Thursday, August 18, 2011

Ramadhan Ke-16 & Ke-17


Salam Ramadhan semua,

Malas betul nak gi kerja pagi tadi, maklum la semalam kan cuti nuzul quran. Memandangkan cuti jadinya gi teman kawan shopping untuk raya. Aku? cuci mata je, tak beli ape pun. Kami ke Shah Alam sebab malas nk redah jam kat KL tu. comfirm ramai orang turun KL nak shopping semlm.

Macam2 jadi minggu ni, sesak kepala sempai tak boleh nak berfikir dengan tenang at wits' end
Boleh misplace card atm tapi nasib baik jumpa balik. Berita yang buat aku terkedu, erm... simpan dalam hati je lar.

Meh aku kongsi juadah berbuka Ramadhan Ke-16 hari tu,

Merajinkan diri masak mee goreng, sedap ikut tekak aku. Satu2nya makanan yang sold out hari tu... berbaloi aku bersilat kat dapur lepas balik kerja. uweekkkkk big grin Masuk bakul angkat sendiri makcik ni.


Lauk import dari mak, semuanya berasaskan ayam. Ayam goreng, kari ayam dan ayam masak kicap. Roti jala je mak tak sempat nak buat, sob.. sob...







Ayah teringin nak makan telur goreng dengan kacang panggang... yum yum..



Lauk import dari param, ikan keli sambal dan masak lemak sayur.... membazir, tak berhabis walaupun sejemput je beli.





1 lagi pembaziran, kuih muih yang dibeli takde orang nak makan sangat. Kuih onde2, ketayap, cara, pulut bungkus, donut, burger malaysia, karipap dengan tepung pelita.







Semalam buat bihun goreng je dengan hangatkan lauk yang tak habis....





Sampai sini dulu, petang nanti nak gi buka puasa dengan kawan sekerja kat SR, IOI. Ada sesapa nak join sama? heheheheh...
Nak tidur sat, ngantuk.

Monday, August 15, 2011

Ramadhan Ke-13 & Ke-14


Salam Ramadhan semua,

Lama sungguh tidak mengemaskini blog ni. Macam biasa la, sibuk dengan kerja dan urusan tak rasmi yang lain. Blogwalking pun jarang, teruk betul tahap kesibukan. hahahahaha... sila jangan percaya hee hee

Alhamdulillah, puasa dengan sahur setakat ni tak pernah terbabas lagi. Pagi tadi je hampir terbabas, nasib baik mata ni celik 5.30 pg. fuhhhh... sempat la kami bersahur.

Semalam riuh rendah rumah dengan suara semua orang. Maklum la ramai benar yang jadi tukang masak dengan tukang tolong. Buatkan juadah berbuka untuk ayah, dia nak bawa gi masjid. Siap minta buatkan nasi beriani, ayam masak merah, kari daging, acar dengan roti john.

Tengahari tu kami gi Tesco dengan Hero beli barang. Beli apa yang patut dan cepat. Sebab lepas tu nak bersilat pula dekat dapur rolling on the floor

Mak buat nasi beriani dengan lauk, aku masak kueh teow goreng dengan popiah ketam, adik lelaki aku buat roti john... semua orang ada tugasan masing-masing. nasib baik tukang kemas bukan aku, heheheheheh....I like, yang penting KERJASAMA!!!!

Sabtu ahad je la dapat berbuka ramai-ramai. meriah sikit tapi makan tetap sejemput je. Bulan puasa ni mana la lalu nak makan banyak-banyak nanti tak larat nak terawih.

Antara juadah berbuka semalam Ramadhan Ke-14,


Nasi beriani ayam


Lauk.. ayam masak merah, kari daging, acar dan (masak lemak daging + belimbing hangat lauk hari sebelumnya)


Kueh teow goreng, sedap sebab aku masak.. hehehehe... dan bubur lambok, ayah beli


Roti John yang super sedap, adik buat dan murtabak ayah beli


Popiah ketam, siap kena puji lagi sebab goreng tak pecah... ahaksss


Rojak buah yang sedap. Ada buah kedondong, belimbing, mangga dan jambu.. puas makan



Ada lagi yang dibeli, nasi lemak dengan kuih sagu. Biasa rumah aku lauk/kuih yang beli ni lambat habis yang masak sendiri sekejap je licin thumbs up

Semlm punya la banyak ayah beli murtabak dalam 40 keping . Tapi memandang ayah tau anak2 dia nk takde makna nak habiskan, dia minta orang kedai tu sedekahkan kat orang lain. Alhamdulillah, rezeki sama-sama kita berkongsi. Tak dapat banyak, sedikit pun jadi la.

Hari sabtu tu memasing macam malas. Jadi masak ala2 kadar je, padahal aku dah jemput kawan makan kat rumah. haisshhh... teruk betul aku ni..

Pagi tu selesaikan hal maid dekat myEg, senang je urusan.. tak la nak menunggu lama. Jadinya juadah buka kite orang nasi berlauk masak lemak daging dengan belimbing, sambal sotong, ikan masin terubuk, spaghetti daging, meatball cheese (ala2 pizza hut mak buat), roti john, kuih muih dan ape tah lagi aku tak ingat... hilang ingatan sebab tak ambil gambar.

Lepas buka dengan solat, gerak gi downtown mines... teman kawan cuci mata. Tapi masa kita orang sampai, tak banyak booth yang buka lagi.. awal benar kami sampai.


my dedek aka bobot.... Sarah Irdina. Abaikan pemandangan belakang yang bersepah itu... kalau korang perasan, yang bersangkut tu baju kurung raya Sarah... dah cuba pakai semalam, nanti rajin aku ambil gambar kasi tepek kat sini...





Ok la korang, sampai sini dulu. Nanti rajin update lagi...