Friday, January 25, 2013

Bagang Lalang ~ Restoran Bagang Lalang Seaview


nak meroya kejap boleh? huhuhu... serius saya penat gila sekarang ni. mean setiap tahun pun memang macam ni la kalau masuk bulan satu until april. bulan yang mencabar tahap kesabaran gitu. nak nangis memang tak lalu dah. last 2 day, 12 ++ pagi baru saya balik. esok paginya subuh subuh lagi bos dah tanya update. dok pung pang pung pang ngan bos, almost lapan pagi baru selesai. lepas tu rushing gi client site, wat rescue ranger jup. takde makna sekejap weh, sampai ke petang la kat sana...

ok, back to the topik....

ni bulan lepas punya cerita. kawan dok belanja makan coz dia dapat bonus. so sebagai kawan yang baik hati, tak gitu cik aima???? dia pun belanja la kami makan. mula mula ingat nak gi Jeram but last minute tukar plan ke Bagang Lalang.

Pukul 6 lebih baru gerak dari puchong, sampai je ngam ngam masuk maghrib. solat la kita dulu sebelum makan. If sesiapa yang nak singgah sini, dun worried sebab dorang ada sediakan surau untuk kemudahan pengunjung yang datang. 1st time datang makan dekat sini. dalam fikiran dok fikir, sodap ke tidak makanan kedai ni... sekali, alhamdulillah sedap. sebab pada saya, kalau sotong goreng tepung dia sedap, yang lain memang tak berapa heran sangat. cuba makan udang ni, but not bad. fresh rasanya.

Cuma yang tak best dekat sini, servicenya ya ampun lambat gile. kalau bawak anak kecik tu, baik la tempah sesiap, bagi tau ape korang nak makan semua. tak payah la smpai sana baru nak order segala. confirm menyesal sebab super lambat. tapi tak tau la, kalau hari hari lain servicenya cepat. masa kami gi hari tu memang lambat betul.

dan satu lagi, kalau nak apa apa , terus order kat kaunter. Sebelah kaunter tu depa letak la segala udang, ikan, sotong bla bla bla semua. Kami ada tambah order, sampai ke sudah tak sampai makanan yang kami order kemudian tu. Nasib la kat situ ada jual makanan sampingan macam satay dan otak otak. sementara tunggu makanan sampai, pekena dulu otak otak. masa tu stress kot sebab dah kelaparan tahap gaban, makanan nya tak sampai sampai... tengok meja lain, order naik lemak pun kemain lama makanan tu sampai, sudahnya depa cancel je order. kesian plak tengok sebab bawa budak kan..

antara makanan yang dah selamat masuk perut hari tu;



asalnya kami nak order kerang bakar, tapi takdo plak. yang ada kerang rebus je, nasib baik sedap. wink wink

ketam goreng bercili, boleh tahan juga rasanya...

ni pun sedap, udang masam manis tak salah. curi curi makan satu, maklum la... saya ni allergic dengan seafood. nasib baik tak gatal lidah saya makan udang ni. rasa fresh...

Ikan jenahak 3 rasa... pun boleh tahan rasanya..

last one, sotong goreng tepung yang super sedap bagi tekak saya. Setakat ni, dekat tempat ni yang paling sedap yang pernah saya makan. mula mula sampai, saya ragu ragu tahap kesedapannya. bila dah rasa, rasa nak tambah lagi je.... fresh, lembut... pokoknya memang sedap bila masuk tekak. 

2 comments:

Jin Manik said...

Bila nak belanja i lak.,huhuhu

Intan ~ Nur Azlina said...

esok jom...
saya belanja :p