Assalamualaikum dan salam jumaat buat semua,
seperti sedia maklum, entry peram seterusnya :p
lunch dengan rakan sekantor di sushi kings, southgate. disebabkan saya memang teringin nak makan sushi berteman, jadinya heret dema semua temankan saya makan. walhal, masuk kali ni, 3 minggu berturut-turut makan. well, what to do, sebelum ni takde sapa pun dalam keluarga saya sudi menemankan makan kat sini, asyik kena tapau je makan sorang. mana best kan..... dengan kekejaman yang ada, berjaya juga paksa ofismate dine in kat sini.
Memandangkan pukul 3 ada christmas gathering dekat HQ, terus kitaorang plan late lunch.
lupa sudah
miso soup ke kitsune soba/udon
Ebi Ten Don untuk budak comel :p
irodori gozen.
berbaloi kalau ambil set ni.
sakana black pepper
saya makan yang ni je, huhuhuh... rasanya boleh percaya idok?
kani tama maki
dulu kala, ni la sushi yang kawan saya rekomenkan untuk tekak saya yang tak boleh terima sushi. 1st time cuba terus boleh accept walaupun ada sedikit kembang tekak masa tu... dah lama-lama, mengidam la plak. simple je but kena dengan selera anak tekak ni.
takde maknanya, saya nak makan tu je. order piri piri chicken juga. lepas tu perut sendat sebab terlebih makan. yang tak best kat outlet southgate ni, pilihan ready made sushi tak banyak sangat, kalau nak apa-apa kena order dulu.
piri piri chicken
lepas kenyang, moh la naik lepak kat ofis HQ. borak-borak ngan member dari project lain, yang lama sungguh tak berjumpa since masing-masing dah duduk project based.
mula-mula masuk ofis ni seronok sebab semua project 1 opis, since last year dah berpecah-pecah ikut project based memasing. masa time gathering macam ni je boleh berborak tanya khabar. Bukan tak boleh nak hang out, tapi kesibukan membataskan untuk lepak sesama. tak suka environment macam ni. huhuhu...
No comments:
Post a Comment