami sampai awal, satu kedai pun tak buka lagi. Orang pun boleh kira dengan jari. Just menikmati udara segar dan sejuk dek hujan renyai-renyai. Bergambar dalam hujan pun jadi la kan dari takde.... Asalkan kami nak ke Odaiba menaiki Himiko ~ water bus dari Asakusa tapi tak jadi dek hujan. Tambang Himiko 1220 Yen dan 1520 Yen. Pilih la nak mana satu.... pilihan di tangan anda whistling


bergambar dan ambik gambar sampai muntah sebab takde satu pun tempat buka lagi masa kami sampai. gila awal weh, dinasihatkan kalau nak pergi area sini biar lah sampai 9 pagi keatas. Dari decks bolah nampak Rainbow Bridge, Statue of Liberty pun ada, AquaCity Odaiba, Fuji TV Building dan Nikko Hotel.



berlatarbelakang Rainbow Bridge & Statue of Liberty



Lepas puas pusing decks kami ke Fuji TV Building mana lah tau terjumpa Asahi kat sini. Yes!!!!! jumpa tapi gambar je la. Ok la tu dari takde kan... Tiket masuk 500 Yen. Ianya merupakan stesen TV swasta macam TV3. Anda boleh melihat beberapa pameran program popular, beli goodies yang comel  dan melihat di bahagian sfera sambil menikmati keindahan alam.





bergambar dengan maskot Fuji TV dan antara pameran didalamnya


pemandangan dari tingkat atas...... cantik!!! Boleh nampak Tokyo Tower dan Rainbow Bridge.


Sensoji Temple, Asakusa
Lepas tu kami ke Sensoji Temple, Asakusa. Sesiapa bercuti ke Tokyo wajib singgah tempat ni. Banyak souvenir dijual disini. Ada t-shirt, kimono, makanan, keychain dsb dengan harga sangat berpatutan. Kemudian kami terus bergerak ke Harajuku untuk membeli tiket DisneySea, 6000 Yen. Kalau korang beli terus dari sana harganya dalam 6200 Yen. Kiranya jimat dalam 8 ringgit dan takde la nak beratur beli tiket kat sana.


padat dengan orang dengan cuaca yang panas, pergh peluh menitik-nitik


Museum Fujiku, Kawasaki
Dari Harajuku kami terus bergerak ke Museum Fujiku di Kawasaki. Muzium ni didirikan untuk mengingati pelukis komik manga yang mencipta Doraemon dsb. Muzium ni lebih kepada penceritaan pelukis manga, Hiroshi Fujimoto dengan nama pena Fujiko·F·Fujio. Jadinya jangan ingat ada banyak kartun animasi dekat sini yar. Boleh singgah disini http://fujiko-museum.com untuk maklumat dan tiket masuk 1000 Yen.



dari pekan Kawasaki rayanya. keluar mrt dah boleh nampak bus ke Museum Fujiku, tak sesat punya

shuttle bus yang comel. kalau kami teruja apatah lagi kanak-kanak 


teruja nak bergambar disini...


Daiso, Harajuku
Terletak di tengah-tengah Takeshita Street, jalan paling sibuk di Harajaku. Merupakan salah satu Daiso terbesar. satu kemestian untuk melawat apabila di Harajuku dan melihat barang-barang yang menarik. tau tau, kat sini pun banyak cawangan Daiso tetapi apasalnya singgah sebentar untuk melihat barang-barang menarik yang boleh dibeli untuk dijadikan kenangan. saya memborong felt lebih 30 helai... jenuh pikul bawa balik. ada pula orang tanya apasal aku beli banyak sangat. Siap berborak dalam bahasa jepun, tapi mana le aku faham. huhuhuhu...



Malam yang meriah di takeshita street, tak caya singgah la ke sini



menyusul day 3 dengan gosip disneysea. ewahhhh...

2 comments:

JieJ said...

nak kirim fridge magnet...hehehe.,.

Intan ~ Nur Azlina said...

Jijah,
boleh tp kena tunggu aku gi sana lagi le. entah bila rezeki ada nak ke sana lg :p