Tuesday, November 13, 2012

Pulau Langkawi Day 3 Part 2 ~ Pekan Kuah, Dataran Helang & Restoran Lubuk Buaya


Sambungan dari entri part 1,
Serius penat kami berjalan dari pagi sampai ke petang, dengan perut laparnya.... berlengas pula tu.

Pekan Kuah
Dari Kota Mahsuri kami terus ke Pekan Kuah untuk solat zuhur. 



Kemudian mencari makan disana. Tak tau nak makan apa sebenarnya, sudahnya makan nasi ayam saja. Nasib baik boleh tahan sedap. Lepas kenyang, kami singgah setiap kedai yang ada disini. Beli ole-ole untuk dibawa balik dan barang-barang yang dipesan. 




Dataran Helang
last aktiviti kami sebelum pulang ke motel, singgah ke Dataran Helang. Duduk sebentar disini untuk melihat matahari terbenam, kapal-kapal yang berlabuh dan menikmati panorama alam gitu. Tak lupa juga bergambar sakan dekat sini :p 

Dataran Helang merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan Lang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung Lang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini. 

sumber: wikipedia




Restoran Lubuk Buaya
Malam tu kami pergi makan ke sini. ada orang rekomen makan disini. Why not cuba kan? patutnya kami gi semalamnya tapi sorang kawan saya tu dah pengsan (zzzzzzzzz) kepenatan.    Jadinya kena singgah juga malam tu. 

Masakan dia boleh la tahan. Kami order siakap 3 rasa, tomyam campur, telur dadar, kailan ikan masin dan dotong goreng tepung. Total yang kami bayar RM59. Agak murah la cuma sotong goreng tepung dia fail. 1 bintang je aku blh bagi. dah la fav, tak sedap pula.... frust tau.





kenyang perut terus balik motel. takde makna nak merayau tengah-tengah malam kat sini.


No comments: