Hampir setiap minggu keluar dengan family member yang lain, dah macam satu kewajiban pula aku tengok. Nak pula tinggal dengan family kan, sementara bujang ni la nak keluar sama-sama. Tak gitu?
Jadinya petang semalam kami ke Ikea Jalan-Jalan Cuci Mata dengan Cari Makan. Sampai je terus cari makan dulu. Aku tak order ape just cuit sikit makanan orang lain je. Boleh gitu???Set Sandwish ape tah + muffin untuk adik. Malas nak rasa walaupun dorang suruh makan...
Set Meatball adik ipar... aku makan seketul je, kentang gereng tu je aku makan byk.
Set Ayam untuk mak. Tapi mak ngan aku makan skit je, selebihnya adik aku kena perabiskan....
Lepas perut sungguh gembira dapat makan, time untuk turunkan lemak tepu yang ada dalam badan plak. Meronda satu ikea cuci mata.
Cuma nak komen sikit, ikea ni dah tak best macam dulu. Berterabur dan bersepah di buat orang yang datang... takde orang tukang kemas bagi cantik-cantik ker????
Teringin nak ada kabinet dapur yang cantik... tapi duitnya mesti cantik jugak kan???? entah bila tahun boleh dapat walaupun macam gambor kat atas ni...
Si bobot saya.... muka happy dapat jalan-jalan.
Masa nak balik, kami singgah Ikano kijap. Sekali terjumpa benda yang aku teringin nak makan. heheheheheh... muka happy dapat makan walaupun meatball tadi tidak memikat tekak aku. Dalam hati siap cakap, yang tadi tak sedap... bior yang ni sedap. baru puas hati....Pancake durian yang sedap. Kena dengan tekak aku sebab tak manis... yang sedang-sedang je.
Sunday, February 13, 2011
aktiviti bersama keluarga: JJCM ke Ikea
rancangan yang tak berapa menjadi...
Last minit rancangan berubah-ubah. Nak buat macam mana, tak dapat nak elak. Mula-mula plan nak main bowling, karok, tengok wayang ngan makan steamboat dekat rumah kawan. Tapi tak menjadi pula, last minit kawan aku ni kena kerja. Kena la re-arrange apa yang patut. hohohohoho...
Memandangkan rancangan berubah, jadinya pagi semalam aku rajinkan diri buat kek chocolate moist. Nasib baik menjadi **suka.. suka... Lepas masak untuk makan tengahari pula. Buat sup ikan merah dengan goreng kacang panjang.
Dalam 3 lebih sesiap nak keluar sebab dah janji jumpa pukul 4 kat IOI mall. Memandangkan aku hanya masak kat rumah tapi tak makan, jadinya heret kawan aku temankan makan dekat food court JJ. Order nasi ayam BBQ dengan minum cendol durian.
Perut dah kenyang, temankan kawan gi beli baju kerja dia plak. Lepas aku paksa dia temankan masuk Tewah sebab nak tengok kain langsir. Mak ai... kain langsir yang aku suka tu mahal bebenor le. Mau pengsan kalau beli untuk 1 rumah. Semeter kain langsir tu pun dah RM35. Ni tengahh kira2 berapa meter nak beli, kalau la dapat duit terpijak... mau tutup mata je aku beli benda tu. **hish... hish...
Sebab dok sms kawan sorang lagi suruh dia tunggu kat Tesco je sebab kami nak ke sana beli barang-barang untuk buat steamboat. Siap beli frozen pizza ngan ais krim sebagai pencuci mulut sekali tu. heheheheheheh...
Dah settle beli barang terus balik rumah aku sebab nak ambik bekas steamboat tu. Lepas tu terus gerak gi rumah kawan aku, makan-makan kat rumah dia je area taman equin sinun.
Prepare bahan-bahan steamboat dulu lepas tu perap ayam sekejap sebelum campak atas pan grill. tuan rumah ni plak bz ngambik gambar kiteorg, harus tak keluar kat sini... Jadinya aku tepek gambar makanan sudah.







Kami buat steamboat ngan grilled ayam sekali sambil tu layan cerita Damping Malam. sungguh citer itu kurang menarik sebab ada babak-babak yang macam tak logik je. hohohohoho...
p/s:
~ Lain yang ditunggu lain pula yang muncul. erm.... **geram
~ Orang tu plak, pkl 1 pg baru nak muncul. itu pun tak sempat nak angkat phone. **hish. Awk nak call betul2 or memain je ni???