Thursday, April 3, 2014

Ibadah Umrah - Persediaan & Keperluan


Assalamualaikum.
Apa yang bakal saya coretkan dibawah berdasarkan pengalaman saya semasa menyediakan keperluan untuk buat umrah yang lepas.

Diuji dengan kesibukan kerja, flight yang ditunda 4 kali antara ujian daripadaNya.
Semakin dekat dengan tarikh penerbangan, perasaan saya bercampur baur, takut, risau dan macam-macam lagi. Tip yang dapat saya kongsikan, antaranya:

Tetapkan niat. Ikhlaskan hati untuk buat ibadah umrah kerana Allah SWT. manakala yang lain-lain tu hanya sampingan. Jujur saya cakap niat ni sangat penting jangan ada niat terpesong.
Ada 2-3 kejadian yang berlaku didepan mata saya yang mengingatkan saya terhadap NIAT untuk mengerjakan umrah ni. Biar lah saya simpan untuk dijadikan pengajaran dan dikongsikan dengan orang terdekat.

Belajar bersabar dengan dugaan. Contohnya seperti penerbangan kami ditunda beberapa kali tapi saya pandang disudut hikmah yang lain. Kebetulan sebelum bercuti, saya agak sibuk dengan tugasan di tempat kerja. Bila di tunda tarikh penerbangan, saya gunakan masa dan ruang itu untuk belajar dan membaca mengenai ibadah umrah. Jangan kita mengamuk kerana mungkin ada sesuatu hikmah yang kita tidak nampak dari mata kasar. 
Ada berlaku di mana user/client saya 3 kali penerbangan dia ditunda dan masa tu dia dah sampai di airport. Dari situ saya tahu, lagi besar dugaannya berbanding saya. Sekurang2nya saya diberitahu awal mengenainya mengenai masalah tarikh penerbangan kami.
Kumpulan kami dipecahkan kepada 2 kumpulan, 12 orang menaiki pesawat di KLIA manakala bakinya dalam 50++ perlu menaiki bus dari KL ke Penang kerana flight dorang bertolak dari sana. 

Muhasabah dan perbaiki diri kerana sebagai manusia kita tidak lari dari melakukan kesilapan. 

Carilah ruang untuk menunaikan solat taubat dan solat sunat. Belajar mengenai waktu2 yang dibenarkan untuk melakukan solat sunat.

Banyakkan berzikir, banyak berdoa semoga dipermudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah. Saya pasang ayat-ayat al-quran, doa2 dan zikir semasa bekerja, sekurang-kurangnya hati pun tenang. Satu lagi, semasa memandu saya cuba selitkan terutamanya semasa dalam kesesakan dalam jalan raya. Dan saya masih praktikkan sehingga sekarang. Daripda kita layan stress sebab jam, baik kita selitkan dengan perkara yang baik.

Carilah ruang untuk sembahyang berjemaah di masjid. Kalau hari bekerja, cari ikhtiar solat maghrib dan isyak di masjid. Secara tidak langsung dapat juga kita hadiri majlis ilmu yang dibuat di masjid.Tidak lupa, belajarlah cara mengerjakan solat jenazah. Hampir setiap waktu solat wajib diiringi dengan Solat Jenazah ketika disana. Rebutlah peluang ganjaran begitu besar. Kata mutawif kami yang masih belajar di madinah, ganjarannya bagi orang yang menunaikan solat jenazah adalah sebesar Bukit Uhud.

Paling penting carilah masa dan ruang untuk mempelajari ibadah umrah. Kebiasaan, travel agensi ada membekalkan buku panduan umrah. Sumber di internet pun banyak yang boleh dijadikan sumber rujukan. Buat catatan jika ada kelapangan. 

Jangan di lupa persediaan fizikal. Buatlah senaman atau berjoging terutamanya di hujung minggu. Persediaan ni lebih kepada untuk kita buat tawaf dan saie. Masa disana juga akan banyak berjalan terutamanya ketika hendak ke masjid. Pada siapa berkemampuan boleh menginap di hotel berhampiran masjid, tapi tidak semua orang berkemampuan. Jadinya mungkin lokasi hotel ke masjid agak jauh sedikit.

dan tidak dilupakan, jangan lupa meminta maaf dengan orang disekeliling kita. Mana tahu ada perkataan dan perbuatan yang mungkin mengguris hati antara kita sedar mahupun tidak.

dan ingatlah, hadir kita disana sebagai tetamu Allah SWT. Belajarlah menjaga tingkah laku, jaga kata-kata dan jaga hati. Insya Allah, semoga dipermudahkan semuanya.


Dari segi barang-barang yang perlu dibawa, buatlah persediaan awal untuk menyediakan keperluan yang perlu dibawa untuk 2 minggu. Faham-faham je la, kalau orang perempuan banyak sikit nak dibawa. Sebolehnya buat lah checklist. Kalau tak cukup, boleh je beli kat sana.

1. Pakaian
Telekong 2-3 helai. Biasanya orang tak pakai kain telekong jadi saya gantikan dengan seluar.
Seluar Putih 2 helai
Jubah Hitam 2-3 helai
Jubah Putih sehelai
Baju Labuh 2 helai
Skirt Labuh 2 helai
Pakaian untuk tidur
Tudung/Shawl 3-4 helai
Purdah/Mask sehelai
Baju Singlet ada poket zip 2 helai
Inner Hitam sehelai. Dipakai dengan jubah putih.
Tights/Pakaian Dalam ikut keperluan
Tuala/Kain Batik
Selipar dan Sandal sepasang
Stokin 5 helai
Sarung Tangan 2 helai
Uncang Kasut

2. Ubat-ubatan
Saya memang bawa beberapa ubat-ubatan especially segala ubat ayah. Kebetulan saya bawa lebih dan dapat dikongsikan dengan jemaah yang kurang sihat. antaranya
Panadol
Ubat batuk
Ubat selsema
Ubat Sakit Perut
Ubat Tahan Sakit
Pil Chi Kit Teck Aun
Ubat allergic untuk diri sendiri dengan makcik dan ayah. jadinya sebeban saya bawa.
Minyak panas/balm
Minyak Gamat
Plaster

3. Buku Panduan
Saya bawa 1 bag ala2 bag sekolah dan bawa naik atas flight.
Buku Panduan Umrah. Saya bawa 2 jenis, 1 buku biasa yang travel agensi bagi dan saya 1 jenis yang boleh digantung di leher. senang nak baca masa buat tawaf dan saie.
Buku Panduan Solat Sunat
Buku Doa
Buku Nota dan pen
Buku Yassin da Tahlil
Tafsir Al-Quran

4. Lain-lain
Tally Counter atau tasbih.
Gunting untuk tahallul.
Toiletries 
Alatan Menjahit. Saya siap bawa jarum jahit dengan benang.
Pin Kain. Nasib saya bawa, jadi boleh diguna untuk pin bag sandang yang terkoyak
Beg Plastik (utk baju kotor)
Hanger Baju
Kunci Bag
Botol mineral kosong. Saya bawa lebih untuk isi air zam zam untuk balik dari masjid dan extra air zam zam untuk dibawa pulang. Letak dalam luggage.
Tag nama. Saya buat dan laminate untuk letak di luggage dan bag sandang. Letak nama, travel agency mana, alamat di malaysia dan no tel untuk emergency case.


Ingat ingat lupa, rasanya itu je la yang saya bawa. Diharap dapatlah membantu untuk sesiapa yang ingin membuat persediaan.




No comments: