Sunday, December 23, 2012

Aktiviti Hujung Minggu ~ Mid Valley, Setia Walk & Bukit Serdang


Salam semua,

Banyak yang nak dikongsi cuma macam biasa la, kudrat tu tak berapa nak ada. hihihi... alasan je lebih, pada hal malas. Nak buat macam mana, saya ni bukan superwoman. tengok orang lain, super duper busy pun masih ada masa nak update blog, tabik spring la.

pukul 11pg gerak gi Mid Valley, meneman orang bershopping. seperti yang dijangka, jam betul nak masuk parking. nasib baik saya membebel suruh gerak awal gi. apa ke nama kedainya, dekat exhibition center. Ingatkan nak paw kasut puma or nike sepasang tapi kesian.. takde saiz la pula.

Dah partner dapat apa yang dihajati, terus turun food court makan. lepas tu cepat2 keluar dari MV tapi jam la pula. 

Lepas tu terus gi Setia Walk, Puchong. Sebabnya nak gi tengok wayang. next entry saya cite, itu pun kalau rajin. hihihihi.... rasa dalam panggung tu, kami je sesat orang melayu dalam tu, lain semua cina kot. yang penting tak ramai orang, kalau tak serabut tengok orang macam semut kat ioi tu.

Habis je tengok wayang terus gi Bukit Serdang, ada jualan gudang. Berpusing-pusing kami mencari tempat, naik fedup  saya dibuatnya. rasa macam nak jadi naga dah dalam kereta. Sejam dok mencari, akhirnya jumpa juga. Dah alang-alang saya beli la 2 pasang flat shoes dan sepasang comfort. ingat nak beli lagi tapi macam sedar diri, maklum la... dah hujung bulan. next week saya nak repeat beli lagi 2-3 pasang kasut untuk kerja.

Sebelum balik singgah kedai mamak untuk isi perut yang dah keroncong. ingatkan nak gi tempat biasa tapi memandangkan dah lewat, makan je la dekat area rumah je.



ok la kan, takde la buruk sangat. murah je ni, takde la sampai beratus-ratus waima beribu-ribu. hahahaha...




No comments: