Friday, February 25, 2011

Kenduri sebelah lelaki: Ijat & Zira bah.2


Memandang mak pengantin mean adik ayah asal n9, lepas majlis kenduri ada pula Adat Menyembah. Meh aku terang sedikit mengenai adat ni, aku ambil dari SINI.


Adat Menyembah

Bagi melengkapkan adat, upacara yang terakhir adalah upacara menyembah. Dalam upacara ini, pengantin akan bersalam dengan ahli keluarga. Pengantin akan diperkenalkan kepada ahli keluarga dan sanak saudara yang baru, supaya tidak merasa kekok setelah menjadi suami isteri. Upacara ini dimulakan dengan pengantin bersalaman dengan Buapak, diikuti dengan waris saka yang lain.

Perkara yang amat dititikberatkan oleh masyarakat Negeri Sembilan adalah tidak berkahwin sesama suku. Masyarakat yang mengamalkan adat pepatih ditegah daripada mengahwini sesama suku. Mereka yang melanggar pantang ini akan disingkirkan atau dibuang daripada daerah Negeri Sembilan. Oleh kerana terlalu menghormati adat, masyarakat Negeri Sembilan berpegang teguh kepada pantang ini sehingga kini. Mereka percaya jika pantang itu tidak dipegang, maka keluarga atau suku tersebut akan ditimpa bencana.

Perkahwinan adat pepatih tidak seperti perkahwinan biasa. Istimewanya perkahwinan ini adalah kerana dihadiri dan dimeriahkan lagi dengan kedatangan Buapak, Bapak Lembaga, Ketua Adat serta Ketua Kampung.


Dimulai dengan ibu dan bapa dan seterusnya makcik dan pakcik aku termasuk adik ngan adik yang no.2 sebab kami lebih tua dari pengantin...



Minta restu mak ayah supaya kehidupan rumah tangga diberkati dan dirahmati.





Lepas tu mak lang, pak long, mak long, mak aku plak...


Masa ni dah start adegan nangis-nangis, sebab sepupu belah ayah ni kami rapat antara satu sama lain kalau nak diperbandingkan belah lagi satu...


Berjujuran air mata masing-masing, makcik pakcik pesan apa yang patut.... moment yang sgt best sebenarnya.


kena khutbah dgn beloved pak ngah. Siap pesan jangan tinggal solat, jangan tinggal solat... muafakat suami isteri.... panjang jgk pesanan penaja.... heheheheh


Last sekali aku tapi takde gambar masa adat menyembah ni... sebabnya aku tukang ambil gambar dari mula, muka sendiri takdo.. sedih...

Ijat siap cakap, tima kasih sebab banyak tolong... aku gelak je la, cakap no problem..


Malam tu ada buat BBQ utk keluarga tapi kami tak gi. Penat kot tiga hari berturut-turut majlis ni.




Thursday, February 24, 2011

Makan time



sesi jamu mata saje :-p

Menu hujung minggu lepas.... Kami kerajinan memasak sebab tak keluar jejln.

Masak asam ikan parang
Ikan kembung bakar
Ikan cencaru goreng
Sayur goreng sos tiram
dan sambal belacan + sambal kicap


Makan plak ngan nasi panas, memang sodap...










Ahad pagi plak, sarapan roti jala dgn kari daging... kebetulan makcik minta tolong buatkan... tapi malam tu bakar pizza je, aku tak makan pun. busan dah kot tengak pizza...







Kenduri sebelah lelaki: Ijat & Zira bah.1



Sambungan cerita kahwin sepupu aku...

Tengok gambar je lar sebabnya aku memang tak pandai cerita. Memang fail bila nak terjemahkan apa yang ada difikiran kepada penulisan.

Tak macam beberapa blogger aku suka dengan penulisan dorang antaranya Zara, Kak D dan Farhana.

Gambar makanan mmg takde, so aku tak dapat nak terliur org jauh tu plak.heheheheh. Jangan sentap sampai call saya yer :-p








makcik sebelah ayah dapat baju free dr sepupu aku, tu yang sama... apasal kak long tak dapat jat??? lari budget ker? hahahahahha


bobot si Sarah, geram nak picit-picit je pipi dia....


Wednesday, February 23, 2011

Aktiviti bersama keluarga: JJCM ke Wangsa Walk



Balik dari Bukit Tinggi kami terus ke Wangsa Walk. Niatnya untuk cari makan, kekonon klu makan kat BT tu mahal.

Pada masanya yang sama, member adik aku cakap Wangsa Walk ni best. bila sampai... erm.. no komen. hahahahahah

Puas pusing cari tempat makan, akhir sepakat makan dekat Little Wok Kitchen. Ambil set promosi untuk 4 org makan dan tambah 1 set lunch...

Portion makanan dia sangat banyak pada kite orang. Siap tak berabis makan. Tapi time bayor plak yang nak gelak... lepas seratus hinggit juga, pada hal beria2 nak cari yang murah skit dari BT.

Dah tak berapa ingat nama menu hari tu... yang penting kayo dengan udang. Nasib baik pilih tomyam seafood dr udang butter. Sebab hampir semua menu melambak udangnya. aku rasa seekor je buat syarat sbb allergic.

Meh tengok gambar, jangan terliur sudah.
buat org kerja jauh ditempat orang tu... cuci mata je la erk... (keji tak statement sy, jgn marah... hahahahahahahah)











Monday, February 21, 2011

Aktiviti bersama keluarga: Bukit Tinggi, Pahang bah.2



ke Colmar Tropicale di mana senibina bangunannya berkonsepkan ala-ala Perancis. Suhu dekat sini sejuk lebih kurang Cameron Highlands.


















Harga makanan dekat sini boleh tahan mahal. Jadi pepagi sebelum bertolak kite orang buat sandwish tuna sesiap utk makan kat sini. Jimatkan ke kedekut??? hahahahah. Jadi kalau rasa tak berapa nak mampu silalah bawa makanan sendiri.

2-3 jam cukup untuk korang menjelajah tempat sini. Tidak la sebesar mana seperti dalam fikiran aku.

Pukul 2 kami dah gerak balik, jalan-jalan cari makan di Wangsa Walk pula....




Bye, jumpa lagi.....


Aktiviti bersama keluarga: Bukit Tinggi, Pahang bah.1


Cuti Maulidul Rasul hari tu kami ke Bukit Tinggi, Pahang.... bukan klang yer. heheheh. Nak masuk ke Bukit Tinggi Berjaya Hill ni dikena bayaran RM12.00 setiap seorang dewasa manakala kanak-kanak RM8.00.

Sampai sana kami plan ke Japanese Tea House. Boleh ke sana dengan menaiki kereta atau korang boleh menggunakan kemudahan coaster yang disediakan.









Sarah yang sudah kepenatan...




Pesanan penaja dari aku, jangan pakai kasut tinggi kalau nak ke sini. Sebabnya korang kena mendaki bukit dan berjalan mengeliling hutan tersebut.


Friday, February 18, 2011

Sepanjang Majlis Nikah dan Malam Berinai Ijat & Zira



Assalamualaikum & selamat pagi semua...


2 minggu lepas, hari jumaat sepupu aku ni selamat menjadi suami orang. tahniah jat.

Nak dijadikan cerita yang nikahkan sepupu aku ni bapa mentua dia. Boleh plak sepupu ni, kemain goncang tangan bapa mentua dia masa akad nikah... dah tu siap sebut perkataan "tunai" punya la panjang... Bantai tergelak semua orang. heheheheh...

Jadi 2 kali kena akad... nasib baik dia tak gabra masa kali kedua.. sebabnya dah orang dalam surau dok tergelak tengok pengantin yang boleh plak buat lawak.... comel giler masa tu....


Tengah menunggu saat dinikahkan. Mesti ala-ala cuak sepupu aku ni. Sebab otw gi sana siap call adik aku tanya nak buat ape sebelum dan selepas akad nikah.


Selamat menjadi suami isteri... senyum je Zira tu.. cantik :-)


Hantaran kedua belah pihak... Bunga pink putih dari pihak perempuan, yang kuning putih dari pihak lelaki.


Balik dari majlis akad nikah terus balik rumah dulu. Petang tu baru gi rumah mak teh tulang ape yang patut. Tolong settlekan bunga telur untuk bunga pahar. Riuh rendah dibuatnya...

Tapikan ada citer tak best... jenuh tenangkan sepupu aku ni sebab dah emo malam tu... takpe la jat.. janji majlis ko selesai sudah... klu depa tak datang, ko tetap kawen.. jangan emo-emo, adat la tu....

Dah siap semua, terus balik rumah sebab nak bersiap gi rumah pengantin perempuan. Malam berinai besar plak...


ada kena mengena ngan orang melaka.. Tu yang malam berinai besar siap ada bunga api segala...


siap bersilat depan pengantin..


time untuk merenjis pengantin plak...



Dekat pukul 11 mlm jugak gerak balik puchong. Nasib la rumah keluarga zira ni area pantai dalam je... tak le jenuh nak travel bagai.

Esoknya, sabtu pepagi dapat call dari mak teh cakap adik ayah aku yang bongsu kena strok plak. Jenuh la weh... kelam kelibut dibuatnya.

Jadinya adik aku rushing ke rumah mak cik aku untuk uruskan pakcik aku tu. Settlekan cik awang aku tu masuk Hospital Serdang... Sudahnya kami yang lambat gi kenduri belah perempuan...

Abis tu terus bali rumah rehat-rehat dulu. Petang tu gi melawat pakcik aku tu. Bila sampai penuh ward tu ngan saudara kite orang. Mana tak nya, mak jang aku sms cakap pak cik aku tu nak kena operate kepala malam tu. Mau tak senang duduk semuanya.

Dah la ayah pun tak sihat sekarang ni... pening kepala kejap. lebih 2 jam juga la kami semua kat situ.. nasib last minut cakap tak jadi operate malam tu...



Apa pun aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru Ijat & Zira..
Semoga kekal sampai bila-bila. amin...




aku dengan Sarah... penutup entry ni. hehehehehe...





p/s:
tidur lewat tapi bangun awal. sempat juga aku buat entry ni. Jangan mengantuk kat ofis sudah...
Cepat betul masa berlalu, hari ni dah jumaat....
Weekend ni nak buat ape yer????

Thursday, February 17, 2011

buat kerja sampai muntah


Kerja makin melambak... sampai tak lalu nak buat.

Jangan cakap stress atau pun tension.... sampaikan siap muntah segala... punya la banyak workload sekarang.. penat otak jangan cakap lar. Kadang-kadang beku otak dibuatnya, tak boleh nak response cepat.

Lepas sarapan pagi tadi, boleh terbelahak muntah... nasib sempat sampai ofis. Betul-betul letih, kerja tak surut makin bertambah ada lar..

Memandang tengahari tadi tak makan... jadi nya makan malam kena telan. Tak pasal perut masuk angin lagi... lepas tu tekak ni gedix nak muntah lagi... pagi ngan mlm ni aku siap makan panadol lg....

Dah la ada yang menambahkan semak kat kepala. Bukan nak senangkan aku... lagi menambah stress ada lar... Hari ni betul-betul aku tahan sabar sebab dah tak larat...

Sebenar kurang sihat sejak minggu lepas tapi memandang kerja perlu diutamakan... takde la ambil cuti bertapa kat rumah minggu lepas.

Bila difikirkan memang dah overload... isnin hari tu ambik mc je. Duduk berehat kat rumah.. Asalnya memang nak berehat saje siap lunch piza je. Last sekali ayah takmo makan piza tu terpaksa juga la aku rajinkan diri untuk masak. Siap masak laju-laju tau, menunya bihun sup ngan bubur cacar. Gambar non ado sebab aku tak rajin nak snap.

Tapi malam tu ayah beli je lauk sebab dia tau anak dia ni ala-ala tak sihat. hehehehe.... cuma request masakkan kangkung gorang belacan je.... lauk lain kasi masak dekat kedai... senang hidup kan... hahahahahah...

Tapikan aku la org paling last sekali makan sebab kekonon nak jaga Sarah pada hal sibuk chatting... heheheheh...



Sup tulang.... tak tau sedap ke tak sebab tak rasa pun..


Tom Yam campur, sedap tapi pedas sangat....


kangkung goreng belacan... ni sedap sebab aku masak.... hahahahaha.....


Ikan masak tauchu, memang sedap... tak tipu... poyo je kan...





p/s:
Didalam dilema, stay or cari peluang lain...
Kebanyakkan suruh cari peluang lain...
Ingatkan mampu bertahan, rupanya tak... tak sekuat dulu...... erm...



Monday, February 14, 2011

Chinese New Year Lunch and Yee Sang time..


Biasa buat time makan malam tapi hari tu dorang arrage makan tengahari. Ok la dari takde kan... Jadinya kami ke Restoran Nyonya Imperial dekat Bandar Puteri, Puchong.




Menu hari tu 10 jenis, banyak kan??? Memang semua table tak habis makan..... Makanan ala-ala baba nyonya. Kerabu mangga dengan Crispy Seafood Special dia mmg sedap.

Fish Green Curry,
Fried Chicken Special,
Butter Prawn,
Kerabu Mangga,
Crispy Seafood Special,
Chicken Lobak,
Kang Kung Belacan,
Kai Lan Salted Fried,
Taufu Special,
Rojak Buah sebagai pencuci mulut.













Butter Prawn... makan seekor je buat syarat, allergic weh.


Fried Chicken Special pun aku cuit skit je...


Kerabu Mangga ni mmg sedap kena dengan tekak kite org...


Kang Kung Belacan


Crispy Seafood Special, sedap weh..


Taufu Special


Rojak Buah

Pic makanan tu aku google je. Ala-ala malu gitu nak snap gambar sebab makan satu meja ngan bigboss. Jadinya sila control diri tu yar dari snap gambor sana sini. Tapi kan bila dia gi pusing-pusing meja lain baru aku berani ambik a few pic utk kenangan.

Lupa plak, makan-makan ni hari jumaat sebelum CNY haritu.



Petang sebelum balik kite orang makan Yee Sang plak. Seronok masa ni, masing-masing cakap apa yang dihajati dalam karier memasing.



Muka orang happy asyik makan... makan dan makan..... heheheheh