Friday, October 5, 2012

Tokyo Day 3 ~ Disneysea



Sangat teruja nak ke Disneysea walhal masing-masing dah besar panjang. hihihihih... ke saya je yang teruja lebih. ada satu je disneysea kat dunia ni, jadinya kalau datang tokyo jangan lupa singgah ke sini. cantik betul senibina tempat ni. tak caya, datang sendiri.. tengok :p

Dari Ueno Station kami exchange train di Tokyo Station dan ambil direct line ke Maihama Station. Seawal pagi kami dah bergerak ke sini. Tiket kami dah beli awal di Cosplay, Harajuku. Jadinya tak perlu la nak beratur panjang beli tiket.

Menunggu hampir 40 minit, lagi 2 orang yang baru sampai ke Tokyo...kiranya first day dorang. Sementara tunggu sempat lagi membelek peta kawasan disneysea. Tak mungkin dapat masuk atau main semua ride yang ada sebab punya la ramai orang dan panas terik kot...

Dari entrance kena naik lagi train disney resort line ke sana dan tiket pergi balik 500 Yen.  Macam air duit keluar bila bercuti kat tokyo ni. sadis disitu :p





Menaiki train yang super comel. kebetulan hari tu ada grand opening untuk Toy Story Mania dan water program - Summer Oasis Splash.Train pun berdekorasi Toy Story. Sambil tu boleh menikmati panorama disneyland & disneysea yang luas mata memandang.





Ambil peluang bergambar di main entrance yang mengujakan semua orang. Kalau waktu malam lagi cantik permandangannya.





Terdapat 7 tarikan utama yang mesti dikunjungi, antaranya

Port Discovery
Melawat pusat sains yang mengawal cuaca. antaranya Storm Rider dan Aquatopia. best sangat naik storm rider, macam betul-betul dalam ribut taufan. sila bawa baju spare kalau nak naik aquatopia, mesti kena air punya.

American Waterfront
Merasai keseronokan bandar besar, perkampungan new england dan ala-ala memancing di pelabuhan.
Paling seronok bila masuk Tower of Terror. Keadaan dia dalam lift sambil duduk atas kerusi. Lift tu akan naik hempas ke bawah, naik dan naik lagi turun ke bawah dan the last one naik sampai atas dan korang akan nampak permandangan disneysea yang awesome dari tingkap besar yang pecah dan terus lift akan turun ke bawah macam menghempas. Masa tu rasa nak terkeluar isi perut. hihihihihi. Berbaloi kami beratur hampir sejam. Disini juga ada  Toy Story Mania dan Turtle Talk cuma tak sempat masuk. Ya ampun, punya ramai orang gigih beratur. Kalau kami nak pun, 2 jam pun belum tentu dapat masuk dalam. orang kat sini memang gigih beratur panjang untuk main setiap ride yang ada.

Lost River Delta
Ala-ala runtuhan tamadun purba amerika yang terletak di dalam  hujan terpencil. ada roller coaster berpusing 360 dengan mengembara ala-ala dalam gunung berapi gitu. Hangat bak kata depa yang naik. Saya tak naik sebab dok jaga bag kat bawah, ke takut sebenarnya. hihihihi...  Indiana Jones Adventure: Temple of the Cystal Skull dan Raging Spirits saya berani naik.

Arabian Coast
tema dia ala-ala filem Aladdin gitu. Ada Sinbads Storybook Voyage, Jasmine's Flying Carpets, Caravan Carousel dan The Magic Lamp Theater. Teater dia macam 4D gitu, ada adegan sepak... tempat duduk kami pun terasa disepak bila mereka berlakon dipentas. Sementara tunggu teater ni mula, kami sempat makan aiskrim yang comel berbentuk mickey mouse.

Mermaid Lagoon
bertema ikan duyung yang dalam cerita kartun tu. Ada pengembaraan fantasi dalam air gitu. Seronok juga la, kalau korang pernah gi petrosains... cara gitu la fantasinya. kat sini ada Flounder's Flying FIsh Coaster, Scuttle's Scoosters, Mermaid Lagoon Theater, Jumpin Jellyfish, Blowfish Balloon Race, Whirlpool dan Ariel's Playground.

Mysterious  Islands
Penerokaan ke dalam air dan bumi oleh Kapten Nemo. Ada ride untuk Journey to the center of the Earth dan 20,000 Leagues Under the Sea.

Mediterranean Harbour
Merasai dan menikmati suasana bahagian Eropah Selatan dengan menaiki gondola seperti Venetian Gondolas. Jangan lupa ke Fortress Explorations dan The Leonardo Challenge.

Jom layan gambar yang sempat saya ambil untuk kenangan sepanjang saya berada disini....



















Setiap ride yang kami masuk menggunakan fastpass. tak sanggup rasanya nak beratur hampir 1-2 jam di setiap ride. Rugi masa nanti, jadinya kena pantas ambil fastpass.

Masa di Port Discovery terserempak dengan satu keluarga dari pakistan yang menetap di Jepun. Salam dihulur tapi sekadar menjawab salam saja. Terjumpa sekali lagi di Towel of Terror, berborak panjang kami. Macam-macam diborak sampai naik sentap kami dibuatnya. hahahahaha... ada ke patut dia cakap kami naughty sebab bercuti tanpa ditemani keluarga. sabar je la kan... dan siap kami banyak duit sebab bercuti ke sini., yolah sangat. Kami bercuti ala bagpacker je, kalau melalui agensi memang tak mampu lagi la nak sampai sini. dushhhh!!!!






selain minum air mineral dalam kadar yang banyak sempat makan aiskrim dan mangga sejuk beku yang sedap. tak lupa mencuba shave ais ala-ala ais kepal kat tempat kita. Makan tengahari kami roti gardenia berlaukkan sardin saja. Nak makan dekat sini agak was-was juga. Jadinya bawa bekal la kami...

Lepas dah puas berjalan dari pagi sampai ke petang, kami cuci mata dan membeli cenderahati pula. banyak juga la kedai yang disinggah untuk mencari sesuatu untuk tanda kenangan ke disini. Sempat saya membeli 5 helai t-shirt dan magnetic. Sebelah malam kami tengok grand opening untuk toy story mania dan diakhiri dengan percikkan bunga api. Betul-betul punya penat..... balik heret kaki.



Thursday, October 4, 2012

Tokyo Day 2 ~ Odaiba, Asakusa, Kawasaki & Harajuku




Aktiviti hari kedua kami sangat padat  whew!dari pagi sampai la ke malam. tapi bila fikir balik, entah bila lagi nak sampai sini lagi kan. Jadinya kena la gigihkan diri. Tak best pula datang jauh-jauh tapi memerap dalam bilik je kan...


hujan membasahi bumi ueno, dari sini boleh nampak sky tree tapi kabus tebal pula pagi-pagi


Obaiba
Kami bangun seawal pagi ke Odaiba. Yup pusat perniagaan dan perlancangon pun tak buka lagi masa kami sampai T_____T Kalau agenda tidak penuh hari tu, pasti dapat sehari suntuk cuci mata disini. Banyak tempat boleh dilawati antara larat dan tak saja nak heret kaki.whew!

Odaiba merupakan pulau tiruan yang terletak di Tokyo Bay. Ianya terbahagi kepada 4 bahagian antaranya Fuji TV, Telecom Center,  Pallete Town dan Big Sight area. Kami sempat pusing area Fuji TV sahaja antaranya,

Decks Tokyo Beach, Aquacity, Rainbow Bridge & Fuji TV Building
Memandangkan kami sampai awal, satu kedai pun tak buka lagi. Orang pun boleh kira dengan jari. Just menikmati udara segar dan sejuk dek hujan renyai-renyai. Bergambar dalam hujan pun jadi la kan dari takde.... Asalkan kami nak ke Odaiba menaiki Himiko ~ water bus dari Asakusa tapi tak jadi dek hujan. Tambang Himiko 1220 Yen dan 1520 Yen. Pilih la nak mana satu.... pilihan di tangan anda whistling


bergambar dan ambik gambar sampai muntah sebab takde satu pun tempat buka lagi masa kami sampai. gila awal weh, dinasihatkan kalau nak pergi area sini biar lah sampai 9 pagi keatas. Dari decks bolah nampak Rainbow Bridge, Statue of Liberty pun ada, AquaCity Odaiba, Fuji TV Building dan Nikko Hotel.



berlatarbelakang Rainbow Bridge & Statue of Liberty



Lepas puas pusing decks kami ke Fuji TV Building mana lah tau terjumpa Asahi kat sini. Yes!!!!! jumpa tapi gambar je la. Ok la tu dari takde kan... Tiket masuk 500 Yen. Ianya merupakan stesen TV swasta macam TV3. Anda boleh melihat beberapa pameran program popular, beli goodies yang comel  dan melihat di bahagian sfera sambil menikmati keindahan alam.





bergambar dengan maskot Fuji TV dan antara pameran didalamnya


pemandangan dari tingkat atas...... cantik!!! Boleh nampak Tokyo Tower dan Rainbow Bridge.


Sensoji Temple, Asakusa
Lepas tu kami ke Sensoji Temple, Asakusa. Sesiapa bercuti ke Tokyo wajib singgah tempat ni. Banyak souvenir dijual disini. Ada t-shirt, kimono, makanan, keychain dsb dengan harga sangat berpatutan. Kemudian kami terus bergerak ke Harajuku untuk membeli tiket DisneySea, 6000 Yen. Kalau korang beli terus dari sana harganya dalam 6200 Yen. Kiranya jimat dalam 8 ringgit dan takde la nak beratur beli tiket kat sana.


padat dengan orang dengan cuaca yang panas, pergh peluh menitik-nitik


Museum Fujiku, Kawasaki
Dari Harajuku kami terus bergerak ke Museum Fujiku di Kawasaki. Muzium ni didirikan untuk mengingati pelukis komik manga yang mencipta Doraemon dsb. Muzium ni lebih kepada penceritaan pelukis manga, Hiroshi Fujimoto dengan nama pena Fujiko·F·Fujio. Jadinya jangan ingat ada banyak kartun animasi dekat sini yar. Boleh singgah disini http://fujiko-museum.com untuk maklumat dan tiket masuk 1000 Yen.



dari pekan Kawasaki rayanya. keluar mrt dah boleh nampak bus ke Museum Fujiku, tak sesat punya

shuttle bus yang comel. kalau kami teruja apatah lagi kanak-kanak 


teruja nak bergambar disini...


Daiso, Harajuku
Terletak di tengah-tengah Takeshita Street, jalan paling sibuk di Harajaku. Merupakan salah satu Daiso terbesar. satu kemestian untuk melawat apabila di Harajuku dan melihat barang-barang yang menarik. tau tau, kat sini pun banyak cawangan Daiso tetapi apasalnya singgah sebentar untuk melihat barang-barang menarik yang boleh dibeli untuk dijadikan kenangan. saya memborong felt lebih 30 helai... jenuh pikul bawa balik. ada pula orang tanya apasal aku beli banyak sangat. Siap berborak dalam bahasa jepun, tapi mana le aku faham. huhuhuhu...



Malam yang meriah di takeshita street, tak caya singgah la ke sini



menyusul day 3 dengan gosip disneysea. ewahhhh...