Assalamualaikum semua,
Selamat Tahun Baru 2013. Apa azam tahun ni?
saya macam orang lain juga, nak perbaiki kekurangan yang ada. Semoga semuanya lebih baik dari tahun sebelumnya, insyaallah. tak lupa azam untuk blog ni agar tak bersawang 5-6 bulan macam tahun lepas.
isnin lepas kami sekeluarga ke PD untuk berehat atau menambahkan penat??? maklum la, 2 hari sebelum tu kami sibuk dengan kenduri sambut menantu. Kekononya lepas kenduri nak merehatkan badan pula. yelah sangat.
Sebenarnya budak 2 orang ni lagi excited sebab dapat main air. nasib baik pak lang rajin nak melayan.
Siap berangan nak naik banana boat lagi. tang ni takde sape kuasa nak layan. tak padan dengan kecik, ada hati nak main aktiviti pantai macam tu. sabar je la, tak reti nak takut ape. daripada kempunan, nenek dia bawak la budak2 tu naik banana boat yang atas tanah, jadi la daripada tak rasa langsung kan.
Sebelum balik saya dok sibuk la ambil gambar keliling sekali budak sorang ni menyelit. Dia memang pantang nampak mak long pegang kamera. mula la sibuk suruh ambil gambar. lepas tu sibuk nak ambil gambar pun iya.
siap cakap lagi, mak long ambil la gambar adik, peace.... peace...
layan je la, kang klu tak layan menangis plak. huhuhuhu... Siap paksa nenek join bergambar lagi...
ok la, sampai sini dulu. nanti menyusul entry basi bln 12 tahun lepas yang tak sempat saya kongsikan kat sini. kebanyakkan pasal makan-makan je.
babai...
No comments:
Post a Comment