Showing posts with label kenduri aqiqah. Show all posts
Showing posts with label kenduri aqiqah. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Sambut Menantu, Aqiqah & Hari Lahir


Entry basi :p

Assalamualaikum semua,

Adik mak buat kenduri sambut menantu hujung tahun lepas. lepas tu ada makcik yang sorang tu menyelit buat aqiqah dan celebrate hari lahir  juga. Jimat kan, semua buat serentak, orang nak datang pun senang. hihihih..

Lauk kenduri adik beradik mak ngan sepupu dia yang masak. jadinya, sehari sebelum kenduri ramai dah berukun tangga dekat rumah makcik.

Antara gambar yang sempat adiambil, maklum la kekonon pagi tu sibuk sikit buat lauk pengantin ngan jiran tetangga :p 

Dalam pukul 11 pagi buat aqiqah dengan cukur jambul sepupu. Lepas tu baru kenduri sambut menantu pula. Gambar cukur jambul nan ado... kan sudah ku bilang, kesibukkan menyibuk kat dapur... hihihihi




Dah petang tu, bila tetamu dah balik kami sambut birthday makcik dan sepupu dengan ahli keluarga. Petang tu birthday girl takde mood, tu yang muka masam je. Sarah plak yang terlebih excited tengok kek. Semua dok gelak tengok gelagat dia. Tu yang dia pun menyelit sama bila orang potong kek. over tau :p



cupcake angry birds dengan rainbow kek. depa kata sedap, tuan tanah tak lalu nak makan, lalu tengok je :p



Melalak sarah sebab kena pedajal dik pakciknya. Budak ni dah la manja sangat campur penakut. Lagi pakcik dia nak kacau. Nak tau sebab apa yang beria dia dok melalak... cer tengok kat bawah ni....





























kepala kambing je pun :p






kat ofis ni, rajin tak kita :p sorang sorang weh kat sini. pukul 6 kang baru balik, tengok la macam mana. Awal tahun memang banyak keje. letih dibuatnya. Kena pulak tahun belanjawan yang lepas ada announce perubahan struktur pembayaran income tax. jadinya bertambah banyak la keje nak buat, mana lagi  dengan  pengujian sistem. 

Tapi nak buat macam mana kan, dah kerja. ok la, bye... nanti rajin kita jumpa lagi.


Saturday, October 20, 2012

Kenduri Tahlil, Aqiqah dan Sambut Puasa


antara entrie yang tak berkesempatan untuk dikongsi. Orang lain pun sibuk bekerja tapi masih ada ruang untuk kemaskini blog, lain pula saya.
memang banyak nak dikongsi... cuma kena ingat balik dan edit gambar tu ambil masa sikit.

seminggu sebelum puasa kami sekeluarga buat kenduri tahlil, aqiqah wawa dengan sambut puasa.

Pengertian Aqiqah
Pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud:

"Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)


Hukum Aqiqah
Hukum membuat 'kenduri' bagi anak yang baru lahir hukumnya harus dan hukum ibadah aqiqah itu adalah Sunat Muakkad, caranya ialah :

Membuat Aqiqah dengan menyembelih seekor kambing bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan. Jika mampu yang afdalnya bagi kanak-kanak lelaki dua ekor kambing dan sebaiknya disedekahkan daging kambing itu kepada fakir miskin dan lain-lain sesudah dimasak.

1. Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

2. Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

3. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

4. Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

5. Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing.

Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi).

Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan: Bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)


sumber:
JAIS, USIM & AQIQAH


Seawal pagi mak, ayah dan ahli keluarga yang lain ke Semenyih untuk melihat kambing aqiqah untuk disembelih. Ayah tempah 3 ekor kambing, seekor untuk dihantar ke surau, seekor lagi ke masjid dan bakinya untuk kenduri di rumah.

Lepas siap sembelih dan dibersihkan baru bawa balik untuk diagihkan. sengaja saya grayscale gambar kambing, kang ada yang terkejut tengok darah pula.




Moment yang sempat dirakam. Budak bertuah ni sikit pun tak takut tengok kambing aqiqahnya disembelih. 



Sudah selesai semua urusan, atuk ajak sarapan.. pekena teh tarik... Alhamdulillah, bahagian saya dah selesai.. agaknya itu yang difikirkan budak bertuah ni... propa sangat kan.. hihihihi..



Balik rumah, potong dan basuh ayam. Selain kambing, ada ayam kampung untuk dijamu pada tetamu yang hadir.



Seorang lagi budak bertuah, orang sibuk dekat dapur.. dia pun ikut sama sibuk mengacau. makin panjang akal dia sekarang ni. Ada je kerja nak buat.



Senang masak kat luar rumah je. Nasib masih ada lagi tempat masak ni. Sebelum ni kami pernah ada kedai makan  tapi orang lain yang usahakan. 




Alhamdulillah semua selesai seperti dirancang. Lepas kenduri sibuk mengemas pula....Penat penat, tinggal 1 lagi kenduri. korban untuk Sarah pula minggu depan.